Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Bila dituturkan dalam bahasa melayu, bahasa yang seharian kita, bahasa yang paling kita fahami, kesannya lebih terlekat di hati.
Dugaan hati, dugaan yang 'menggilakan'.
Benarlah, sungguh benar.
Dikala bersendirian, dikala yang disayangi pergi dan hilang dari pandangan mata, terasa kehilangan.
Benar-benar terasa, menikam di hati.
Terasa sakit di hati.
Walaupun adakalanya marah mencengkam, jauh di sudut hati merindui..
Jauh di dasar hati mendoakan.
Terkadang sayu.
Menangis di hati.
Merindui.
Geram & marah..
Segalanya berbaur.
Ya..
Hanya Dia lebih mengetahui.
Penawar duka, peneman lara.
Pendamping di saat hiba dan suka..
fbh: adui, emo2, di marah-marah, sayang tetap sayang. Adik...
Life like a rose with its thorns, it’s beautiful but hurts...
MusicPlayer
Wednesday, April 10, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Life As A Technician
Service & Repair
Sinonimnya, technician. Servis dan baiki.
Servis apa? Telefon.
Seumur hidup tak pernah bedah handphone, apatah lagi baiki atau servis. Buka sampai nampak PCB pun tak pernah.
Komponen nya terlalu kecil, micro size, mau juling biji mata tengok. Selama ni tengok komponen jauh lebih besar. Apatah lagi berurusan dengan pelanggan, manusia yang pelbagai ragam. Aduhai, letih.
Tak apa, Permulaan, baru belajar, lama-lama nanti pandai la kan.
Bak kata adik saya, kalau tahu bagaiman ia berfungsi, dan tau apa masalah, mudah saja..
Betul betul betul!
Petang Itu
Ditinggalkan sendirian di 'bengkel', bersama telefon yang perlu diperbaiki.
'Memandai je buat, kalau tak jadi? Naya!'
Berbekalkan ilmu yang tak sampai seciput, bedah saje handphone. Kena pulak sliding phone, lagi banyak, mujur bukan touchscreen, lagi canggih lagi sakit la..
Belum cuba belum tau kan...
inilah permulaan, buka habis semua, baru nmpk 1 PCB, model jenis ape ye hp ni?
2nd PCB, disebabkan komponen terlalu kecil, tak nampak dah butir2 komponen.
kong kang kong kang, baiki ikut intuisi?? haha
Berjaya! Dah siap baiki & pasang balik, dah boleh operasi macam biasa.
Oh haa. Alhamdulillah, percubaan pertama berjaya. Semangat nak baiki handphone lain.
Dalam hati..
'kalau ku tahu dan cukup peralatan, saya baiki aje handphone sendiri'. hahah
Hari ini pulak saya hanya melihat buku-buku skematik litar PCB dan troubleshooting, dan segala macam litar yang sangat memeningkan kepala. Tapi dah tak larat nak snap gambar. dah la buku nye besar, litar untuk 1 telefon aje dah banyak, kecil2 pulak..
Kepala yang benjol makin berdenyut. hahaha (mulau).
Btw, seronok mem'busy'kan diri. Dekat PRU ni lagi busy.
Ahah, PM- Najib umum Pembubaran parlimen pada 3 April 2012, katanya hari ini..
hehe..no komen lah. Penat dah baca komen kat facebook. Moga buang undi nanti rakyat pilih lah yang terbaik. Saya ada pilihan jugak.. hehe. Dah layak mengundi.
fbh: kalau repair manusia? dushh!!
Monday, March 25, 2013
JIKA
Jika
ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga
Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..
Bila
ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga
Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu
dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...
Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!
Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...
InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal'alamin :)
Islam Agama Pilihan Ku
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...
Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!
Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...
InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal'alamin :)
Islam Agama Pilihan Ku
Friday, March 15, 2013
The Hope
15th March 2013
Its Friday, March, 15th. And tomorrow is the very welcome date. why?
1) On 16th March, There will be Himpunan Ulama' at Perak
2) My flight to Kota Kinabalu is on 16th March 20133) Reunion Bulatan Gumbira
I really want to join Himpunan Ulama' and our Bulatan Gembira's reunion, but the priority goes to My Hometown. huhu.
It's been so long since I kept this feeling..
So sad, I can't cancel or change my flight ticket.. (my friend offer to buy a new ticket for me), but..the truth is I just give them (my parents) the hope. The hope that I will be at KKIA on 11am tomorrow. The hope that they will see me tomorrow, and they prepared a schedule just to meet me tomorrow. I'll not disappoint them.
Really really really sorry. May Allah bless you all, may Allah ease all the program's plans. We'll meet again soon..sooooooon, with His permission. :)
FLIGHT
My flight departure: 8.30am, at KLIA
I have many luggage. haha. about 2 bags, goes to cargo and another two bags (back pack) as the hand baggage. Ahah, I think the total weight almost 40kg. And for sure i will be charged for the excess weight. hahaha. (they just give 30kg - free)
Never mind, as long as I can FLY. (I need to make adjustment - reduce weight!) -.-
just check-in
fbh: Goodbye everyone.. :)
The Heart Turn Into Pieces
Hari ini saya pinjam title Dr.cinta. (haha, sejak bila?)
Cinta Allah yang teragung.
Sekadar berkongsi.. Moga ada hati yang terubat, moga ada hati yang tersedar..
DIPERMAINKAN
"Orang zaman dulu senang je, tak ada masalah kawin. sekarang apa masalah ye? Lelaki mudah-mudah je permainkan wanita, suka-suka bagi harapan, penipu"
Aduan yang kerap saya dengar, ayat yang paling banyak saya dengar dewasa ini.
Saya merasai kesedihan itu, ke'terkilan'an, keterlukaan dan kekecewaan yang mereka tanngungi terutama kawan-kawan rapat saya. Lebih terkilan jika dilakukan oleh orang yang molek agamanya. Kenapa?
Saya perhatikan kejadian seperti ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan masa kini. Bersepah-sepah kes nya, sama ada wanita yang menjadi mangsa ataupun lelaki, majoriti nya wanita.
Anggapan saya, pasti ada sebabnya, misalnya, tidak serius dan bersungguh (memang macam mempermainkan sungguh la kan), balas dendam (mungkin), hati yang tidak tetap (mudah jatuh hati), masalah keluarga tapi tidak mahu diceritakan (mungkin ada pilihan lain atau tidak berkenan dan sebagainya), dan banyak lagi.
Acapkali pakcik saya katakan, "lelaki jika bersungguh tidak akan memberi harapan, apatah lagi dalam tempoh yang lama".
Senior (lelaki) juga pernah mengingatkan, "jika si lelaki benar sungguh, tidak akan memberi harapan jika dia tahu tidak mampu, .... jangan percaya pada lelaki"
(Bukan saya kata..) Tidak semua lelaki di dunia ini berperangai sebegitu, tapi, sekali terkena selamanya terpahat.
Duhai teman yang saya sayangi, amat saya sayangi, Allah Maha Adil. Biar apa pun yang terjadi tabah lah, sabarlah, Allah sentiasa ada. Jika tidak terbendung luahkan lah..
Sayu hati, kadang termenung memikirkan, salah siapa sebenarnya?
Sering orang mengatakan, anggap lah ujian. Betullah juga kan..
Apa pun teman, bangkitlah, jangan kerana kita terjatuh membiarkan mereka terus mentertawakan kita. Sekurang-kurangnya kamu lebih berhati-hati selepas ini..
KENAPA?
Sebab yang sahih sememangnya saya tidak tahu. Kalau menurut pandangan saya, seperti yang saya nyatakan, tapi berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung bukan..
Cuba untuk termenung (menung yang berfikir), dari sisi positif nya..
1) Allah memilih kamu untuk merasainya kerana 'kamu tidak akan tahu kekuatan seuncang teh selagi belum direndamkan di dalam air panas'.
2) Sabarlah, dugaan membuatkan kamu lebih kuat hati, lebih dewasa dan matang serta tidak akan mudah tertipu selepas ini.. kamu akan lebih berhati-hati dan lebih mengenali sikap manusia yang pelbagai.
3) Kita penuh sifat lupa, tapi Allah menguji kata-kata yang dituturkan hambaNya. Mungkin, tanpa sedar kita pernah terucap.. 'sebab lelaki pun nak gaduh', 'hanya kerana frust nak bunuh diri', 'apalah yang mahu dikecewakan sangat sampai macam tu sekali' ... bla bla bla.
Cuba flash back, mungkin pernah kan? Sedap kita berkata tanpa meletak diri dalam kasut si Kawan itu.. Allah mahu kita merasai apa yang kita katakan. Allah adil kan..
4) 'sometimes, when it turn to pieces is the strongest'
Hati ibarat kaca (terutama wanita), sekali terhempas berderai la ia, apatah lagi kalau dihempas. Mudah pecah. Tetapi, sukar dipecahkan lagi apabila ia sudah menjadi kaca-kaca kecil..
5) Banyak lagi jika kita cuba korek hikmahnya..
MAAF ??
Memang, cakap senang sebab lidah tidak bertulang. Bagi yang merasai, hanya dirinya dan Allah sahaja tahu. (Saya, no komen - macam artis selalu cakap tu..)
"Aku tak mampu memaafkan dia, melainkan dia tebus kesalahannya"
- Bagaimana tebusannya?
"Tunaikan janji, kotakan harapan"
- Erm Kalau tidak?
"Sorry"
Iyalah, amat sukar. Kalau tidak pun mungkin lambat laun boleh memaafkan, tapi terpahat selamanya.
PELUANG KEDUA
"Dia minta, patut kah aku terima? Boleh percaya ka?"
- Kalau benar jujur, its up to you..
"Memang aku nak terima, tapi aku takut jadi sama macam dulu"
- Hmm.. berilah dia peluang..
"Doakan aku"
Pada saya, Jika benar serius dan bersungguh, apa salah nya diberi peluang.
Saya pasti, pihak yang terluka akan lagi mudah memaafkan, bukankah itu tebusannya?
Bagaimana Jika memang kesalahannya tidak di tebus..?
LUPAKAN
"Mana mungkin, kau cakap senang lah, cuba masuk dalam kasut aku, entah-entah kau kojol dulu" (Ayat orang tengah marah memang high tone sikit..)
Betul. You'll never know the feels until you wear the shoes.
Banyak kes lepas frust terjun laut, bangunan etc, ayat lain; bunuh diri. Na'uzubillah.
Hmm, cukup terluka, Saya jugak tidak tahu ubat apa harus saya berikan.
Inject tukar ingatan? Ketuk kepala untuk hilangkan memori? (haha, aku pulak yang gila)
Tiada lain yang saya tahu, Menangis mengadulah pada Allah, Dialah sebaik-baik penawar luka dan duka.. InsyaAllah
Tertarik dengan status facebook seorang teman rapat..
“Duhai adam,
Melukakan hati wanita sememangnya mudah,
namun menyembuhkannya hanya kuasa Allah yang mampu.
Menyentuh hati nurani wanita bukan mudah,
Hanya mereka yang menghargai sahaja yang tahu.
Allah menciptakan wanita penuh rahsia,
Di sebalik air matanya tersimpan kekuatan hanya Allah yg tahu!
Hargai wanita,dia hak cipta Allah yang istimewa. ^_^”
Melukakan hati wanita sememangnya mudah,
namun menyembuhkannya hanya kuasa Allah yang mampu.
Menyentuh hati nurani wanita bukan mudah,
Hanya mereka yang menghargai sahaja yang tahu.
Allah menciptakan wanita penuh rahsia,
Di sebalik air matanya tersimpan kekuatan hanya Allah yg tahu!
Hargai wanita,dia hak cipta Allah yang istimewa. ^_^”
SABAR ITU ADA GANJARAN
Carilah hikmah dalam ujian yang mendatang walaupun sakit, kerana..
Teman, bertuah kerana tidak semua mempunyai pengalaman seperti kamu, tapi bangun lah kerana masih ada tangan yang menghulur.. :)
Pernah kawan saya berpesan,
'usah dibazirkan hati kita kepada yang tidak menghargai, sedangkan ada yang benar-benar menghargai kita'
Its your choice..?
Pilihan ada padamu, walaupun ianya sukar, tiada pilihan untuk tidak membuat pilihan..
Semoga besar ganjaran buatmu, kental, sabar dan tabah hatimu..
fbh: Tidak semua lelaki / wanita begitu.. Moga Allah menjaga hati2 kita, moga Allah sentiasa memelihara.. Ameen.
Tuesday, March 12, 2013
Naluri Cinta Seorang Lelaki
Bismillah, post pertama di tahun 2013. Post yang agak menarik saya kira, c&p saja.
Almaklum, tuan blog tidak pandai buat esei, sudah lama ditinggalkan. (haha-fail!)
Naluri ingin mencintai
Kejadian cinta itu diciptakan secara suci oleh Allah swt dalam
diri setiap makhluk. Tidak kira sama ada manusia, binatang, mahupun tumbuhan
masing-masing mempunyai naluri yang sama dalam perasaan cinta. Masing-masing
menginginkan kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang, dan membenci segala sifat
yang selain darinya seperti huru-hara, kemusnahan dan seumpamanya.
Begitu sempurna kejadian Allah swt dalam diri manusia dan segala
ciptaannya. Aturannya begitu sesuai dengan lumrah dan hukum alam. Amat rugilah
barang siapa yang mencari jalan selainnya.
Cinta sesama manusia
Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian. Waima lelaki mahupun
perempuan, masing-masing akan mempunyai perasaan untuk saling taarufan dan
seterusnya mencambahkan pengenalan sehinggalah ke gerbang perkahwinan.
Saat pandangan mata mulai terpaut, si Adam akan mula gelisah.
Dalam hatinya melonjak-lonjak ingin mengenali empunya diri si gadis. Hati tidak
keruan saat teringatkan lirik senyuman dan halus wajahnya. Seakan ingin
merungkai maksud tersirat di balik senyuman itu. Demikian juga si gadis. Dalam
diam dia merasakan senang dengan perlakuan si adam dan ingin sentiasa berada di
sisinya. Tanpa disedari resah dan gelora di dada semakin kuat menginjak-injak
perasaan yang rawan.
Maka atas lumrah dan hukum alam, kedua-duanya berjaya terijab
kabulkan dengan kerelaan hati. Saat itu terpancarlah sinar kebahagiaan. Telah
sempurnalah sebahagian dari syariat islam ke atas mereka, dan kesempurnaan
mereka sebagai seorang insan. Maka bermulalah pengembaraan dua orang insan di
atas bahtera perkahwinan dalam melayari samudera kehidupan. Bermulalah
detik-detik bahagia bersama pasangan hidup masing-masing. Setiap hari yang
berlalu adalah hari-hari yang terindah dalam hidup si mempelai.
Kebahagiaan yang semakin teruji
hari demi hari, kebahagiaan terus menguliti. Namun harus diingat,
sebenarnya perkara yang paling besar dalam perkahwinan adalah apabila anda
harus hidup bersama dengan pasangan masing-masing dalam satu tempoh masa yang
panjang, iaitu selama-lamanya. Malah telah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa
pasangan yang soleh dan solehah akan berada bersama hingga ke syurga nan abadi
bersama bidadari-bidadari syurga pula.
Maka dalam kebersamaan itu, Si suami dan isteri akan saling bantu
membantu dalam menjalani urusan harian dan saling merancang untuk kehidupannya
yang akan datang. Kedua-duanya saling berbincang dan mengeluarkan idea untuk
melaksanakan plan kebahagiaan bermula dari saat diijab kabulkan sehinggalah
saat kematian menjemput salah seorang ataupun kedua-duanya sekali.
Dan dalam kesibukan bersama itulah si suami dapat melihat
kelemahan dan kekurangan si isteri, dan begitu juga si isteri. Di saat itulah
ujian yang paling getir akan berlaku. Inilah saatnya di mana seorang suami
harus menerima segala kekurangan yang ada pada isterinya, dan begitu juga
isteri harus terbuka menerima keburukan sikap dan perangai si suami. Harus ada
kecekalan hati dalam menerima setiap kekurangan dan kelemahan pasangan
masing-masing. Itulah peranan terbesar seorang suami dan seorang isteri dalam
meniti kebahagiaan yang berpanjangan.
Cinta seorang lelaki
demikianlah mukaddimahnya =) kembali kepada tajuk asal
perbincangan. Apa yang anda tahu tentang cinta dan perasaan seorang lelaki?
Mungkin yang sering kita dengar, apabila memperkatakan perihal
cinta, fokus utamanya adalah pada seorang perempuan. Kerana naluri seorang
perempuan sangat-sangat sinonim dengan cinta dan kasih sayang. Jarang sekali
kita dapat mendengarkan perihal cinta seorang lelaki.
Mungkin harus untuk seorang perempuan itu bertanyakan kepada diri
sendiri, bagaimanakah seorang lelaki boleh jatuh cinta kepada aku? Apakah
faktor utama untuk seorang lelaki menyintai seorang perempuan? Bagaimanakah
pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan seperti aku?
Saya rasa dengan menyedari hakikat yang tersembunyi itu, perempuan
akan tahu apakah sebenarnya yang sering bermain di fikiran lelaki apabila
berbicara mengenai perempuan. Apakah sebenarnya perasaan yang bermain di hati
seorang lelaki bila berbicara tentang cinta, dan apakah yang seorang lelaki
mahukan dari cinta seorang perempuan.
Mungkin kaum perempuan sering tertanya-tanya mengapa perempuan
sering menjadi mangsa ditinggalkan lelaki tanpa sebab. Dan saya tahu ramai
gadis yang terpinga-pinga dan tidak mengerti mengapakah seorang lelaki
tiba-tiba meninggalkannya, dan kadang-kadang hanya kerana disebabkan perkara
yang kecil, si lelaki menjadikan ianya suatu alasan untuk meninggalkan seorang
perempuan.
Pernahkan kalian menyedarinya wahai kaum perempuan? Sedarkah
kalian apakah yang sebenarnya terjadi dalam realiti percintaan seorang lelaki?
Apakah tanggapan seorang lelaki terhadap nilai cinta yang telah kalian berikan
kepadanya? Mengapakah hati yang tulus mencintai ini telah disambut dengan
khabar pahit dari seorang yang bernama lelaki?
Semuanya gara-gara perasaan dan naluri seorang makhluk yang
bernama lelaki.
Antara perasaan seorang lelaki dan seorang perempuan
Perempuan aka wanita, gadis, dsb adalah makhluk ciptaannya yang berjiwa
halus, berhati telus, sopan, manja, dan berwajah lembut sesuai dengan fitrah
kejadiannya yang dijadikan untuk menjadi perhiasan di muka bumi ini dan
menggembirakan si adam. Dalam nalurinya ada perasaan senang terhadap si adam
dan keinginan untuk membahagiakannya.
Secara zahirnya wanita kelihatan lemah dari segi luaran dengan
ciri-ciri yang disebutkan di atas. Namun kekuatan wanita adalah berada pada
hati dan perasaannya. Seorang wanita akan merasa tertarik pada seorang lelaki
bukan kerana kehenseman atau kerana paras rupa semata-mata, malah kecintaan
mereka lebih dipengaruhi oleh sejauh mana seorang lelaki pandai mengambil hati
si gadis.
Tak percaya? Saya rasa pelbagai bukti telah dapat dilihat dalam
kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Kadang-kadang si lelaki tidak sekacak
penulis (haha) tetapi mempunyai pasangan yang sangat-sangat cantik. Bukan
sekadar seorang dua malah ramai yang dapat kita lihat di sekeliling kita hari
ini. Malah seorang perempuan muda yang masih remaja pun boleh tertarik pada
seorang lelaki yang sudah agak lanjut usianya hanya kerana si lelaki pandai
mengambil hati perempuan tersebut.
Mengapa hal sebegini boleh berlaku? Jawapannya kerana hati seorang
perempuan adalah lembut dan bersifat abstrak. Mereka mempunyai perasaan yang
kuat, sehinggakan perasaan inilah yang memberikan kekuatan kepada mereka dalam
apa-apa jua tindakan dan keadaan. Cinta mereka adalah luhur datang dari hati
yang dalam. Oleh itu tidak mustahillah apabila seorang perempuan yang
berperasaan kuat terhadap seorang lelaki, mereka sudah tidak akan memandang
perkara-perkara lain termasuklah rupa paras mahupun harta. Apa yang penting
lelaki tersebut ialah lelaki yang dapat memenuhi perasaan mereka. Lelaki
tersebut yang mampu membuatkannya gembira. Lelaki tersebut jualah yang sering
menemani hari-harinya dengan senyuman yang menenangkan hati dan jiwanya.
Lelaki?
Itulah perasaan seorang perempuan. Bagaimana pula dengan lelaki?
Seorang lelaki kebiasaannya memandang cinta sebagai ‘sebahagian’
unsur dalam kehidupannya. Keadaan ini berbeza dengan perempuan yang sering
menjadikan cinta sebagai unsur yang mempengaruhi ‘seluruh’ kehidupannya.
Seorang lelaki kebiasaannya menyintai perempuan bukan atas dasar perasaan yang
kuat terhadapnya. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakan lelaki
tidak pernah mengambil serius terhadap perhubungan yang mereka jalinkan
terhadap seorang perempuan (maksud saya bagi mereka yang belum berkahwin).
Lantas apakah sebenarnya tujuan sebenar seorang lelaki mengucapkan
sayang kepada seorang perempuan? Adakah ianya sekadar kata-kata manis dari
seorang lelaki? Tapi mengapa begitu? Mengapa harus menuturkan kata-kata manis
andai dalam hati tiada sebarang perasaan untuk hidup bersama hingga akhir hayat
dan bersatu dalam ikatan pernikahan? Di mana sikap tanggung jawab seorang
lelaki terhadap tutur bicaranya itu?
Jawapannya adalah kerana dia seorang lelaki. Perasaan seorang
lelaki tidak sekuat perasaan seorang perempuan. Seorang lelaki sukar untuk
meraih perasaan cinta dan sayang kepada seorang perempuan hanya kerana
ketulusan cinta yang ditunjukkan oleh si perempuan tersebut. Termasuklah
seandainya si perempuan menyerahkan segala perhiasannya kepada si lelaki sama
ada dalam bentuk tubuh badan atau selainnya, namun bagi seorang lelaki, ianya
bukan sebuah nilai yang mampu dihayati oleh perasaan mereka. Kerana bagi mereka
perkara yang mampu menambat hati mereka adalah NAFSU.
Ya.. Itulah yang ingin saya highlight kan. NAFSU.
Itulah perasaan seorang lelaki. Mereka tidak punya kekuatan dari
segi perasaan. Mereka sukar terkesan dengan perasaan manusia di sekeliling mereka.
Kadang bukan kerana ego, tetapi memang naluri seorang lelaki sebegitu.
Perasaannya sukar diraih berbanding perempuan. Dan mungkin kerana keegoan yang
telah berada dalam diri yang menyebabkan mereka bersikap sebegitu.
‘Nafsu’ seorang lelaki terhadap perempuan adalah sama seperti
‘perasaan’ seorang perempuan terhadap lelaki. Kekuatan antara kedua-dua jantina
ini adalah berbeza. Oleh sebab itulah seorang perempuan yang ingin memenuhi
kehendak cinta seorang lelaki adalah dengan memenuhi kemahuan nafsunya,
manakala seorang lelaki yang ingin menambat hati seorang perempuan adalah
dengan menjaga perasaannya dan membelai hatinya dengan penuh kasih sayang.
Seorang lelaki secara tidak sedar telah menjadikan nafsu
syahwatnya sebagai sesuatu yang mempengaruhi seluruh kehidupannya. Sama seperti
perempuan yang menjadikan perasaan sebagai sesuatu yang mempengaruhi seluruh
kehidupannya. Itulah sebab mengapa nabi muhammad saw menegaskan kepada para
isteri supaya jangan sesekali menolak ajakan suami apabila suami ingin bersama
dengan isteri di kamar tidur kerana hal ini akan mempengaruhi emosi si suami.
Begitu juga amaran kepada sang suami supaya tidak menzalimi perasaan si isteri
dengan mengherdik dan memukulnya dengan kasar, malah melayani mereka dengan
penuh kasih sayang dan kelembutan.
Lihatlah, betapa agungnya kitaran yang telah ditentukan oleh Allah
swt. Betapa besarnya hikmah pernikahan yang telah dijanjikan kepada manusia
sebagai wadah keharmonian dalam berumah tangga. Amat jeleklah andai terdapat
kaum yang memilih jalan selain dari apa yang telah ditentukanNya.
Menuju Kasih Sayang Yang Diredhainya
Sekarang mungkin telah jelas kepada kalian bahawa pujukan rayu
seorang lelaki kepada seorang perempuan bukanlah pujukan cinta, tetapi sekadar
pujukan nafsu syahwat. Mereka mencari perempuan untuk memenuhi kemahuan nafsu
mereka dengan melihat wajah si gadis yang mulus, bibir yang mongel, rambut yang
beralun tanpa kelemumur dan sebagainya. Sampai satu tahap mungkin mereka akan
meminta sesuatu yang tertinggi dalam hidup seorang perempuan. Seterusnya
perempuan tersebut akan ditinggalkan kerana dia merasakan nafsunya telah
tercapai dan mula mencari perempuan lain pula untuk melampiaskan nafsu mereka
yang seterusnya.
Itulah sebabnya bagi pandangan saya, seorang perempuan harus ada
perasaan takut pada seorang lelaki. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan
kata-kata manis seorang lelaki kerana bisa saja kalian akan hanyut dalam
khayalan asmara ciptaan si lelaki, lantas terperangkap dalam lautan asmara
tersebut hingga melemaskan perasaanmu. Akhirnya menutup pandangan daripada
menerima kebenaran dan realiti sebenar.
Salurkan cintamu kepada yang berhak menerimanya. Bermula dengan
kecintaan terhadap Rabbul Jalil, seterusnya kekasih agung Nabi Muhammad S.A.W,
seterusnya ibu bapa, guru, sahabat handai dan seterusnya. Letakkan keutamaan
cinta kepada yang menciptakan kebahagiaan buat dirimu.
Alirkan perasaan cinta kepada pasangan hidup yang benar-benar sah
dan halal buatmu. Bagi yang sedang mencari teman hidup, tekadkan keyakinan dan
qasad bahawa insan pilihanmu itu adalah insan yang benar-benar kau dambakan
kasihnya sehingga ke syurga, bukan sekadar cinta dunia yang penuh dengan hawa
nafsu. Tanamkan keazaman untuk membina institusi keluarga yang penuh dengan
redha dan mahabbahNya. Semaikan kecintaan dengan zikir-zikir makrifahNya dalam
pengharapan yang penuh kerinduan untuk bertemu denganNya di akhirat kelak.
Semoga setiap apa yang kalian rancangkan dipermudahkan Allah jua.
“Perempuan.. Ciptaan tuhan yang paling unik.. Jiwanya halus..
Wajahnya lembut.. Sifatnya manja.. Hatinya telus.. Hawa dijadikan Tuhan untuk
menemani, melayani dan menghiburkan Adam.. Tingginya martabat seorang perempuan
apabila dia dimuliakan suami.. Dan tingginya darjat seorang lelaki apabila dia
memelihara maruah seseorang yang bergelar perempuan..”
“Ya Allah, jagalah rindu ini selalu.. Agar senantiasa aku
menginginkan yang halal bagi diriku.. Jauhkan aku dari kancah kemaksiatan,
ringankan aku dalam urusan yang Kau senangi Tuhan.. Sesungguhnya setiap kekuatan
itu datang dariMu jua… semoga rindu ini menemui pemiliknya dengan lafaz yang
termulia buatnya...”
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini.. andai benar keyakinanku ini terhadap dirinya, permudahkanlah segala jalan urusanku.. semoga dengan rahmat dan kebaikanMu itu bisa mengundang sakinah dalam hatiku dan hatinya..."
Damailah dalam mahabbah rinduNya......
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini.. andai benar keyakinanku ini terhadap dirinya, permudahkanlah segala jalan urusanku.. semoga dengan rahmat dan kebaikanMu itu bisa mengundang sakinah dalam hatiku dan hatinya..."
Damailah dalam mahabbah rinduNya......
Ana: panjang? boleh baca lagi di http://haulid.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)