MusicPlayer

Sunday, December 13, 2015

Once Upon A Time..

بسم الله الرحمن الرحيم..

Lama sungguh tak jenguk blog. Bukan takda masa senggang langsung, tapi beruzlah. Hehe (cehhh).
Merawat diri, totally- luar & dalam. (gittewww) haha ini semua poyo

13 Disember 2015
Its been a year..
Tanggal 13 Disember 2014, setahun yg lepas merupakan tarikh di mana aku bukan lagi dibawah tanggungan orang tua ku. Dengan kata lain dah kahwin. Aku dinikahkan dengan lelaki pilihan Allah, InsyaAllah walhamdulillah.

Dan pada saat ini kami sudah dikurniakan seorang cahaya mata, berumur sebulan setengah. Alhamdulillah.

Segalanya terjadi begitu drastik bagiku. Sehingga aku tidak tahu perasaan apa yang patut aku rasai, gembirakah, sedihkah, terharu kah, atau yang bagaimana? Tidak sempat aku fikirkan apa yang aku rasa sehingga lah melepasi tarikh 30 oktober 2015.

Ya, 30 oktober, Jumaat, merupakan tarikh lahirnya mujahidah sulung kami dengan berat 3.7kg. Alhamdulillah kelahiran normal walaupun Mommy nya cekeding. (Haha)

Aku tak lah segembira ibu-ibu lain dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami, tidak jugak sedih. Lebih kurang takda perasaan la kot..
10hari pertama berpantang, masih ok walaupun berjaga siang malam. Setelah suami kembali bekerja, aku mula merasakan tekanan yang amat. Yelah, mana lagi kita yang masih sakit,.tenaga belum pulih, luka jahitan pulak banyak, rehat yang tak mencukupi, berjaga pulak siang malam tak masuk lagi baby kembung perut dan tak sihat.

Serius rasa nak menangis je, tak bersedia fizikal dan mental untuk terima semua ni. Tak terbayang kalau duduk sendiri nanti. T_T

Err..to be continued ya blog. Kepala sangat pusing sekarang, suhu badan pun naik. Demam la tu..

Mampu doa semoga baby tak terjangkit bila mommy dia demam.. huhu :(

Monday, August 18, 2014

Magnet Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim..

Hajat di hati mahu berkongsi sedikit ilmu dari Rancangan Tanyalah Ustazah, sudah sekian lama, dari bulan puasa. Sekarang baru tertunai. Huhu~
Saya tidak mengikuti rancangan tersebut dari awal ia ditanyangkan. Masuk di tengah jalan gitu.. Ada yg saya edit dan describe menggunakan ayat sendiri saja. 
Magnet Jodoh, Ustazah Siti Nor Bahyah

MAGNET JODOH

∅ Surah At-Tahrim:11

Yang bermaksud,
"Dan Allah membuat perumpaan bagi orang2 yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata; Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dlm syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun danmperbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum zalim."

Tiada apa pun musibah yg menimpa kita melainkan diampunkan dosa kita walaupun terkena duri -hadis riwayat bukhari.

Hendakkan sesuatu bukan datang bergolek. Pasti didahului dengan kesusahan, sama halnya dengan jodoh kita.

Bagaimana memilih jodoh? Dan bagaimana mahu menarik magnet jodoh?

Berikut tips nya..

1) Semestinya lakukan solat Istikharah untuk memilih sesuatu yg meragukan, jika kita mempunyai pilihan. Jawapan daripada istikharah ada 4 bentuk iaitu:

  √ ketenangan hati.
Kita merasa tenang dan gembira apabila bersama si dia. Berbincang rasa senang dn selesa, pendek kata rasa senang saja hati. Eh, kalau dengan mamat tu rasa mcm.. Hmm.. Serabut btl lah, apa lg dia nak ni..
Haa, mungkin petunjuk.

  √ Kecenderungan hati.
Ianya apabila hati kita lebih cenderung untuk memilih si dia atau si polan dan seterusnya.

  √ ilham

  √ mimpi.
Tidak semua dari kita mendapat mimpi. Ada syaratnya, kena minta dengan sungguh2. Minta pada Allah jika si dia yg terbaik, tunjukkan lah mimpi, mimpi yg baik2 seperti air yg mendamaikan dan sebagainya. Allah ingin kita meminta dan merayu padaNya..

Daripada kebahagiaan anak Adam adalah mereka yg suka beristikharah, yg redha dengan ketentuan Allah. Daripada kebinasaan anak Adam adalah mereka yg tidak beristikharah, tidak puas hati dengan ketentuan Allah. [Hadis]

2) Cinta sejati adalah cinta dari Allah.

Oleh itu jagalah batas pergaulan antara kamu dan si dia, kalau dekat jarak2 kan, jika tersilap maka perbetulkan, peliharalah cintamu. Minta lah restu dari ibubapa serta mohon petunjuk dari Allah. Semoga dia adalah yang terbaik.

3) Boleh juga diamalkan doa dari surah Al-Anbiya:89, agar lebih mudah menarik jodoh.

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris terbaik"

4) Lakukan solat hajat bersungguh-sungguh. Selepas slt hajat, doa lah agar dikurniakan jodoh yang baik, anak yg soleh/ah, rezeki yang halal dan baik dan sebagainya mengikut apa yg kamu inginkan.

Bagaimana menarik magnet jodoh?

1) Baiki hubungan dgn Allah, hubungan dgn ibubapa.
2) Perbaiki diri sendiri, setiap dari kita tidak lepas dari silap dan salah, perbetulkan, bertaubat.
3) Mohon ibubpa doakan, kerana doa ibu terutamanya begitu mudah sampai kepadaNya.
4) kena suka tolong orang, apabila kita tolong orang, orang akan mendoakan kita.
5) Sucikan hati kita.
6) Lain2 nya; Lakukan solat hajat, puasa hajat, jika dapat minta alim ulama doakan untuk kita, jangan lupa diri sendiri pun kena doa, minta lah padaNya, solat istikharah, dan paling penting jgn putus asa.

Tips Doa agar dicampakkn rasa syg pd seseorg, semestinya setelah beristikharah, agar dimudahkn urusan perkahwinan, semoga serasi, iaitu surah Taha:39, surah Yusuf:4.

Adakah si dia jodoh kita? Jodoh yang serasi?

Berikut tanda-tandanya..

1) Merasa bahagia, seronok dengannya, boleh bertoleransi dgn nya walaupun berbeza sikap, rasa tenang dgn nya dan bila dah kahwin pun tetap rasa tenang dengannya.

2) Selalu ada di sisi kita di saat2 kita perlukan. Bukan maksud sentiasa berkepit tepi kita ya, contohnya jika kita ada masalah atau memerlukan bantuan dan sebagainya, si dia ada membantu, menenangkan, dan sebagainya. Bak kata lagu, 'kau ada dsetiap jatuh ku bla3'.

3) Rasa selamat disisinya.

4) Dan akhirnya perkahwinan dengan nya mendekatkan kita dgn Allah, ketawa dan menangis bersama.

Kita sendiri yg tahu hati kita, apa yg kita rasa, mungkin orang kata si A lebih serasi dengan kita, tetapi diri sendiri lebih mengetahuinya.. :)

Memilih si dia..

Ya, pilih jodoh yg baik, mmg kena pilih, iaitu yang boleh beri kebahagiaan didunia dan akhirat buatmu.

Pilihan dibuat atas 4 perkara; kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya, dan agamanya.

Baik lelaki mahupun wanita, pilihlah si dia dengan mengutamakan Agamanya, kemudian lihatlah keturunannya- lihatlah bagaimana keluarganya dari golongan yg dihormati? Yg porak peranda? Atau yg bagaimana pilihanmu, kemudian kecantikannya-cukup bagimu sedap mata memandang, cantik itu subjektif dan kecantikan semakin lama makin hilang, akhir sekali pada hartanya- bonus buatmu jika si dia dari keluarga berada.

Golongan yang Allah akan tolong iaitu;
1) Orang yang berjuang di jalan Allah.
2) Hamba yang mencari tebusan untuk menebus dirinya.
3) Lelaki dan wanita yang berkahwin untuk menjaga kesucian diri.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Insya Allah. ;)

Friday, July 11, 2014

AKU INNOCENT, eh??

Kebelakangan ini rasa serabut yang amat. Sensitif sungguh2 jiwa. Cepat aje nak melenting.
Bila kemas2 barang, jumpa gambar lama. Dan lama jugak la menggodek-godek nya. Innocent nye dulu-dulu..
Tengok dengan Ummi, senyum sendiri, sedih sendiri pun ada. Bercampur-baur perasaan..

tadaaa..! carik lah sy yang mana satu.. hueh2

Sambil godek2, bersembang dengan Ummi. Ummi kata, cepat masa berlalu, dulu kecik2 lagi, apa pun tak boleh. Sekarang, dah dewasa, Ummi Ayah pun dah jadi nenek. (me? belom boleh bagi cucu la ye).
Cerita Ummi lagi, Pakcik Hussin kamu (duk kat Rantau Panjang, maklumlah, ayah kan orang Pantai Timur) gembira sangat sebab suami kakak asal Kelantan, Tanah Merah. Katanya, takde lah nak putus hubungan sangat.
Pesan pakcik Hussin, nanti carikan saya calon Kelantan jugak. Tak pun belah2 Pantai Timur.

Baru aku tau ade orang 'umpat' aku.. adoi. Dah tu? Kalau kawen org yang bukan belah2 tu? Aiseh, sy ni, lagi org suruh, lagi tak mau. err..degil. hahah~~
Ahh, family kat Sabah? tak kisah pun, tapi kalau boleh dengan Kadazan Dusun, ok what.
haha. I nak carik macam mana la..

Ummi kata, Ummi tak kisah mana2 pun, janji agama, fikrah nye bagus dan jelas. Hormat orang tua, dan serius (bersungguh).
"Alah Mi, org Pantai Timur kan demand sket, nak org dekat2 je. Pakcik Hussin pon KALAU BOLEH nak menantu dekat2 je kan..haa. Sy kan orang jauh. ehee"
"Kamu tu org mana? Perasan. Bangsa ikut ayah, ayah kamu tu Melayu Terengganu. Kakak kamu pun melayu. Ayat keluarga abang ipar kamu - oh, tak jauh, jiran sebelah je, Ganu.."
Erkkkkk
Saya tak bersalah. isk3

Sy pun tak tau kerakyatan belah mana, nak kata Ganu, celik2 mata je memang kt sabah sampai la sekarang. Tak kesah la mana2.
Ummi, doakan yg terbaik ajela ye.
Pakcik Hussin, kalau orang jauh pun ape salahnya. Ummi pun org jauh. Family ayah rilek je. Hohoho~
Kot sy jumpa yang oversea. ahakz (berangan terlebih kaauu Jahhh)

BTW, atuk2 nenek2, pakcik2 makcik2, kazen2 segala rantai persaudaraan, saya dah tak mau memilih dari mana-mana pun.
Bangsa, negeri segala whatever, sama2 makhluk Tuhan, sama2 ada kelebihan dan kekurangan. Asalkan ada Agama n fikrah jelas, terima seadanya dan mahu memperbaiki, apa salahnya. Tak boleh dan sekali2 tidak boleh berharap pada manusia, kalau datang, datang lah. kalau pergi, silakan.

Tetibe terdengar pulak lagu kat radio "...usah kau rayu padanya lagi, hatimu kan kecewa..."
Lagu klasik, ntah sapa nyanyi.. dan..

Sekali kena lagi se-das..
"Bagus lah tu, nabi pun suruh kita tawakkal tinggalkan unta, tapi dalam keadaan UNTA DIIKAT. takyah follow the flow sangat, usaha pun tidak."

err...
hehehe.
okBAI


fbh: lepas-lepas tu kebetulan TERDENGAR dalam majlis ilmu, Magnet Jodoh. what a coincidence.. 0.o


Thursday, June 26, 2014

Duhai Kamu

Duhai kamu,
Masih ingatkah?
Pernah suatu masa dahulu..
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu berharap pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya pasti suatu masa akan mengecewakanmu.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu bergantung pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya pasti suatu masa akan lemah malah kamu lebih mampu berdikari.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu kagum pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya juga punya aib, kelemahan dan kekurangan.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu memandang rendah pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya adakala jauh lebih baik dari kamu walaupun kamu berada tinggi dari yang lain.
Kamu pasak dalam dirimu jangan terlalu menginginkan dunia,
Kerana dunia tidak kekal, sekadar laluan bagimu mengutip bekalan untuk akhirat kelak..

Tetapi kamu terlupa,
Kamu terlupa akan satu hal yang lebih besar,
Jangan terlalu mengasihi dan mencintai ciptaanNya,
Kerana selangkah terlebih kamu tersasar dari segalanya..
Terlalu mencintai ciptaanNya membuatkan kamu terlalu berharap pada ciptaanNya,
Membuatkn kamu terlalu bergantung pada ciptaanNya,
Membuatkan kamu terlalu kagum akan ciptaanNya,
Membuatkan kamu memandang rendah pada yang lain,
Membuatkan kamu lupa akan akhirat, kamu lupa mengutip bekalan.
Padamu hilanglah segalanya kerana hatimu sudah dicemari dan dikotori debu dosa..
Akhirnya kamu terluka, tersungkur kerana ciptaanNya..

Andai itu terjadi,
Pulanglah kamu ke pangkuanNya,
Kembali lah kepada Pencipta segala ciptaan,
Tiada yang lebih sempurna, melainkan Tuhanmu, Pencipta seluruh alam beserta isinya..
Dialah tempat kamu bergantung, berharap, yang patut kamu kagumi, yang semestinya kamu serahkan sayang dan cintamu padaNya,
Dialah pemilik hati dan dirimu.

Hidup biar bermaruah,
Jangan sampai tergadai iman dan prinsip.

fbh: aku yg pelupa..

Sunday, June 15, 2014

Debu Dosa

Debu - Debu Dosa

Ke arah mana halanya 
Bagi insan yang terleka 
Mengejar nikmat dunia 
Bagaikan hidup selamanya 
Tak peduli dosa noda 
Seksa azab neraka 
Hidup jauh dari rahmatNya 

Terpedaya pada dunia 
Pentas ciptaan manusia 
Terlupa pada segala 
Mengikut nafsu semata 
Membiar syaitan beraja 
Di hati dan juga jiwa 
Mengejar dunia penuh debu dosa 

Teguhkanlah iman dalam diri 
Moga dikau akan merasai 
Betapa indah nikmat Ilahi 
Dan yakin kau akan dirahmati 

Harus kau percaya dengan pasti 
Dunia tidak kekal abadi 
Hanya menguji cekalnya hati 
Sebagai khalifah yang sejati 

Tak perlu kau meragui 
Andai teguh keimananmu 
Pasti bahagia menanti 
Di akhirat yang abadi 

fbh: sejak mengenali seorang teman, sy belajar banyak perkara, byk pengajaran yg patut diingat selamanya. Lagu ni favourite dan sekian lama sy mendengar lagu Hijjaz ni, kali ini benar2 menyentap hati, menusuk2 terasa sakit, malu pada Allah. Sekurang2 nya, teman itu membuatkan sy ingat pada Pencipta yg telah sy abaikan entah berapa lama.. Terima kasih duhai teman.