MusicPlayer

Friday, March 18, 2011

Ranger, The Best & The Obedient Horse!

Melihat pada tajuk post saya kali ini merujuk kepada Ranger, nama seekor kuda yang saya tunggangi setiap hari Sabtu. ya, semester ini saya belajar menunggang kuda. so excited! Ranger adalah kuda yang terbaik dan yang paling patuh kepada trainer nya (kat Pusat Ekuin Perlis ni la).. kerana itu, tidak hairanlah hampir semua pelajar (mostly beginner) pilih Ranger.

Esok, Sabtu.. nampak gaya saya bakal bercuti kerana badan belum cukup sihat untuk menunggang. Minggu lepas Ranger sudah tidak dapat bertahan dek sikap sesetengah pelajar perempuan yang tidak 'menyenangkan' hati Ranger. huhu, menyebabkan Ranger mengamuk dan saya yang menjadi mangsa. Terpaksa saya dikejarkan ke unit emergency hospital Kangar. Alahamdulillah, tiada kecederaan kronik, walaupun terpaksa stay atas katil hampir all the time, sampai pening kepala asyik baring aje. Setinggi-tinggi Terima kasih (sangat sangat sangat terima kasih) kepada sahabat handai yang sudi jenguk dan membantu saya. Semoga Allah membalas budi baik dan memberkati kalian. Ameen.

nak naik kuda kena ada teknik jgk..huhu

saya nampak macam semut je..huhu

setelah beberapa kali pusing,kena masuk tengah,keluar balik.

mijan yang tengah gabra..he

kecian kawanku ini, dibuli oleh si Ranger.


Ana: sori kawan2 lain,xdpt upload gmbr, nanti uncle marah sebab x pakai helmet. n..terbocor ke'gabra'an mijan.huhu naik kuda best!

No comments:

Post a Comment