MusicPlayer

Wednesday, December 22, 2010

20 Disember 2010
FIRST CLASS FIRST ASSGINMENT. hm, kuliah belum mula lagi tapi assignment sudah dapat. erk..speechless sekejap. umi cakap, biasalah tu, awal-awal ni la kena dapat banyak kerja dari pensyarah.huhu..memang pun.sehingga hari selasa sudah pun dapat 3 assignment. mujur sahaja soalan sikit, tapi jawapan 1 muka surat setiap soalan. (nampak sangat malas dan belum ready nak belajar). tak boleh, kena set di minda sentiasa bersedia, nanti sampai exam pun masih tak bersedia. (Azam baru nih..=D)

21 Disember 2010
petang selepas kelas saya terima SMS kiriman dari nombor ummi yang berbunyi,
'salam, apa khabar? kamu di mana?' kemudian saya balas..ada kat rumah.
'kamu dah beli hadiah afif?' (of course la..rasanya dah cerita kat ummi hari tu jalan2 di Mid Valley. hm sedikit konfius)
'ape la hadiah nya?'
dan beberapa mesej, sesi soal jawab gitu..
sebelum itu saya sempat tanya siapa? rupa-rupanya memang betul tekaan saya.. Afif yang mesej, ceh, ada hati nak menyamar jadi ummi. po0rahh dan saya pun tertipu =_= abis kantoi.
However, kalau tak dapat 9A, hadiah berupa jam tangan mahal (cukup 3 angka tu..) akan menjadi hak milik kekal saya. hahahaha~~ ;D

22 Disember 2010
Saya menemani seorang rakan ke kampus tetap universiti untuk berjumpa pensyarah (LI coordinator) kerana terdapat sedikit masalah berkenaan tempat LI (latihan industri) pada 2 mei 2011.
kami menyewa kereta dan saya driver nya. huhu..lesen baru P eksyen je lebih. haha..kereta auto boleh la, manual? jangan harap, bergegar kepala lutut, gigi jatuh berguguran pun mungkin tak sedar. maklum saja, bawa kereta pun amat la jarang, biasa pun tidak. Mulanya berjanji dengan pensyarah untuk bertemu pada 10 pagi. Last minutes, tunda ke 4 petang. kereta sudah disewa untuk 2jam. hm..bincang punya bincang kami sewa untuk setengah hari, lagi berbaloi dari pinjam semula 4 petang nanti. Sewa sahaja tapi tidak diguna tak berbaloi juga, kami pun makan angin sehingga ke kedah. haha..mantap! sama-sama tak ingat jalan, sama-sama sesat. mahu ke changlun, masuk sampai UUM, keluar dari UUM, entah ke mana, jumpa sign board ke Kuala Lumpur dan Sintok. Changlun nya di mana? tertinggal di Perlis kah? atau dalam bonet? hahah..padahal mudah sahaja jalan nya..keluar Changlun jumpa KL lagi..aduh2..nanti lain hari nak pergi KL sungguh. (asyik jumpa KL je, KL melambai lah tu..)hahaha
Malam nya kami pergi ke pantai, makan angin lagi..dan..makan ABC serta kerang rebus. sedap nye kerang rebus. lepas makan mengantuk, dah tak larat drive. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Perjalanan yang tidak dirancang...

Ana: Awal sem kena bersemangat, tapi sudah sakit kepala. masuk sem baru mesti badan tak sihat. Ada makna kah?

No comments:

Post a Comment