MusicPlayer

Wednesday, January 26, 2011

Hatiku Terbang..

Salam.
Lama tak update blog. Tiba2 terasa hendak menulis, walaupun kepala pening,berpinar2, sudah sminggu demam selsema.
(mungkin org kata xnampak macam sakit pun, hakikatnya kita saja yg tahu.)

Sepanjang tidak sihat, fikiran saya selalu terbang, entah ke mana saya pun tidak pasti. Pagi ini, Saya tiba2 terkenang zaman sekolah dahulu, teringat akan satu lagu yg pernah popular dalam kalangan pelajar sekolah sy, lagu yg menjadi famous setelah dipersembahkan dalam 1 majlis sekolah. Juga merupakan satu-satunya lagu versi dikir barat yg saya ingat sehingga kini, dan tidak lupa kepada tukang karutnya, kawan saya sendiri. eheh..
kawan2 kata, lagu tu best..sedap didengar..kombinasi muziknya sedikit unik. Bagaimana lirik nya?
yaa..liriknya jiwang sekali..begini bunyi nya..

cuba kau ingati,
masa dulu-dulu,
engkau pernah berjanji,
bersama-samaku..

kini...
engkau mungkiri,
lafaz cinta yang satu,
kerna...
kau tinggal pergi,
hidup tak berguna lagi..

dikau pergi...
mencari mimpi baru,
seindah pelangi,
seluas awan biru,

kebahagiaan di cari,
tempat di tuju,
kebiasaan di hati,
engkau yang satu..
(engkau yang satu...)

Hm..terpulang kepada pendengar nya untuk mengulas lagu tersebut.

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

Hari terakhir di tahun 2010, hampir penuh inbox handphone saya. penuh dengan ucapan selamat tahun baru, kekadang saya tertanya, untuk apa ucapan itu? Tetapi berbeza pulak bila tibanya 1 Muharam, hanya beberapa orang sahaja yang mesej. Sedangkan tarikh tersebut begitu bermakna bagi umat Islam (walaupun saya ini rabun sejarah,buta sejarah itu memang xtau apa-apa).

" salam fai, wish u a happy new year.."

untuk apa ya? untuk sama2 meraikan tahun masihi, bersa
ma bergembira dengan penganut bukan Islam? diiringi dengan hiburan-hiburan dan pelbagai program serta aktiviti yang sia-sia, meruntuhkan moral baik anak muda mahupun anak tua, yang sudah jelas dan terang lagi nyata tidak memberi manfaat walau sekelumit pun. Apatah lagi segala hiburan itu akhirnya membawa kepada lahirnya insan-insan baru yang tidak berdosa, meletakkan gejala buang bayi di tahap yang sangat2 membimbangkan.. Detik menanti 12 AM menjadi saksi bertambahnya beban tugas malaikat pencatat dosa, penyumbang utama beban ini adalah anak-anak muda, remaja, pelajar dan sewaktu dengannya..

Jenuh jugak saya baca mesej dari rakan2 facebook, tidak ketin
ggalan mesej dari seorang lelaki yang pada sangkaan saya schoolmate dahulu..
"Hai fai..selamat 2011"
"fai..epy new year.."
"jom pesta.."
"bawa awek masing2.."
"buat seks ramai-ramai.."
"jom...!!"
"woooo..!!"

Saya terkedu. Apakah ini nilai seorang remaja yang bakal menjadi pemimpin kelak? Hilang rasa malu, dengan saya sekali di ajaknya. Mungkin dia terlupa, kalau saja dia berada di depan saya, memang sudah saya tampar agar dia tersedar. Kalau benar ingin sambut sekalipun jangan la disulami dengan maksiat. Saya sedih dan takut. Sedih dengan apa yang sedang berlaku, takut dengan apa yang bakal berlaku. Na'uzubillah...


Ana: Lebih baik xpayah sambut jika hanya menambahkan dosa, dosa sedia ada pun tidak terhitung.

sedih

Tiba-tiba rasa sedih..
Seperti akan kehilangan..

http://www.emocutez.com