MusicPlayer

Monday, March 25, 2013

JIKA

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal'alamin :)

Islam Agama Pilihan Ku

Friday, March 15, 2013

The Hope

15th March 2013

Its Friday, March, 15th. And tomorrow is the very welcome date. why?

   1) On 16th March, There will be Himpunan Ulama' at Perak
   2) My flight to Kota Kinabalu is on 16th March 2013
   3) Reunion Bulatan Gumbira

I really want to join Himpunan Ulama' and our Bulatan Gembira's reunion, but the priority goes to My Hometown. huhu.
It's been so long since I kept this feeling..

So sad, I can't cancel or change my flight ticket.. (my friend offer to buy a new ticket for me), but..the truth is I just give them (my parents) the hope. The hope that I will be at KKIA on 11am tomorrow. The hope that they will see me tomorrow, and they prepared a schedule just to meet me tomorrow. I'll not disappoint them.

Really really really sorry. May Allah bless you all, may Allah ease all the program's plans. We'll meet again soon..sooooooon, with His permission. :)


FLIGHT

My flight departure: 8.30am, at KLIA
I have many luggage. haha. about 2 bags, goes to cargo and another two bags (back pack) as the hand baggage. Ahah, I think the total weight almost 40kg. And for sure i will be charged for the excess weight. hahaha. (they just give 30kg - free)
Never mind, as long as I can FLY. (I need to make adjustment - reduce weight!) -.-

just check-in


fbh: Goodbye everyone.. :)

The Heart Turn Into Pieces

Hari ini saya pinjam title Dr.cinta. (haha, sejak bila?)
Cinta Allah yang teragung. 
Sekadar berkongsi.. Moga ada hati yang terubat, moga ada hati yang tersedar.. 

DIPERMAINKAN
 
"Orang zaman dulu senang je, tak ada masalah kawin. sekarang apa masalah ye? Lelaki mudah-mudah je permainkan wanita, suka-suka bagi harapan, penipu"

Aduan yang kerap saya dengar, ayat yang paling banyak saya dengar dewasa ini.
Saya merasai kesedihan itu, ke'terkilan'an, keterlukaan dan kekecewaan yang mereka tanngungi terutama kawan-kawan rapat saya. Lebih terkilan jika dilakukan oleh orang yang molek agamanya. Kenapa?

Saya perhatikan kejadian seperti ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan masa kini. Bersepah-sepah kes nya, sama ada wanita yang menjadi mangsa ataupun lelaki, majoriti nya wanita.
Anggapan saya, pasti ada sebabnya, misalnya, tidak serius dan bersungguh (memang macam mempermainkan sungguh la kan), balas dendam (mungkin), hati yang tidak tetap (mudah jatuh hati), masalah keluarga tapi tidak mahu diceritakan (mungkin ada pilihan lain atau tidak berkenan dan sebagainya), dan banyak lagi.

Acapkali pakcik saya katakan, "lelaki jika bersungguh tidak akan memberi harapan, apatah lagi dalam tempoh yang lama".
Senior (lelaki) juga pernah mengingatkan, "jika si lelaki benar sungguh, tidak akan memberi harapan jika dia tahu tidak mampu, .... jangan percaya pada lelaki"
(Bukan saya kata..) Tidak semua lelaki di dunia ini berperangai sebegitu, tapi, sekali terkena selamanya terpahat.

Duhai teman yang saya sayangi, amat saya sayangi, Allah Maha Adil. Biar apa pun yang terjadi tabah lah, sabarlah, Allah sentiasa ada. Jika tidak terbendung luahkan lah..
Sayu hati, kadang termenung memikirkan, salah siapa sebenarnya? 
Sering orang mengatakan, anggap lah ujian. Betullah juga kan..
Apa pun teman, bangkitlah, jangan kerana kita terjatuh membiarkan mereka terus mentertawakan kita. Sekurang-kurangnya kamu lebih berhati-hati selepas ini..

KENAPA?

Sebab yang sahih sememangnya saya tidak tahu. Kalau menurut pandangan saya, seperti yang saya nyatakan, tapi berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung bukan..
Cuba untuk termenung (menung yang berfikir), dari sisi positif nya..

1) Allah memilih kamu untuk merasainya kerana 'kamu tidak akan tahu kekuatan seuncang teh selagi belum direndamkan di dalam air panas'.

2) Sabarlah, dugaan membuatkan kamu lebih kuat hati, lebih dewasa dan matang serta tidak akan mudah tertipu selepas ini.. kamu akan lebih berhati-hati dan lebih mengenali sikap manusia yang pelbagai.

3) Kita penuh sifat lupa, tapi Allah menguji kata-kata yang dituturkan hambaNya. Mungkin, tanpa sedar kita pernah terucap.. 'sebab lelaki pun nak gaduh', 'hanya kerana frust nak bunuh diri', 'apalah yang mahu dikecewakan sangat sampai macam tu sekali' ... bla bla bla.
Cuba flash back, mungkin pernah kan? Sedap kita berkata tanpa meletak diri dalam kasut si Kawan itu.. Allah mahu kita merasai apa yang kita katakan. Allah adil kan..

4) 'sometimes, when it turn to pieces is the strongest'
Hati ibarat kaca (terutama wanita), sekali terhempas berderai la ia, apatah lagi kalau dihempas. Mudah pecah. Tetapi, sukar dipecahkan lagi apabila ia sudah menjadi kaca-kaca kecil..

5) Banyak lagi jika kita cuba korek hikmahnya..



MAAF ??

Memang, cakap senang sebab lidah tidak bertulang. Bagi yang merasai, hanya dirinya dan Allah sahaja tahu. (Saya, no komen - macam artis selalu cakap tu..)

"Aku tak mampu memaafkan dia, melainkan dia tebus kesalahannya"
- Bagaimana tebusannya?
"Tunaikan janji, kotakan harapan"
- Erm Kalau tidak?
"Sorry"

Iyalah, amat sukar. Kalau tidak pun mungkin lambat laun boleh memaafkan, tapi terpahat selamanya.


PELUANG KEDUA

"Dia minta, patut kah aku terima? Boleh percaya ka?"
- Kalau benar jujur, its up to you..
"Memang aku nak terima, tapi aku takut jadi sama macam dulu"
- Hmm.. berilah dia peluang..
"Doakan aku"

Pada saya, Jika benar serius dan bersungguh, apa salah nya diberi peluang.
Saya pasti, pihak yang terluka akan lagi mudah memaafkan, bukankah itu tebusannya?
Bagaimana Jika memang kesalahannya tidak di tebus..?

LUPAKAN

"Mana mungkin, kau cakap senang lah, cuba masuk dalam kasut aku, entah-entah kau kojol dulu" (Ayat orang tengah marah memang high tone sikit..)

Betul. You'll never know  the feels until you wear the shoes.
Banyak kes lepas frust terjun laut, bangunan etc, ayat lain; bunuh diri. Na'uzubillah.
Hmm, cukup terluka, Saya jugak tidak tahu ubat apa harus saya berikan.
Inject tukar ingatan? Ketuk kepala untuk hilangkan memori? (haha, aku pulak yang gila)
Tiada lain yang saya tahu, Menangis mengadulah pada Allah, Dialah sebaik-baik penawar luka dan duka.. InsyaAllah


Tertarik dengan status facebook seorang teman rapat..

“Duhai adam,
Melukakan hati wanita sememangnya mudah,
namun menyembuhkannya hanya kuasa Allah yang mampu.
Menyentuh hati nurani wanita bukan mudah,
Hanya mereka yang menghargai sahaja yang tahu.
Allah menciptakan wanita penuh rahsia,
Di sebalik air matanya tersimpan kekuatan hanya Allah yg tahu!
Hargai wanita,dia hak cipta Allah yang istimewa. ^_^”

SABAR ITU ADA GANJARAN


Carilah hikmah dalam ujian yang mendatang walaupun sakit, kerana..

Teman, bertuah kerana tidak semua mempunyai pengalaman seperti kamu, tapi bangun lah kerana masih ada tangan yang menghulur.. :)


Pernah kawan saya berpesan,
'usah dibazirkan hati kita kepada yang tidak menghargai, sedangkan ada yang benar-benar menghargai kita'
Its your choice..?
Pilihan ada padamu, walaupun ianya sukar, tiada pilihan untuk tidak membuat pilihan..




Semoga besar ganjaran buatmu, kental, sabar dan tabah hatimu..




fbh: Tidak semua lelaki / wanita begitu.. Moga Allah menjaga hati2 kita, moga Allah sentiasa memelihara.. Ameen.

Tuesday, March 12, 2013

Naluri Cinta Seorang Lelaki

Bismillah, post pertama di tahun 2013. Post yang agak menarik saya kira, c&p saja.
Almaklum, tuan blog tidak pandai buat esei, sudah lama ditinggalkan. (haha-fail!)

Naluri ingin mencintai

Kejadian cinta itu diciptakan secara suci oleh Allah swt dalam diri setiap makhluk. Tidak kira sama ada manusia, binatang, mahupun tumbuhan masing-masing mempunyai naluri yang sama dalam perasaan cinta. Masing-masing menginginkan kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang, dan membenci segala sifat yang selain darinya seperti huru-hara, kemusnahan dan seumpamanya.

Begitu sempurna kejadian Allah swt dalam diri manusia dan segala ciptaannya. Aturannya begitu sesuai dengan lumrah dan hukum alam. Amat rugilah barang siapa yang mencari jalan selainnya.

Cinta sesama manusia

Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian. Waima lelaki mahupun perempuan, masing-masing akan mempunyai perasaan untuk saling taarufan dan seterusnya mencambahkan pengenalan sehinggalah ke gerbang perkahwinan.

Saat pandangan mata mulai terpaut, si Adam akan mula gelisah. Dalam hatinya melonjak-lonjak ingin mengenali empunya diri si gadis. Hati tidak keruan saat teringatkan lirik senyuman dan halus wajahnya. Seakan ingin merungkai maksud tersirat di balik senyuman itu. Demikian juga si gadis. Dalam diam dia merasakan senang dengan perlakuan si adam dan ingin sentiasa berada di sisinya. Tanpa disedari resah dan gelora di dada semakin kuat menginjak-injak perasaan yang rawan.

Maka atas lumrah dan hukum alam, kedua-duanya berjaya terijab kabulkan dengan kerelaan hati. Saat itu terpancarlah sinar kebahagiaan. Telah sempurnalah sebahagian dari syariat islam ke atas mereka, dan kesempurnaan mereka sebagai seorang insan. Maka bermulalah pengembaraan dua orang insan di atas bahtera perkahwinan dalam melayari samudera kehidupan. Bermulalah detik-detik bahagia bersama pasangan hidup masing-masing. Setiap hari yang berlalu adalah hari-hari yang terindah dalam hidup si mempelai.

Kebahagiaan yang semakin teruji

hari demi hari, kebahagiaan terus menguliti. Namun harus diingat, sebenarnya perkara yang paling besar dalam perkahwinan adalah apabila anda harus hidup bersama dengan pasangan masing-masing dalam satu tempoh masa yang panjang, iaitu selama-lamanya. Malah telah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa pasangan yang soleh dan solehah akan berada bersama hingga ke syurga nan abadi bersama bidadari-bidadari syurga pula.

Maka dalam kebersamaan itu, Si suami dan isteri akan saling bantu membantu dalam menjalani urusan harian dan saling merancang untuk kehidupannya yang akan datang. Kedua-duanya saling berbincang dan mengeluarkan idea untuk melaksanakan plan kebahagiaan bermula dari saat diijab kabulkan sehinggalah saat kematian menjemput salah seorang ataupun kedua-duanya sekali.

Dan dalam kesibukan bersama itulah si suami dapat melihat kelemahan dan kekurangan si isteri, dan begitu juga si isteri. Di saat itulah ujian yang paling getir akan berlaku. Inilah saatnya di mana seorang suami harus menerima segala kekurangan yang ada pada isterinya, dan begitu juga isteri harus terbuka menerima keburukan sikap dan perangai si suami. Harus ada kecekalan hati dalam menerima setiap kekurangan dan kelemahan pasangan masing-masing. Itulah peranan terbesar seorang suami dan seorang isteri dalam meniti kebahagiaan yang berpanjangan.

Cinta seorang lelaki

demikianlah mukaddimahnya =) kembali kepada tajuk asal perbincangan. Apa yang anda tahu tentang cinta dan perasaan seorang lelaki?

Mungkin yang sering kita dengar, apabila memperkatakan perihal cinta, fokus utamanya adalah pada seorang perempuan. Kerana naluri seorang perempuan sangat-sangat sinonim dengan cinta dan kasih sayang. Jarang sekali kita dapat mendengarkan perihal cinta seorang lelaki.

Mungkin harus untuk seorang perempuan itu bertanyakan kepada diri sendiri, bagaimanakah seorang lelaki boleh jatuh cinta kepada aku? Apakah faktor utama untuk seorang lelaki menyintai seorang perempuan? Bagaimanakah pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan seperti aku?

Saya rasa dengan menyedari hakikat yang tersembunyi itu, perempuan akan tahu apakah sebenarnya yang sering bermain di fikiran lelaki apabila berbicara mengenai perempuan. Apakah sebenarnya perasaan yang bermain di hati seorang lelaki bila berbicara tentang cinta, dan apakah yang seorang lelaki mahukan dari cinta seorang perempuan.

Mungkin kaum perempuan sering tertanya-tanya mengapa perempuan sering menjadi mangsa ditinggalkan lelaki tanpa sebab. Dan saya tahu ramai gadis yang terpinga-pinga dan tidak mengerti mengapakah seorang lelaki tiba-tiba meninggalkannya, dan kadang-kadang hanya kerana disebabkan perkara yang kecil, si lelaki menjadikan ianya suatu alasan untuk meninggalkan seorang perempuan.

Pernahkan kalian menyedarinya wahai kaum perempuan? Sedarkah kalian apakah yang sebenarnya terjadi dalam realiti percintaan seorang lelaki? Apakah tanggapan seorang lelaki terhadap nilai cinta yang telah kalian berikan kepadanya? Mengapakah hati yang tulus mencintai ini telah disambut dengan khabar pahit dari seorang yang bernama lelaki?

Semuanya gara-gara perasaan dan naluri seorang makhluk yang bernama lelaki.

Antara perasaan seorang lelaki dan seorang perempuan

Perempuan aka wanita, gadis, dsb adalah makhluk ciptaannya yang berjiwa halus, berhati telus, sopan, manja, dan berwajah lembut sesuai dengan fitrah kejadiannya yang dijadikan untuk menjadi perhiasan di muka bumi ini dan menggembirakan si adam. Dalam nalurinya ada perasaan senang terhadap si adam dan keinginan untuk membahagiakannya.

Secara zahirnya wanita kelihatan lemah dari segi luaran dengan ciri-ciri yang disebutkan di atas. Namun kekuatan wanita adalah berada pada hati dan perasaannya. Seorang wanita akan merasa tertarik pada seorang lelaki bukan kerana kehenseman atau kerana paras rupa semata-mata, malah kecintaan mereka lebih dipengaruhi oleh sejauh mana seorang lelaki pandai mengambil hati si gadis.

Tak percaya? Saya rasa pelbagai bukti telah dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Kadang-kadang si lelaki tidak sekacak penulis (haha) tetapi mempunyai pasangan yang sangat-sangat cantik. Bukan sekadar seorang dua malah ramai yang dapat kita lihat di sekeliling kita hari ini. Malah seorang perempuan muda yang masih remaja pun boleh tertarik pada seorang lelaki yang sudah agak lanjut usianya hanya kerana si lelaki pandai mengambil hati perempuan tersebut.

Mengapa hal sebegini boleh berlaku? Jawapannya kerana hati seorang perempuan adalah lembut dan bersifat abstrak. Mereka mempunyai perasaan yang kuat, sehinggakan perasaan inilah yang memberikan kekuatan kepada mereka dalam apa-apa jua tindakan dan keadaan. Cinta mereka adalah luhur datang dari hati yang dalam. Oleh itu tidak mustahillah apabila seorang perempuan yang berperasaan kuat terhadap seorang lelaki, mereka sudah tidak akan memandang perkara-perkara lain termasuklah rupa paras mahupun harta. Apa yang penting lelaki tersebut ialah lelaki yang dapat memenuhi perasaan mereka. Lelaki tersebut yang mampu membuatkannya gembira. Lelaki tersebut jualah yang sering menemani hari-harinya dengan senyuman yang menenangkan hati dan jiwanya.

Lelaki?

Itulah perasaan seorang perempuan. Bagaimana pula dengan lelaki?

Seorang lelaki kebiasaannya memandang cinta sebagai ‘sebahagian’ unsur dalam kehidupannya. Keadaan ini berbeza dengan perempuan yang sering menjadikan cinta sebagai unsur yang mempengaruhi ‘seluruh’ kehidupannya. Seorang lelaki kebiasaannya menyintai perempuan bukan atas dasar perasaan yang kuat terhadapnya. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakan lelaki tidak pernah mengambil serius terhadap perhubungan yang mereka jalinkan terhadap seorang perempuan (maksud saya bagi mereka yang belum berkahwin).

Lantas apakah sebenarnya tujuan sebenar seorang lelaki mengucapkan sayang kepada seorang perempuan? Adakah ianya sekadar kata-kata manis dari seorang lelaki? Tapi mengapa begitu? Mengapa harus menuturkan kata-kata manis andai dalam hati tiada sebarang perasaan untuk hidup bersama hingga akhir hayat dan bersatu dalam ikatan pernikahan? Di mana sikap tanggung jawab seorang lelaki terhadap tutur bicaranya itu?

Jawapannya adalah kerana dia seorang lelaki. Perasaan seorang lelaki tidak sekuat perasaan seorang perempuan. Seorang lelaki sukar untuk meraih perasaan cinta dan sayang kepada seorang perempuan hanya kerana ketulusan cinta yang ditunjukkan oleh si perempuan tersebut. Termasuklah seandainya si perempuan menyerahkan segala perhiasannya kepada si lelaki sama ada dalam bentuk tubuh badan atau selainnya, namun bagi seorang lelaki, ianya bukan sebuah nilai yang mampu dihayati oleh perasaan mereka. Kerana bagi mereka perkara yang mampu menambat hati mereka adalah NAFSU.

Ya.. Itulah yang ingin saya highlight kan. NAFSU.

Itulah perasaan seorang lelaki. Mereka tidak punya kekuatan dari segi perasaan. Mereka sukar terkesan dengan perasaan manusia di sekeliling mereka. Kadang bukan kerana ego, tetapi memang naluri seorang lelaki sebegitu. Perasaannya sukar diraih berbanding perempuan. Dan mungkin kerana keegoan yang telah berada dalam diri yang menyebabkan mereka bersikap sebegitu.

‘Nafsu’ seorang lelaki terhadap perempuan adalah sama seperti ‘perasaan’ seorang perempuan terhadap lelaki. Kekuatan antara kedua-dua jantina ini adalah berbeza. Oleh sebab itulah seorang perempuan yang ingin memenuhi kehendak cinta seorang lelaki adalah dengan memenuhi kemahuan nafsunya, manakala seorang lelaki yang ingin menambat hati seorang perempuan adalah dengan menjaga perasaannya dan membelai hatinya dengan penuh kasih sayang.

Seorang lelaki secara tidak sedar telah menjadikan nafsu syahwatnya sebagai sesuatu yang mempengaruhi seluruh kehidupannya. Sama seperti perempuan yang menjadikan perasaan sebagai sesuatu yang mempengaruhi seluruh kehidupannya. Itulah sebab mengapa nabi muhammad saw menegaskan kepada para isteri supaya jangan sesekali menolak ajakan suami apabila suami ingin bersama dengan isteri di kamar tidur kerana hal ini akan mempengaruhi emosi si suami. Begitu juga amaran kepada sang suami supaya tidak menzalimi perasaan si isteri dengan mengherdik dan memukulnya dengan kasar, malah melayani mereka dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

Lihatlah, betapa agungnya kitaran yang telah ditentukan oleh Allah swt. Betapa besarnya hikmah pernikahan yang telah dijanjikan kepada manusia sebagai wadah keharmonian dalam berumah tangga. Amat jeleklah andai terdapat kaum yang memilih jalan selain dari apa yang telah ditentukanNya.

Menuju Kasih Sayang Yang Diredhainya

Sekarang mungkin telah jelas kepada kalian bahawa pujukan rayu seorang lelaki kepada seorang perempuan bukanlah pujukan cinta, tetapi sekadar pujukan nafsu syahwat. Mereka mencari perempuan untuk memenuhi kemahuan nafsu mereka dengan melihat wajah si gadis yang mulus, bibir yang mongel, rambut yang beralun tanpa kelemumur dan sebagainya. Sampai satu tahap mungkin mereka akan meminta sesuatu yang tertinggi dalam hidup seorang perempuan. Seterusnya perempuan tersebut akan ditinggalkan kerana dia merasakan nafsunya telah tercapai dan mula mencari perempuan lain pula untuk melampiaskan nafsu mereka yang seterusnya.

Itulah sebabnya bagi pandangan saya, seorang perempuan harus ada perasaan takut pada seorang lelaki. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki kerana bisa saja kalian akan hanyut dalam khayalan asmara ciptaan si lelaki, lantas terperangkap dalam lautan asmara tersebut hingga melemaskan perasaanmu. Akhirnya menutup pandangan daripada menerima kebenaran dan realiti sebenar.

Salurkan cintamu kepada yang berhak menerimanya. Bermula dengan kecintaan terhadap Rabbul Jalil, seterusnya kekasih agung Nabi Muhammad S.A.W, seterusnya ibu bapa, guru, sahabat handai dan seterusnya. Letakkan keutamaan cinta kepada yang menciptakan kebahagiaan buat dirimu.

Alirkan perasaan cinta kepada pasangan hidup yang benar-benar sah dan halal buatmu. Bagi yang sedang mencari teman hidup, tekadkan keyakinan dan qasad bahawa insan pilihanmu itu adalah insan yang benar-benar kau dambakan kasihnya sehingga ke syurga, bukan sekadar cinta dunia yang penuh dengan hawa nafsu. Tanamkan keazaman untuk membina institusi keluarga yang penuh dengan redha dan mahabbahNya. Semaikan kecintaan dengan zikir-zikir makrifahNya dalam pengharapan yang penuh kerinduan untuk bertemu denganNya di akhirat kelak. Semoga setiap apa yang kalian rancangkan dipermudahkan Allah jua.

“Perempuan.. Ciptaan tuhan yang paling unik.. Jiwanya halus.. Wajahnya lembut.. Sifatnya manja.. Hatinya telus.. Hawa dijadikan Tuhan untuk menemani, melayani dan menghiburkan Adam.. Tingginya martabat seorang perempuan apabila dia dimuliakan suami.. Dan tingginya darjat seorang lelaki apabila dia memelihara maruah seseorang yang bergelar perempuan..”

“Ya Allah, jagalah rindu ini selalu.. Agar senantiasa aku menginginkan yang halal bagi diriku.. Jauhkan aku dari kancah kemaksiatan, ringankan aku dalam urusan yang Kau senangi Tuhan.. Sesungguhnya setiap kekuatan itu datang dariMu jua… semoga rindu ini menemui pemiliknya dengan lafaz yang termulia buatnya...”

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini.. andai benar keyakinanku ini terhadap dirinya, permudahkanlah segala jalan urusanku.. semoga dengan rahmat dan kebaikanMu itu bisa mengundang sakinah dalam hatiku dan hatinya..." 

Damailah dalam mahabbah rinduNya......

Ana: panjang? boleh baca lagi di http://haulid.blogspot.com/