MusicPlayer

Saturday, October 9, 2010

Latihan Motosikal

Salam.

Today is 9 October 2010. Saya bangun lewat, solat subuh pun lewat. Astaghfirullah..lewat lagi. Terkejut dek lewat bangun, saya bergegas ambil wudhu' dan solat. Usai solat, mandi dan rushing bersiap, urusan apa-apa pun hari ini yang pasti pagi-pagi buta ni ada latihan motor (extra). Almaklum saja la, org yg kurang yakin & low self-confident ni memang macam ni la. Dont know lah..since masuk U makin menjadi-jadi kelemahan ni. Rushing punya pasal pelekat L lupa bawa, spectacles also lupa. herm..pandai-pandai la tengok jalan nanti bila mentari makin terik.Memandangkan kelas awal pagi adalah yg 1st, so, kami la perintis yg kena bawa keluar motor keluar dari park dia. Park motor lebih tinggi dari tanah, so kena lah bawa turun ikut jalan kecil yg pihak institut sediakan. Tiba-tiba pulak depa dah letak tiang dekat jalan turun ke tanah, betul-betul menghalang laluan. Memang ramai terkandas lah kat area tu, termasuk la saya..but saya la yg paling teruk. Aduhai, dapat pulak motor yg berat, tak ngam dengan saiz tuan. Maka saya pun tolak lah motor mahu ke tanah, darjah kecuraman memang curam, dgn motor yg berat, tak sempat tarik brek tangan motor meluncur terus, maka bersama-sama lah saya dan motor terbalik. Tangan, pinngang, kaki sakit. Dah jatuh bangun sendiri lah kan.. 1 hal pulak nak angkat motor yg terbalik. pulak..saya x dapat angkat. Dah la badan sakit lebam-lebam, mana lagi la larat. Berkali-kali saya toleh depan, mintak simpati org depan, boleh pulak org depan tak perasan. Aduhai..mujur lah orang belakang tolong. kalau org kat belakang tak nampak, memang tahap rabun yg teruk la kot. Hai la, mujur masih boleh berdiri. 1 hal lagi nak bawa motor dari tanah ke dalam litar latihan. Nak keluar dari kawasan tanah pun 1 hal, kena lalu laluan dia juga, boleh pulak ada longgokan pasir & batu di depan laluan tu. Aduhai dan aduhai lagi..takde tempat lain ke nak letak benda alah tu. Sekali lagi, minta simpati orang depan. Hahahahaa..kali ni org depan perasan. Ok. Beres. Latihan berjalan seperti biasa, yg tak biasanya saya tak dapat tongkat motor, berat & sakit badan. huhuhu..kalu motor lidi boleh la saya tongkat dua. kekekeke...

first motorcycle, produced by Gottlieb Daimler (yg ni confirm sy boleh tongkat dua)

Sedang saya tunggu giliran untuk buat pusingan 8, saya lihat seorang gadis meluncur laju (bahagian brek kecemasan) terus ke benteng depan,area bilik kuliah memandu. (litar latihan berdekatan dgn bilik-bilik kuliah)-imagine sendiri lah ye.. Masya Allah, dia pada firasat saya masih baru, mungkin 1st @ 2nd latihan. Dengan kelajuan yg agak laju menyebabkan si gadis terpelanting ke depan. Ish, macam mana nak explain ye, tapi yg penting dia melayang di udara. Allahuakbar, kepala cium lantai dulu, motor bengkok jadi nya. Saya kaget sebentar, cikgu semua menuju ke arah si gadis, ckgu dari bilik kuliah turut sama keluar, dan semua staf memandang keluar. Mahu tak terkejut, bunyi dentuman agak kuat. Awalnya saya begitu terkejut, lidah kelu, sejurus kemudian saya tersengih. Lucu melihat gelagat si gadis. Sudah terbaring di atas lantai, tiba2 dia bangkit laju, buka helmet, dalam keadaan malu, terkejut, sakit pun tak terasa. Dia bergegas ke tempat menunggu untuk latihan motor. Ketika melintasi saya, saya bertanya,
"ok tak ni?"
Dia sekadar angguk-angguk dengan wajah terpinga-pinga. Cemas jugak saya. Begitu punya melayang boleh lagi dia jalan cepat-cepat. Kami pun meneruskan latihan yg tertunda, sepanjang latihan cikgu berada di samping si gadis, risau jangan cakap la. Kalau jadi apa-apa cikgu juga disalahkan. Tapi, jaring yg disediakan pihak institut begitu lebar sebagai inisiatif untuk mengelakkan pelajar dari melayang, tapi si gadis tadi boleh tak masuk dalam jaring. Hebat! 1st time berlaku kes layang-melayang live depan mata kepala saya sendiri. Astaghfirullah.. Boleh trauma jadinya. Selesai latihan, saya pun beredar, still, pandu motor. Tapi..kelajuan max 40km/h. Huhuhuhuh..insaf tengok scene tadi. Fresh scene!

ana: waktu mula-mula latihan saya selalu tercampak dari motor,tercampak sikit-sikit je..
kita bermula dari bawah, bukan terus pandai. (trauma!)
Anggaplah musibah yg berlaku sebagai penghapus dosa..InsyaAllah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment