MusicPlayer

Saturday, May 15, 2010

SUATU PENANTIAN...

Alhamdulillah..diri ini selamat sampai di lapangan terbang LCCT tepat 9.30am.
terasa begitu lama menanti tarikh 15mei, seperti biasa 4.15-4.30am waktu sepasang mata milikku celik..beza nya kali ini mata dah tak mau pejam lg..mgkn krn tidak sbr menanti utk berjumpa mr.AirAsia..huhu (klu hari2 la
in bkn main brt mata nk tahajjud.. =_=)
mak angkt trut terjaga seawal 5am..maaf kn dri ini krn mganggu tdur mu..
sewaktu hendak melangkah naik kereta (senior yg tlg hantar,sgt terharu..), terlihat lukisan kesayuan dan sebak di wajah ibu angkat..mau nya x sedih..diriku bagaikan ank kandungnya sendiri..lantas ku salami tangan beliau dan ku peluk..maafkn diri ini kerana byk menyusahkan, diri ini terlalu byk kekhilafan.


waduh...1 lg penantian yang menyeksakan..iaitu flight kedua pada 12.50pm..huhu
Ya Allah..permudahkanlah urusan ku, sesungguhny
a aku merancang Engkau pn merancang..tapi Engkaulah yg menentukan segalanya..

gelagat manusia di airport..pelbagai ragam..

si pemerhati yang turut diperhatikan..

Tuesday, May 11, 2010

menghitung hari

sunyi rasanye bila duduk sorg2. maklumla..kwn2 lain semua dah blk. perkara biasa bila bergelar pelajar from 'oversea' (macam la jauh sgt..huhu). waktu2 mcm nila semua pkara menerjah fikiran, teringat kenangan2 dr zaman blm sekolah sampai la skrg..
teringat akan buah hati yang jauh di mata..sebak nya r
asa di hati Allah shj yg tau.
ops..buah hati yg slalu berada di ingatan tak lain tak bukan mestila org tua saya.. ummi dan ayah.

ummi ayah berlatarkn kereta kesayangan ayah^^

Apa khbr agk nye ummi wa abi..mampu kah diri ini menjadi ank yg diterima doanya sbgai bekalan ummi dan ayah di alam kubur kelak? layakkah diri ini bergelar anak solehah sedangkan kekhilafan diri terlalu byk sehingga mengundang dosa menggunung. ampunkan diri ini ya Allah...(namun, bkn skdr berkata, perlu ade ikhtiar nye..)

AKTIVITI MASA LAPANG

semoga dengan zikrullah, hati tidak dicemari noda hitam.

Diriku dan dirimu, kita serupa. (2)

Dah rehat..skrg sambung blk..^^

PERINGKAT KEEMPAT: IZAM DAN LAHM

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”


Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA: NASY’AH KHALQAN AKHAR

Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM: NAFKHUR-RUH

Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Diriku dan dirimu, kita serupa.

setiap yang wujud pasti ada permulaannya. (nak habaq baru bt personal blog kunun..huhu^^)
begitu juga dengan kejadian diri kita, adakah kita wujud dengan sendiri bak cerita dongeng keluar dari batu, jatuh bersama tahi bintang, dan sewaktu dengannya. kadang2 mau t'gelak sendiri bce cerita yg karut marut tu. sedangkan dlm Quran sudah dinyatakn proses kejadian manusia, mengapakah masih ada menutup mata? mahu kufur kah kita seperti Darwin?

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN


peringkat pertama: NUTFAH
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " al-Insan: 2



Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA: ‘ALAQAH
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”
. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

* sesuatu yang bergantung atau melekat
* pacat atau lintah
* suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA: MUDGHAH
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

>>peringkat seterusnye nk tulis kemudian..skt blkg..huhu^^