MusicPlayer

Monday, June 20, 2011

Beautiful Blossom

Salam..

Kelmarin seharian saya senyum memanjang, mahu gelak saja kerjanya.. sy sendiri tak tau knp.
BTW, kelmarin jgk sy explore 1 laman web, cukup menarik, sangat-sangat-sangat suka sampai sy terpejam-pejam mata kesukaan (haha).
Decoration design berasaskan bunga, flower bouquet, dan macam2 lg. memang cantik!
Dan yg pasti, sy lebih tertarik kepada bunga mawar..rose. Tapi semua menenangkan hati, cantik sangat. Subhanallah, memang indah. ><
Di bawah ni antara gambar-gambar nya, cantik!!







cantik kan..kalau lah halaman rmh sy mcm ni, ah, bahagianya!







yg ini pn sgt cantik! suka!! ><

http://flowersphotogallery.blogspot.com/

Ana:
sy sgt suka! ><

Wednesday, June 15, 2011

Wanita Dan Air Mata

Salam, sahabat..

Allah menciptakan wanita dengan 9 perasaan dan 1 akal, mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika hadapi sebuah permasalahan, Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka.

Tidak hairanlah ketika perasaannya sedang galau air matanya pun tertumpah, bukan kerana cenggeng tetapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada di dadanya, beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya.

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu utama, diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya dan dijadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan ketika harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah ciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.


DiciptakanNya wanita begitu sabar hadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim, Allah berikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walau dirinya letih tetapi tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadang menahan sakit namun tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tak terbatas malah hanya tulus memberi dan tidakk pernah mengharap kembali. walau kadang mereka disakiti dan dicaci maki, namun setiap saat dan keadaan, mereka begitu bererti, tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai. Diberikannya selalu kehangatan pada buah hati dengan belaian lembutnya yang nyaman malah menidurkan.

Wanita sebagai pemberi semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika menghadapi saat-saat sukar, bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki dan Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu aman dan tidak terkoyak?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA.. kerana dengan air matalah wanita bisa menumpahkan perasaannya saat mereka memerlukannya, bukanlah satu kelemahan di sana ketika wanita menangis tetapi air mata itu adalah air mata kehidupan.

ketahuilah, Ibu (wanita) adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga..

Doa perempuan lebih mudah dimakbulkan daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". (Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan, jangan kau siakan wanita. Ingatlah kalian juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kalian melukai hati wanita itu sama halnya kalian lukai hati ibumu.

Lelaki dan wanita itu masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Itulah sebabnya kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walaupun sebesar zarah.

*cengeng=mudah menangis (org kata sikit2 nk nangis, nangis ajela, cengeng btl)

Ana: Semoga bermanfaat..

Monday, June 13, 2011

Siapa Lagi Yang Sudi Taqdim Kami, Ustaz? [2]

WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)

Lelaki, anda sahajalah harapan bagi seorang muslimah untuk merungkai segala keresahan yang ada di jiwa mereka. Mereka inginkan anda menjadi pendamping mereka untuk selama-lamanya sampailah ke syurga nanti, mereka juga sanggup sekiranya ditakdirkan untuk berkorban apa sahaja jika itulah yang dapat membahagiakan insan yang mereka sayang.

Lelaki, cubalah memahami hasrat hati mereka yang satu ini.

Mereka muslimah yang telah diciptakan sebagai perawan yang harus menitipkan malu dalam diri sebagai perhiasan agung.

Dengan itu, lelakilah yang selayaknya menjadi pendahulu dalam segala hal yang berkaitan dengan jodoh. Muslimah bukanlah tidak boleh manjadi pendahulu, tetapi fitrah mereka diciptakan untuk menerima cinta bukanlah mencari. Hati mereka untuk diisi bukanlah mengisi.

Justeru, lelaki tidak boleh bersikap malu untuk menentukan jodoh mereka. Kalaulah anda wahai lelaki malu untuk melamar seorang muslimah, malu itu lebih berganda-ganda pada seorang muslimah. Takkanlah anda mahu mendengar:

‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’

Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.

Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.

Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.

Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.

YAKINLAH!

Saya sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.

Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.

Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat ‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.

Saya terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. Saya seorang ‘Afiq’, jadi saya tahulah apakah kehendak dan naluri seorang lelaki.

Akhirnya, ‘Syafiqah’ tidak perlu resah lagi, jika suatu ketika nanti semua lelaki di dunia ini sempat membaca artikel ini dan memahami apakah isi hati seorang muslimah.

TAMAT.. ^_^

Ana: tertarik dengan artikel ini, bkn bemakna sy kemaruk nk kahwin plk ye.. :)

credit to: http://www.facebook.com/NikNajmi

Sunday, June 12, 2011

Siapa Lagi Yang Sudi Taqdim Kami, Ustaz? [1]

‘Tahun hadapan umurnya sudahpun menjangkau ke angka 25, bermakna suku abad telah dimamah usia. Tempoh pengajian pun semakin hampir ke hujung semester. Kalau diizinkan Tuhan dia bakal ke pentas graduasi buat kali ke-2.

Tetapi hatinya tetap resah. Bahkan resahnya mengatasi kegembiraan untuk meraih gelaran graduan berijazah sarjana, Semakin masa berlalu, semakin hati bertambah-tambah bimbangnya’

Resah, sampai ke waktu ini hatinya masih belum ‘diisi’ oleh sesiapa!

* * * * *

Demikianlah, detik di hujung hati seorang muslimah. Mungkin bagi kaum Adam, ianya sekadar rasa-rasa yang biasa dan kecil, namun tidak bagi kaum Hawa. Ia sebuah kebimbangan hidup dan mati bagi seorang wanita!

Saya cuba membayangkan, suatu masa dahulu, saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang bernama ‘Afiq’ tetapi dilahirkan sebagai ‘Syafiqah’ yang tidaklah memiliki rupa paras yang menawan, apatah lagi untuk mempunyai segala ciri-ciri seorang wanita idaman semua lelaki. Sudahlah kurang cantik, tambahan pula hanya menuntut sebagai pelajar Human Resource di UITM Shah Alam. Saya pasti saya sedang merasa rendah diri dan akan bersedih sampai ke hari ini kerana tiada lelaki yang akan mendampingi saya, jauh sekali ingin melamar saya sebagai teman sehidup-semati.

Iyelah! Sudahlah tidak menawan, title ustazah pun tak ada. Ah! Saya betul-betul tidak dapat membayangkan betapa seksanya menanggung jiwa seorang ‘Syafiqah’ ketika itu.

Artikel ini saya menulisnya bersama-sama ‘jiwa’ seorang ‘Syafiqah’ agar dapat berkongsi perasaan resah yang mereka (muslimah) alami.

OH MUSLIMAH! OH SYAFIQAH!

Wanita mula memikirkan soal kehidupan mereka apabila usia mereka mulai mencecah awal 20-an. Ia adalah fitrah. Kalaupun mereka buat-buat lupa, rasa itu tetap akan datang dengan sendirinya. Anda (muslimah) mungkin akan merasakan lebih resah dan bimbang apabila anda adalah salah seorang seorang muslimah yang saya nyatakan di atas.

Siapa yang tahu, betapa peritnya ingin menghadapi situasi sebegini. Perasaan ingin berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal sudah pasti ada pada hati kecil seorang wanita sebagaimana seorang lelaki. Tetapi banyak sungguh halangan yang membantutkan hasrat itu. Hati wanita mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya ketika sama-sama menuntut di sekolah sudahpun berkahwin, ada juga yang telah beranak-pinak memiliki cahaya mata.

Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja.

Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?

Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu ‘siapa mahu mencari siapa?’

Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.

Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut: ‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’

Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!

Saya percaya, kalaulah tiada dicipta pepatah ‘perigi mencari timba’ sudah pasti separuh daripada keresahan seorang wanita itu akan hilang. Mereka bebas menentukan soal jodoh mereka tanpa ada rasa malu dan tertekan. Muslimah boleh terus menyambung pengajian atau kerjaya mereka walaupun ketika itu usia mereka akan menjangkau 30 tahun tanpa sibuk memikirkan siapakah bakal jodohku nanti.

Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah

[Tamat Part 1]

bersambung......



Ana: Artikel yg menarik, dan ya, saya akui..
credit to http://www.facebook.com/NikNajmi

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Gambar Hiasan
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Gambar hiasan
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Gambar hiasan
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.


Ana: credit to abg ezat. http://www.awliahassan.blogspot.com/
copy sekali dgn gambar2 nya.hehe