MusicPlayer

Monday, June 13, 2011

Siapa Lagi Yang Sudi Taqdim Kami, Ustaz? [2]

WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)

Lelaki, anda sahajalah harapan bagi seorang muslimah untuk merungkai segala keresahan yang ada di jiwa mereka. Mereka inginkan anda menjadi pendamping mereka untuk selama-lamanya sampailah ke syurga nanti, mereka juga sanggup sekiranya ditakdirkan untuk berkorban apa sahaja jika itulah yang dapat membahagiakan insan yang mereka sayang.

Lelaki, cubalah memahami hasrat hati mereka yang satu ini.

Mereka muslimah yang telah diciptakan sebagai perawan yang harus menitipkan malu dalam diri sebagai perhiasan agung.

Dengan itu, lelakilah yang selayaknya menjadi pendahulu dalam segala hal yang berkaitan dengan jodoh. Muslimah bukanlah tidak boleh manjadi pendahulu, tetapi fitrah mereka diciptakan untuk menerima cinta bukanlah mencari. Hati mereka untuk diisi bukanlah mengisi.

Justeru, lelaki tidak boleh bersikap malu untuk menentukan jodoh mereka. Kalaulah anda wahai lelaki malu untuk melamar seorang muslimah, malu itu lebih berganda-ganda pada seorang muslimah. Takkanlah anda mahu mendengar:

‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’

Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.

Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.

Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.

Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.

YAKINLAH!

Saya sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.

Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.

Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat ‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.

Saya terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. Saya seorang ‘Afiq’, jadi saya tahulah apakah kehendak dan naluri seorang lelaki.

Akhirnya, ‘Syafiqah’ tidak perlu resah lagi, jika suatu ketika nanti semua lelaki di dunia ini sempat membaca artikel ini dan memahami apakah isi hati seorang muslimah.

TAMAT.. ^_^

Ana: tertarik dengan artikel ini, bkn bemakna sy kemaruk nk kahwin plk ye.. :)

credit to: http://www.facebook.com/NikNajmi

No comments:

Post a Comment