MusicPlayer

Monday, December 27, 2010

27 Disember 2010, ~8.50pm

Saya ada resipi baru, boleh cuba.
Turuti - segan - malu - sakit hati - ditertawa

how sweet..seriously, memang best.
haha...memang best tahap gaban! Sedap!

Terima kasih sangat-sangat kepada Ummi dan Ayah yang ku sayang.
Tiada org yang lebih baik dan lebih segala2 berbanding mereka di dunia ini.
Saya tak pernah jumpa, and im sure tak kan pernah jumpa.
Mereka pengubat hati dan penawar yang paling mujarab dari segala jenis ubat, kecuali mati.
InsyaAllah.
Moga Allah memberkati, merahmati hidup mereka. Semoga Kasih-Nya sentiasa mekar buat orang yang ku sayang..ameen..

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR

Salam,
hari ini tanggal 23 Disember 2010 secara rasminya keputusan PMR diumumkan.
ya, zaman PMR saya sudah menjadi kenangan, tetapi hari ini merupakan hari yang penuh debaran kepada adik bongsu saya, Muhammad 'Afif. Selalu dia berpesan kepada saya agar mendoakan dia mendapat 9A, kerana itulah harapannya.

kecewa
http://www.emocutez.com
Awal pagi lagi adik saya sudah menghantar pesanan mesej ringkas,SMS kpd saya. Tepat 10.48 a.m, telefon bimbit berbunyi menunjukkan ada mesej masuk. ianya dari adik saya..
'Salam kak, afif dapat 7A je..sedih.. ='('
kecewa bunyi nya..sepanjang sms dengan saya icon sedih itu tidak lekang, mesti ada.
7A 2B (BM & BI). Tahniah buat adikku, tak mengapa, Alhamdulillah, keputusan itu sudah cukup baik. Selepas ini kena tingkatkan usaha, skor 12A pulak SPM nanti..insyaALLAH.
Moga Allah merahmati, memberkati dan memudahkan segala urusan. Ameen..

Ana: I love my family..jangan sedih-sedih ye..
http://www.emocutez.com

Wednesday, December 22, 2010

20 Disember 2010
FIRST CLASS FIRST ASSGINMENT. hm, kuliah belum mula lagi tapi assignment sudah dapat. erk..speechless sekejap. umi cakap, biasalah tu, awal-awal ni la kena dapat banyak kerja dari pensyarah.huhu..memang pun.sehingga hari selasa sudah pun dapat 3 assignment. mujur sahaja soalan sikit, tapi jawapan 1 muka surat setiap soalan. (nampak sangat malas dan belum ready nak belajar). tak boleh, kena set di minda sentiasa bersedia, nanti sampai exam pun masih tak bersedia. (Azam baru nih..=D)

21 Disember 2010
petang selepas kelas saya terima SMS kiriman dari nombor ummi yang berbunyi,
'salam, apa khabar? kamu di mana?' kemudian saya balas..ada kat rumah.
'kamu dah beli hadiah afif?' (of course la..rasanya dah cerita kat ummi hari tu jalan2 di Mid Valley. hm sedikit konfius)
'ape la hadiah nya?'
dan beberapa mesej, sesi soal jawab gitu..
sebelum itu saya sempat tanya siapa? rupa-rupanya memang betul tekaan saya.. Afif yang mesej, ceh, ada hati nak menyamar jadi ummi. po0rahh dan saya pun tertipu =_= abis kantoi.
However, kalau tak dapat 9A, hadiah berupa jam tangan mahal (cukup 3 angka tu..) akan menjadi hak milik kekal saya. hahahaha~~ ;D

22 Disember 2010
Saya menemani seorang rakan ke kampus tetap universiti untuk berjumpa pensyarah (LI coordinator) kerana terdapat sedikit masalah berkenaan tempat LI (latihan industri) pada 2 mei 2011.
kami menyewa kereta dan saya driver nya. huhu..lesen baru P eksyen je lebih. haha..kereta auto boleh la, manual? jangan harap, bergegar kepala lutut, gigi jatuh berguguran pun mungkin tak sedar. maklum saja, bawa kereta pun amat la jarang, biasa pun tidak. Mulanya berjanji dengan pensyarah untuk bertemu pada 10 pagi. Last minutes, tunda ke 4 petang. kereta sudah disewa untuk 2jam. hm..bincang punya bincang kami sewa untuk setengah hari, lagi berbaloi dari pinjam semula 4 petang nanti. Sewa sahaja tapi tidak diguna tak berbaloi juga, kami pun makan angin sehingga ke kedah. haha..mantap! sama-sama tak ingat jalan, sama-sama sesat. mahu ke changlun, masuk sampai UUM, keluar dari UUM, entah ke mana, jumpa sign board ke Kuala Lumpur dan Sintok. Changlun nya di mana? tertinggal di Perlis kah? atau dalam bonet? hahah..padahal mudah sahaja jalan nya..keluar Changlun jumpa KL lagi..aduh2..nanti lain hari nak pergi KL sungguh. (asyik jumpa KL je, KL melambai lah tu..)hahaha
Malam nya kami pergi ke pantai, makan angin lagi..dan..makan ABC serta kerang rebus. sedap nye kerang rebus. lepas makan mengantuk, dah tak larat drive. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Perjalanan yang tidak dirancang...

Ana: Awal sem kena bersemangat, tapi sudah sakit kepala. masuk sem baru mesti badan tak sihat. Ada makna kah?

Wednesday, December 15, 2010

15 Disember 2010
Hari ni pasang hajat nak try naik bas sendiri, maklum lah, tak reti sangat kat tempat orang.
Lepas subuh tak tidur dah, giler semangat nak keluar. tiba-tiba rasa tak berani nak keluar sorang2, first time pulak tu..akhirnya naik dengan pacik, pergi KL terus, destinasi hanya ke Mid Valley. Jalan-jalan makan angin. Hajat hati mau cari hadiah untuk insan yang ku sayang..
Tapi down sedikit ...
Memang salah sendiri la tu.. sepatutnya bersyukur, rasa bertuah dan muhasabah diri.
BTW, dapat beli hadiah, alhamdulillah, walaupun mahal sampai 3 angka tue..tapi..hehe..ade sale, diskaun 50%, 70% etc. memang murah la, tak sampai RM50 pun. jadi, tak boleh melepaskan peluang, lepas ni dah nak balik kampus. ^^,

Ana: kena tunggu keluar result baru boleh bagi hadiah.hehe

Friday, December 10, 2010

Cuti-Cuti Malaysia

salam..
sudah terlalu lama saya tak update blog. hm..banyak sebenarnya, tp malas nk tulis. huhuh
Hampir seminggu exam berlalu,last paper 2/11/2010 yg lepas (ade ke 2/11/2010 versi akn dtg? erk...)
Dalam perancangan 3hb tu nak ambil test JPJ motor, tp tak sempat nampak gayanya..malam nya bertolak ke Klang, ke rumah pakcik (adik bongsu ummi). Di rumah pacik, er..macam biasalah, adik2 sepupu yg naughty. Especially iwan. Memang jajal, plus tubal. "_" penat melayan dan melawan 'keganasan' iwan. haha~~


"kakak, can i use your laptop?" (nada manja2 sket mcm bdk2 barat tu bah..) -> wawa
"kakak, i wanna play your laptop, can i?" (nada kasar sikit jak..still hormat la) -> nabil a.k.a abang..
"kakak, nak main laptop. cepat la..iwan nak main ni. cepat la..!!" (bah, mmg kasar, kaki tgn ikt 'beraksi' juga x_x) -> iwan.

>>> itulah antara dialog nya, beza perwatakan, si kecil paling hero. adedei...

8/12/2010
Bangun awal pagi, dengan penuh semangat hari tersebut mau jalan2 di bandar KL. Tujuan utama, mahu naik puncak tertinggi KLCC. Haha~~
saya pn naik lah train (KTM) ke Kl Sentral-KLCC. langkah diatur menuju ke kaunter membeli tiket naik sky bridge. sampai sahaja, memang terkejut tahap gaban la..kena baris plk..pjg nye barisan dah macam ular, melingkar2. aduhai.. Alang2 menyeluk pekasam kan..baris jugak la..akhirnya dpt jgk, tiket untuk 2.40 pm. fuh..pinggang jgn ckp la, sakit xdpt jln dh. naik punya naik..wahahaha..best..walaupun x dapat naik sampai puncak, tp x apa.. 1 day, saya tetap nak naik.I will. InsyaAllah.
selepas melawat sky bridge (jambatan kt tengah2 yg m'hubungkan 2 menara berkembar tu), sy pusing2 sekitar Suria KLCC, dan yg pasti..singgah ke kedai buku terbesar, Kinokuniya. hehe..sy sempat membeli sebuah buku cerita dalam bahasa inggeris. agak2, level bahasa inggeris buku wawa yg baca lg tinggi kot. Haha~~
"Diary of Wimpy Kid" - menarik saya tengok, nak improve kan BI punya pasal, kena la start dari level yg erk..yg level sastera nya rendah la..hehe


sewaktu hendak bertolak balik, KL dan kawasan sekitarnya dilanda hujan lebat, mujur saja saya naik train. hehe, x kena hujan. tapi, nk balik rumah tu dari stesen..terpaksa mandi hujan jgk la. Apa yg penting, hari tersebut sangat lah penat, penat yg amat, penat sebab berdiri+berbaris semata2 kerana sky bridge. sampai sahaja di rumah pacik, sy sudah tidak dapat bertahan, usai solat maghrib saya terus tertidur. Teruk betul tidur waktu maghrib. Astaghfirullah... zZzz~~~

11/12/2010
Pacik sekeluarga akan bercuti ke Melaka. Cuti2 Malaysia..hehe~~
saya pun mesti la ikut sama, oh, tidak lupa anak buah macik yg masih belajar di MSU, kami panggil Oyo'. he..c oyo' pn pigi jgk..
Pesan pacik, 'kasi siap la baju kamu urang secukupnya, baju bikin mandi, bisuk awal pagi kita btolak, bmalam di apartment, hr minggu baru kita balik. and jgn lupa telekung'. =)

Ana:
sedang tulis blog, Emosi tiba2 terganggu. SMS punya pasal.. x_x