MusicPlayer

Sunday, November 7, 2010

Banjir

Salam...
sudah lama saya tak update blog. Rindu dan semua perasaan ada. Tapi, malas mau taip. hahaha~

OKTOBER
Terasa bulan yg sgt menyeksakan, manakan tidak, assignment, presentation, qiuz, report dan sebagainya sgt memuncak. Terutama di akhir2 bulan, tambahan dgn persiapan utk LI, ya..mmg lambat lg, tp permohonan fasa 1 bmula akhir bln okt. Lumrah bergelar pelajar..beginilah. But, merungut bkn penyelesaian.

30 oktober, kami berempat (serumah) melepaskan tekanan dgn 'melancong' ke pantai Kuala perlis. Usai solat Isya' kami pun bertolak..perjalanan mengambil masa kira2 7minit.heheh..
masa yg ada dimanfaatkan sebaik mungkin, makan pelbagai jenis makanan (ABC special, kerang rebus, stay etc), naik kereta kuda, menikmati angin laut dan sebagainya..walaupun mengantuk, terasa segar badan.. :D
(tapi sayang..x dapat upload gambar..USB handpone bermasalah.. =_=).

Bemula 31 okt (ingat2 lupa gitu), hjn melanda perlis. huh, mmg lebat..hari itu sy dan beberapa org rakan bertekad meredah hujan ke program anjuran Nisa' (badan NGO). pandang kiri, pandang kanan, sy seorang sahaja yg tidak memakai rain coat. huhu..badan menggeletar semacam, sejuk yg amat, pejalanan terasa amat jauh kerana kami terpaksa berpatah balik kerana tersalah jalan. huhu..malamnya, sy demam.. +_+

MINGGU PERTAMA NOVEMBER
Hujan semakin lebat tanpa henti, menyebabkan beberapa kawasan di Perlis dinaiki air. Empangan menampung air dengan banyak. sehingga 3 nov, sejarah 2005 berulang kembali, malah lebih teruk. Kedah, Perlis dan Siam dilanda banjir kilat.. Kelas (klinik) terpaksa dibatalkan kerana lecturer adalah antara mangsa banjir. Sy risau, surat permohonan LI ke hospital belum ditandatangan, macam mana nak pos..lol...(org risau abnjir, sy risau lain).

Kami terperangkap d kolej kediaman masing2, jalan sudah di tutup kerana banjir semakin buruk. Bekalan air dan elektrik di kebanyakan kawasan sudah terputus. Line internet turut sama tergendala.. Jadilah kami org yg tidak tahu perkembangan dunia luar.. Nasib saja ada telefon, tapi kredit nya tiada. Hahaha~~

'lautan' Kangar

Hospital Tuanku Fauziah

pasukan JPA3 menyelamatkan mangsa - kawasan hospital.

kereta hanyut..

persimpangan ke Wang Ulu..

masih sempat lumba basikal dalam banjir..


6 NOVEMBER 2010

7 AM: Pelajar yg berdestinasikan Kuala Lumpur dan ipoh berkumpul di hadapan pejabat pengurusan asrama. saya tidak terkecuali. Alhamdulillah, terima kasih pihak kolej kerana menyediakan pengangkutan dan sarapan pagi kepada kami..sebelum bertolak, NC sempat memberi ucapan, antara isi ucapan beliau adalah:

"...pelajar seharusnya bersyukur kerana anda semua tidak terkena banjir, hanya laluan ke kolej kediaman sahaja yg dilanda banjir, kerana bangunan kolej yg kita bina adalah di kawasan tinggi, serta ini semua berkat doa yg pihak universiti panjatkan kepada Allah. ..."

"...seharusnya berterima kasih kepada universiti kerana membantu pelajar, kami menyediakan bas untuk ke KL, Ipoh, Alor Star dan Penang serta memberi makanan free kpd pelajar, ini kerana kami care akan anda semua. tetapi pelajar masih berfikiran negatif terhadap kami..."

" ...saya tidak pernah mengajar pelajar-pelajar sekalian untuk berfikir negatif ataupun sifat2 yg tidak elok,.."

"...comprehensive, thinking positive, & sifat kemanusiaan harus ada dalam diri kita. inilah perkara penting yg perlu ada utntuk kita menyelesaikan sesuatu perkara, sy cukup tidak suka sifat pelajar yg suka berfikiran -ve. kami buat semua ini adalah untk kebaikan pelajar, kerana kami syg pelajar semua. sy syg anda semua melebihi ibubapa pelajar sendiri..."

"...kita seharusnya pandai menyesuaikan dan mengawal diri, supaya kita boleh bertindak atau bekerja dalam keadaan tekanan..."


Begitulah petikan ucapan NC yg masih melekat dalam ingatan sy..
entah knp, begitu hiba rasa hati meninggalkan kolej.. c putih bagaimana la, merajuk barangkali, sampai hati x mau jumpa org.. T_T

Perjalanan ke KL malalui kawasan banjir (Alor Star), seperti lautan gamaknya..air masuk (sikit) ke dalam bas melalui celah2 pintu. mujur saja cermin bas x boleh buka, kalau tidak memang sy dah hulur tangan, mana tahu dapat 2 3 ekor ikan. hahaha~~
dan yg pasti, sy lebih banyak tidur daripada buka mata. huhu..mabuk+pening. tmabahan pulak pacik bas ni perokok org nye, makin mabuk la sy.. T_T
Akhirnya setelah menaiki bas, dan KTM ke Klang, Alhamdulillah, sy sampai di rumah pakcik kira-kira 9 malam. Perjalanan yg panjang..dan memenatkan..

ana: orang utara kata bah(banjir)..jgk,xdpt upload gambar banyak2, ntah apa mslh USB hp.