MusicPlayer

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

Hari terakhir di tahun 2010, hampir penuh inbox handphone saya. penuh dengan ucapan selamat tahun baru, kekadang saya tertanya, untuk apa ucapan itu? Tetapi berbeza pulak bila tibanya 1 Muharam, hanya beberapa orang sahaja yang mesej. Sedangkan tarikh tersebut begitu bermakna bagi umat Islam (walaupun saya ini rabun sejarah,buta sejarah itu memang xtau apa-apa).

" salam fai, wish u a happy new year.."

untuk apa ya? untuk sama2 meraikan tahun masihi, bersa
ma bergembira dengan penganut bukan Islam? diiringi dengan hiburan-hiburan dan pelbagai program serta aktiviti yang sia-sia, meruntuhkan moral baik anak muda mahupun anak tua, yang sudah jelas dan terang lagi nyata tidak memberi manfaat walau sekelumit pun. Apatah lagi segala hiburan itu akhirnya membawa kepada lahirnya insan-insan baru yang tidak berdosa, meletakkan gejala buang bayi di tahap yang sangat2 membimbangkan.. Detik menanti 12 AM menjadi saksi bertambahnya beban tugas malaikat pencatat dosa, penyumbang utama beban ini adalah anak-anak muda, remaja, pelajar dan sewaktu dengannya..

Jenuh jugak saya baca mesej dari rakan2 facebook, tidak ketin
ggalan mesej dari seorang lelaki yang pada sangkaan saya schoolmate dahulu..
"Hai fai..selamat 2011"
"fai..epy new year.."
"jom pesta.."
"bawa awek masing2.."
"buat seks ramai-ramai.."
"jom...!!"
"woooo..!!"

Saya terkedu. Apakah ini nilai seorang remaja yang bakal menjadi pemimpin kelak? Hilang rasa malu, dengan saya sekali di ajaknya. Mungkin dia terlupa, kalau saja dia berada di depan saya, memang sudah saya tampar agar dia tersedar. Kalau benar ingin sambut sekalipun jangan la disulami dengan maksiat. Saya sedih dan takut. Sedih dengan apa yang sedang berlaku, takut dengan apa yang bakal berlaku. Na'uzubillah...


Ana: Lebih baik xpayah sambut jika hanya menambahkan dosa, dosa sedia ada pun tidak terhitung.

No comments:

Post a Comment