MusicPlayer

Wednesday, August 1, 2012

A'isyah Ibrahim

Teringat akan kisah 3 hari lepas. 
Saya dan kawan bercadang untuk berbuka puasa di surau sahaja.
haha, maklum, orang jamu kan, kami yang masih belum berkerja takkan lepaskan peluang untuk makan free. Aha, semua yang bergelar pelajar sama saja kan. ~~

Sesampainya di surau, agak terkejut ada pak arab. woo. Ada Zaujah (isteri) nya sama.
Berpurdah.
Nice.
Saya kagum dalam hati, mesti orang hebat ni.
Wanita tersebut duduk disebelah saya. Kaget sekejap. Tersengih. hehe
Mereka datang dari Arab Saudi. Kami sekadar angguk dan senyum.
Dan kami lah jadi translator, secara tidak langsung jadi assistant makcik surau dan lain-lain.
Eh, bidang terjun. haha. bantai ajerr

Mereka dijemput untuk mengimamkan solat tarawih. Asalnya imam di masjid terapung, haha pinjam sekejap di bawa ke Semarak.
Setelah berbuka dengan kurma dan air, kami bertanya, mahu makan nasi? kata nya tidak.
Haa, bahasa kami yang kami gunakan adalah BI campur Arab. Rojak gitu.

Walaupun wanita tersebut berkata tidak, kami tetap menghulurkan nasi, lauk yang terhidang ada ayam golek, daging masak kicap, apa lagi ya, saya lupa pulak. he~
Kami terangkan, nasi itu di makan bersama lauk.
Katanya, di Arab Saudi, mereka makan ayam bersama roti.
Kami.. "o0ooo..." sambil angguk-angguk dan sengih. haha (dalam hati, dah tau tapi masih blur sebab bidang terjun kan)

Kami bertanya, mahu guna tangan atau sudu.
Beliau berkata tangan sahaja, sunnah Nabi, Baginda makan menggunakan tangan. Banyak kebaikan dan khasiat nya.
Kami angguk lagi, dan..kami tersalah tanya soalan nampaknya. Sudah jelas depan mata beliau menggunakan tangan, yang duk tanya lagi apasal..lol. Orang kata sekadar berbasa-basi. (haha~ alasan!)

Usai makan dan solat maghrib, kami berdua menemani beliau sehingga masuk waktu Isyak.
Pelbagai perkara kami bincangkan dan sembang.
Agak kelakar sebenarnya, kami seringkali blur dan 'lost'. Haha. LOST ok.
Wanita tersebut kurang faham BI, dan kami, sekadar tahu beberapa perkataan sahaja dalam arab.
Belum makcik-makcik lagi, ibarat kucing dan ayam tengah menyembang. Kelakar.


Wanita tersebut bernama A'isyah Ibrahim, seorang guru bahasa arab di tempatnya, manakala suaminya bernama Suleiman seorang imam. Apabila saya memberitahu padanya nama saya, dia seperti terkejut dan menyebut 'MasyaAllah' berulangkali.
Katanya nama yang cukup baik erti. Pada mereka ertinya 'kejayaan yang terbilang/unggul'.
Saya tersenyum dan meng'aameen'kan. Mudah-mudahan.

Tarawih itu diimami penuh syahdu, imamnya menangis, makmumnya? Itulah pentingnya kita tahu makna bukan. Mudah untuk dihayati. Mana mungkin sesuatu yang tidak kita fahami beroleh hasil yang baik bukan. Muhasabah diri sendiri..

Pengalaman yang menarik saya kira, walaupun perjumpaan begitu singkat. :)

Dan Ketika Itu


Ketika aku menyayangimu kerana aqidahmu,
Ketika aku membetulkanmu kerana tak ingin kau berbelok arah,
Ketika aku mendo’akanmu tanpa engkau tahu,


Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu,
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu,
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh,

Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu,
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu,
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu,
Ketika aku membuka selebar-lebarnya pintu maaf untukmu,
Ketika aku menjaga rahsiamu,

Ketika aku diperlaku tidak jujur dan luka,
Dan Ketika terkadang aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan dalam payah,
Dan aku cuba melakukannya dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah…



Salam Ramadhan Kareem.
"It is not the eyes that are blind, but the hearts" [Quran 22:46]