MusicPlayer

Saturday, May 28, 2011

Tadau Tagazo Do Kaamatan

Salam..
Tahun ini Unduk Ngadau Contest 2011 peringkat akhir akan ditandingkan di Bangunan Hongkod Koisaan @ KDCA Centre, Penampang pada 31 Mei 2011. Kalau tak salah ade 26 org finalis.

Seperti biasa, kalau dah nama perayaan besar, sekitar KDCA centre dijangkakan penuh dgn gerai jualan, especially handicraft, makanan & so on. Sepanjang contest sudah semestinya ada pembukaannya, ucapan, pelbagai persembahan selingan, penyampaian hadiah kepada Miss pemenang dan sebagainya. (sy bkn pernah pergi tengok sampai ke dalam pn, jeling2 gerai blh la.hehe).

Unique Bamboo Band Sabah. persembahan selingan.

Kecoh di pejabat BEMS, kak carol & kak Joyce berulang kali sebut Unduk Ngadau Miss Tuaran cantik. Adeh.. En.Henry (supervisor sy) kata, “mimang la nampak cantik kalau make up berinci-inci tabal. Cuba kasi suruh ketam padi, ada bule ka 2?” gelak sakan org pejabat. “Apa guna cantik kalau ndak pandai buat kerja kn Hen..” sy senyum sendiri dengan gelagat dan celoteh org pejabat..

miss top 5 UN Tuaran yg kakak kerani BEMS bilang lawa. Sumandak talawa.


Baiklah, menurut kepercayaan kaum Kadazan Dusun, Unduk Ngadau berasal dari perkataan ‘runduk tadau’ yg membawa maksud ‘gadis yg dimahkotakan sinaran cahaya matahari’. Pertandingan Unduk Ngadau sama lah seperti beauty contest, bezanya Unduk Ngadau ni berkaitan adat dan tradisional Kaum Kadazan Dusun, lbh krg mcm itulah, dan dgr khabarnya para peserta turut diuji dgn beberapa soalan dan perkara2 lain, berkaitan adat dan budaya Kaum Kadazan Dusun la kot, mungkin disuruh menari Sumazau & so on jgk kot.hehe who knows kan...yg ini, sy pun tak pasti, hanya dengar cerita saja, kesahihannya kena pergi tengok dulu, baru blh confirm kan.

Pertandingan Unduk Ngadau diadakan utk memperingati semangat Huminodun, iaitu anak perempuan kepada Dewa Kinorohingan & Suminodun yg dikorbankan. Dikatakan pengorbanan Huminodun adalah bertujuan sebagai ganti untuk memberi hasil padi yg subur dan byk kepada penduduk (kira mcm system barter la). Dipercayai juga bahawa Huminodun merupakan org pertama yg mengajar priestesses, atau lebih dikenali sebagai Bobohizan yg mana ritual mantera tersebut digunakan sehingga hari ini. Bobohizan normally terdiri daripada wanita, ttp kini, lelaki jgk adakalanya turut dipilih menjadi Bobohizan.

nah, Bobohizan kah ni?

Bobohizan jgk dik? hehe

menanti tetamu VIP etc. kulintangan teda?

Oleh itu, Unduk Ngadau melambangkan kecantikan & keindahan budi bahasa Huminodun, dan Unduk Ngadau Beauty Contest akan diadakan pada Tadau Kaamatan aka Pesta menuai pada 30 & 31 Mei. Ah, tiba-tiba sy teringat Tamu Besar KB sambutan bersama Tadau Kaamatan, yg hanya sekali setahun. Mmg meriah! Itu cerita lain kali. (kalau rajin lah) ^^


Ana: Bayang saja la kalau sy yg ikut Unduk Ngadau. Tak mungkin. Harap org pejabat hanya bergurau. Seram sy dibuatnya.Tp kadang2 sesetengah org ambil serius, maklum saja, ramainya wanita muslim di Sabah ini tudung macam Chipsmore, kejap ada kejap xda. Berikan hidayahMu ya Allah. Ameen.

No comments:

Post a Comment