MusicPlayer

Monday, April 25, 2011

Ingin Ku Pergi Jauh

Ku renung langit nun jauh di atas,
ingin sekali aku terbang ke langit biru yang mungkin bisa menenangkan hati..
lagaknya seperti bebas dari masalah.
siapa sangka hujan bisa saja tumpah bila-bila masa walhal cuaca indah sahaja..
namun aku tidak punya keistimewaan seperti beburung..

ku renung lautan yang terhampar luas,
ingin sekali aku tenggelam ke dasarnya,
yang bisa saja mendamaikan hati dengan khazanahnya,
siapa sangka tenangnya di luar,
gelora ombaknya sukar diduga,
namun aku tidak punya keistimewaan seperti hidupan laut..

ku renung daratan yang tidak berpenghujung,
ingin sekali aku berlari sepuas hati mengutip kesegaran alam,
yang mungkin bisa mengikis ingatan di luar sana,
panorama indahnya benar-benar melekakan, menyejuk pandangan mata..
siapa sangka disebalik keindahan itu bisa saja timbul bahaya yang tidak terduga..
namun aku tidak punya kudrat itu...

dan ingin sekali aku..
membawa diri ini,
menjauh dari ramainya orang,
menjauh dari segala masalah,
jauh dari segalanya..
yang bisa menghimpit jiwa,
yang bisa meluka hati,
yang bisa mencalar ketenangan..

Tapi aku tidak punya kekuatan..
Biar saja berteman airmata..
kerana Dia tidak pernah melupa..
tidak akan pernah membenci..
kerana kasihnya Dia pada ku..
Akan ku kuatkan diri untuk terus melangkah,
kerana Dia bersama orang yang sabar..

Moga aku kuat dalam dakapan kasih dan rahmatNya..
Moga redhaNya sentiasa bersamaku..
Moga jagaanNya memagariku....
Ameen...


Ana: saya pun nak lari..

Friday, April 22, 2011

Sanah Helwah

Assalamu'alaikum

Semalam..
si kawan ini post di status FB nya "~~22 :))"
ahah, aku pam bha pulak itu, tp bule ka buat2 ndak tau? haha..sori ar sha..kunun2 mo ku wish jam 12am tepat 22 April 2011. hehe
Rupanya umur ko bertambah lagi, semakin usia meningkat semakin bertambah tanggungjawab yang perlu dilunaskan. kan kann?
huhu akhirnya aku jugak kali yg paling lambat wish, tp tiak pa, still aku igt, (si Arin tiba2 tanya bah td, tu yg aku baru perasan aku blm wish plk.) haha, tambirang jak mo wish jm 12, alih2 betiduran sama nota2 ku yg aku pn xtau apa ku baca. Kalau teda orang paksa, naa..tedala kali aku study (terima kasih kepada yg memaksa).

Sanah Helwah, Happy Birthday buat kawan ku ini.. SARINAH BINTI JAMIL. Semoga Allah memberkati umurmu, moga dimurahkan rezeki dan ditetapkan langkah di jalanNya. Ins
yaAllah, Ameen.

Dulu...
kawan2 ku time sekolah dulu selalu kasi nyanyi ni lagu tem b'day ku,
sekarang..
aku kasi sama ko la plk. hehe nyanyi macam lagu happy birth
day tu ar..^^

"Happy birthday to u..
u born in da z0o..
like da monkey & kangar0o..
and da monkey is u..."

hehe gurau-gurau seja ar..lama suda ndak b'mesra-mesraan kn. :B
Good Luck exam ya!

Exam

Salam..
Berpadanan dengan tajuk entri ni, sekarang minggu peperiksaan bagi saya dan rakan2 seangkatan. Untuk kami yg bergelar pelajar tahun 3, exam sudah bermula seawal 18 April 2011 lagi. (paper sy start 19hb). Pelajar tahun lain, sekarang study week. Good Luck semua.

Hmm...1001 ++ rasa yg menerpa. yg penting bkn rasa mau study. Langsung tidak! tidak ada kerisauan untuk menghadapi exam, 1st paper, masuk dewan exam, rs mahu keluar meninggalkan paper kosong begitu sj, aduh..apa kejadian ini..
Terasa diri semakin pelik. saya bukan saya lagi. habis siapa? haha

By the way, pagi tadi 2nd paper, Artificial organ. Kawan2 cakap, soalan sgt susah, tak dapat jawab. kalau sudah mereka katakan begitu, apatah lagi saya, jasad shj berada di dewan, fikiran sudah terbang ke rumah. semua soalan yg sy lihat tidak nampak soalan lg. Aduh, rasa mahu berlari keluar sahaja dari dewan, lari dari perlis ini..
Makin tidak keruan.

Balik shj dr exm, katil destinasi utma, entah kenapa, lebih suka terperap dlm bilik. Lebih2 lg sejak masuk thn 3 ni, udara bilik ini pun sudah jadi bau saya. Mujur saja wangi. haha koya!