MusicPlayer

Saturday, July 28, 2012

Ya Qalb..



Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji-Nya adalah pasti,
Pada akhirnya kebahagiaanlah yang kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahawa janji-Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak-Nya,
DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya.


Wahai Raga...
Tetaplah istiqamah dalam asa,
Cinta itu sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu,
Seberapa kuat kita saat tertatih,
Dan seberapa tegar kita disaat rapuh.

Segala ujian dan cubaan-Nya tidak pernah ada yang sia-sia,
Disebalik itu semua pasti ada hikmah dan barakahnya,
Bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...
AAmiin...


fbh: sakit mu, dukamu, hatta tawa dan resahmu pasti dinilai. 

Sunday, July 8, 2012

Facebook

Assalamualaikum..

Facebook- lebih dikenali sebagai fb adalah benda paling famous sekarang. Dalam sehari tak sah kalau tak buka fb kan. Siapa yang tiada akaun fb? 1 dalam sejuta mungkin..
Termasuk lah saya..

Cuma saja bergantung pada kita untuk menggunakan fb itu ke arah mana dan bagaimana.
Saya tidak suka apabila terpampang komen dan status yang entah apa.

"Mornink all !! :) Ada orang tuuuu..semalam...mau berkenalan dengan saya, bukan saya sombong ye, tapi dah tidur semalam. merajuk dah dia.. kontek la saya 013-xxx2345 :))"

"Apa kes pulak la ex aku ni call2 aku sekarang. malas aku nak layan. kalau aku ok, aku jawab la, kalau aku bad mood sorry la yerr. Harap aku tak berpaling.. :)"

Apa kes ler...
Pening tengok. Biarlah tengok fb dijamu dengan benda-benda bermanfaat, peringatan yang menggentarkan hati akan Kekuasaan Sang Pencipta.
Makanya, mari kita limit kan siapa kenalan kita di fb, page apa yang kit like dan subscribe. Ingat, banyak sangat tengok benda lalai akan melemahkan jiwa. :)

Moga Kuat melawan cinta kepada dunia.

Ana: Sebenarnya mau share something kat fb tadi. Tapi nak pergi MATIN pulak. hehe

Saturday, July 7, 2012

It's About TIME

Bissmillahirrahmanirrahim..

Fuh. Sekian lama dan lamanya saya tidak menjenguk blog ini. Intai pun tidak.
Bukan setakat berdebu dan bersawang agaknya, dah ber'penunggu' apaa.. hihik

adoi. pening kepala daa. [baby fareesha]

Buka blog, blur sekejap. Apa tidaknya, semua nya sudah 'new look', upgrade gitu..
Saya jadi terpinga-pinga sekejap. Tenung Laptop lama-lama.

'saya nak tekan mana satu ni, tang mana nak tengok dashboard ni? aiyaaa'

Setelah pusing-pusing explore, akhirnya berjaya 'membiasakan' diri. haha
Iya, sepanjang bergelar pelajar tahun akhir di UniMAP, saya rasa 24 jam sehari itu tidak mencukupi. Mahu extend 30 jam sehari. haha, tapi itu mustahil.
Orang yang paling rugi jika masa dibiarkan berlalu begitu saja.

Kerana lenguh meng'edit' resume, dan segala macam yang lain, proses pembersihan blog pulak. yahaa! New look! Kalau ditanya kenapa tukar itu dan ini, selain dari tukar 'baju' encik blog, semestinya ada sebab tertentu kan. huehue :)

Dan ya, begitulah jikalau kita meninggalkan sesuatu perkara yang sudah jadi kebiasaan.
Pasti akan berat hendak memulakan semula, jika hendak mula pun, ibarat tidak tahu hujung pangkal.
Misalnya kita ini sudah biasa melakukan solat berjemaah, dan perkara kebaikan/kebajikan lain, tiba-tiba ditinggalkan lama, aduhai, memang sakit mahu mulakan semula.

Makanya, yang baik itu jangan ditinggal-tinggalkan. Mahu tidak mahu kena paksa diri untuk melakukan kebaikan. Kalau tidak? ya, Syaitan pasti bergembira.

Selamat bermujahadah semua. Memandangkan bulan Ramadhan sudah menghampiri, lagi kena kuat train diri. :)

fbh: Jangan buang masa. ish ish ish --`