MusicPlayer

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR

Salam,
hari ini tanggal 23 Disember 2010 secara rasminya keputusan PMR diumumkan.
ya, zaman PMR saya sudah menjadi kenangan, tetapi hari ini merupakan hari yang penuh debaran kepada adik bongsu saya, Muhammad 'Afif. Selalu dia berpesan kepada saya agar mendoakan dia mendapat 9A, kerana itulah harapannya.

kecewa
http://www.emocutez.com
Awal pagi lagi adik saya sudah menghantar pesanan mesej ringkas,SMS kpd saya. Tepat 10.48 a.m, telefon bimbit berbunyi menunjukkan ada mesej masuk. ianya dari adik saya..
'Salam kak, afif dapat 7A je..sedih.. ='('
kecewa bunyi nya..sepanjang sms dengan saya icon sedih itu tidak lekang, mesti ada.
7A 2B (BM & BI). Tahniah buat adikku, tak mengapa, Alhamdulillah, keputusan itu sudah cukup baik. Selepas ini kena tingkatkan usaha, skor 12A pulak SPM nanti..insyaALLAH.
Moga Allah merahmati, memberkati dan memudahkan segala urusan. Ameen..

Ana: I love my family..jangan sedih-sedih ye..
http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment