MusicPlayer

Showing posts with label Qalb. Show all posts
Showing posts with label Qalb. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Magnet Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim..

Hajat di hati mahu berkongsi sedikit ilmu dari Rancangan Tanyalah Ustazah, sudah sekian lama, dari bulan puasa. Sekarang baru tertunai. Huhu~
Saya tidak mengikuti rancangan tersebut dari awal ia ditanyangkan. Masuk di tengah jalan gitu.. Ada yg saya edit dan describe menggunakan ayat sendiri saja. 
Magnet Jodoh, Ustazah Siti Nor Bahyah

MAGNET JODOH

∅ Surah At-Tahrim:11

Yang bermaksud,
"Dan Allah membuat perumpaan bagi orang2 yang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata; Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dlm syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun danmperbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum zalim."

Tiada apa pun musibah yg menimpa kita melainkan diampunkan dosa kita walaupun terkena duri -hadis riwayat bukhari.

Hendakkan sesuatu bukan datang bergolek. Pasti didahului dengan kesusahan, sama halnya dengan jodoh kita.

∅ Bagaimana memilih jodoh? Dan bagaimana mahu menarik magnet jodoh?

Berikut tips nya..

1) Semestinya lakukan solat Istikharah untuk memilih sesuatu yg meragukan, jika kita mempunyai pilihan. Jawapan daripada istikharah ada 4 bentuk iaitu:

  √ ketenangan hati.
Kita merasa tenang dan gembira apabila bersama si dia. Berbincang rasa senang dn selesa, pendek kata rasa senang saja hati. Eh, kalau dengan mamat tu rasa mcm.. Hmm.. Serabut btl lah, apa lg dia nak ni..
Haa, mungkin petunjuk.

  √ Kecenderungan hati.
Ianya apabila hati kita lebih cenderung untuk memilih si dia atau si polan dan seterusnya.

  √ ilham

  √ mimpi.
Tidak semua dari kita mendapat mimpi. Ada syaratnya, kena minta dengan sungguh2. Minta pada Allah jika si dia yg terbaik, tunjukkan lah mimpi, mimpi yg baik2 seperti air yg mendamaikan dan sebagainya. Allah ingin kita meminta dan merayu padaNya..

Daripada kebahagiaan anak Adam adalah mereka yg suka beristikharah, yg redha dengan ketentuan Allah. Daripada kebinasaan anak Adam adalah mereka yg tidak beristikharah, tidak puas hati dengan ketentuan Allah. [Hadis]

2) Cinta sejati adalah cinta dari Allah.

Oleh itu jagalah batas pergaulan antara kamu dan si dia, kalau dekat jarak2 kan, jika tersilap maka perbetulkan, peliharalah cintamu. Minta lah restu dari ibubapa serta mohon petunjuk dari Allah. Semoga dia adalah yang terbaik.

3) Boleh juga diamalkan doa dari surah Al-Anbiya:89, agar lebih mudah menarik jodoh.

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris terbaik"

4) Lakukan solat hajat bersungguh-sungguh. Selepas slt hajat, doa lah agar dikurniakan jodoh yang baik, anak yg soleh/ah, rezeki yang halal dan baik dan sebagainya mengikut apa yg kamu inginkan.

∅ Bagaimana menarik magnet jodoh?

1) Baiki hubungan dgn Allah, hubungan dgn ibubapa.
2) Perbaiki diri sendiri, setiap dari kita tidak lepas dari silap dan salah, perbetulkan, bertaubat.
3) Mohon ibubpa doakan, kerana doa ibu terutamanya begitu mudah sampai kepadaNya.
4) kena suka tolong orang, apabila kita tolong orang, orang akan mendoakan kita.
5) Sucikan hati kita.
6) Lain2 nya; Lakukan solat hajat, puasa hajat, jika dapat minta alim ulama doakan untuk kita, jangan lupa diri sendiri pun kena doa, minta lah padaNya, solat istikharah, dan paling penting jgn putus asa.

Tips Doa agar dicampakkn rasa syg pd seseorg, semestinya setelah beristikharah, agar dimudahkn urusan perkahwinan, semoga serasi, iaitu surah Taha:39, surah Yusuf:4.

∅ Adakah si dia jodoh kita? Jodoh yang serasi?

Berikut tanda-tandanya..

1) Merasa bahagia, seronok dengannya, boleh bertoleransi dgn nya walaupun berbeza sikap, rasa tenang dgn nya dan bila dah kahwin pun tetap rasa tenang dengannya.

2) Selalu ada di sisi kita di saat2 kita perlukan. Bukan maksud sentiasa berkepit tepi kita ya, contohnya jika kita ada masalah atau memerlukan bantuan dan sebagainya, si dia ada membantu, menenangkan, dan sebagainya. Bak kata lagu, 'kau ada dsetiap jatuh ku bla3'.

3) Rasa selamat disisinya.

4) Dan akhirnya perkahwinan dengan nya mendekatkan kita dgn Allah, ketawa dan menangis bersama.

Kita sendiri yg tahu hati kita, apa yg kita rasa, mungkin orang kata si A lebih serasi dengan kita, tetapi diri sendiri lebih mengetahuinya.. :)

∅ Memilih si dia..

Ya, pilih jodoh yg baik, mmg kena pilih, iaitu yang boleh beri kebahagiaan didunia dan akhirat buatmu.

Pilihan dibuat atas 4 perkara; kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya, dan agamanya.

Baik lelaki mahupun wanita, pilihlah si dia dengan mengutamakan Agamanya, kemudian lihatlah keturunannya- lihatlah bagaimana keluarganya dari golongan yg dihormati? Yg porak peranda? Atau yg bagaimana pilihanmu, kemudian kecantikannya-cukup bagimu sedap mata memandang, cantik itu subjektif dan kecantikan semakin lama makin hilang, akhir sekali pada hartanya- bonus buatmu jika si dia dari keluarga berada.

∅ Golongan yang Allah akan tolong iaitu;
1) Orang yang berjuang di jalan Allah.
2) Hamba yang mencari tebusan untuk menebus dirinya.
3) Lelaki dan wanita yang berkahwin untuk menjaga kesucian diri.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Insya Allah. ;)

Thursday, May 1, 2014

Kembara hidup

Terasa tak dapat nak promote sekolah.
Dek penangan sakitnya dalam hati. Hihi (ayat tak leh blah)
Orang kata, hidup, bukan namanya hidup tanpa jalan berliku.
Jalan berliku itu memang, tapi hal nya pilih jalan yg mana, adakah jalan A, jalan B dan seterusnya? Buntu. Serabut kan..
Apa-apa pun, layan 👇...

KEMBARA HIDUP

Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini,
Yang selama ini sering disalah erti,
Oleh mereka yang bertuhankan hati,
Ku musafir ke pelusuk dunia,
Memerhatikan gelagat manusia,
Ada yang gembira hingga terlupa,
Ada yang berduka tetapi gembira,
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri,
Kekadang sesat tanpa haluan,
Sehingga punca hilang di mata,
Kuturutkan jua hati yang buta,
Kupasrah kepadaMu Tuhan,
Segala yang akan berlaku,
Kerana Engkaulah penentu segala,
Menciptakan dunia penuh pancaroba,
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah,
Kau pimpinlah langkahku Tuhan,
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan,
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka,
Layakkah pula aku untuk ke syurgaMu,
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan,
Sering daku terlupa sering jua daku terleka,
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata..

Wednesday, April 10, 2013

Hilang Di Mata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Bila dituturkan dalam bahasa melayu, bahasa yang seharian kita, bahasa yang paling kita fahami, kesannya lebih terlekat di hati.

Dugaan hati, dugaan yang 'menggilakan'.
Benarlah, sungguh benar.
Dikala bersendirian, dikala yang disayangi pergi dan hilang dari pandangan mata, terasa kehilangan.
Benar-benar terasa, menikam di hati.
Terasa sakit di hati.
Walaupun adakalanya marah mencengkam, jauh di sudut hati merindui..
Jauh di dasar hati mendoakan.
Terkadang sayu.
Menangis di hati.
Merindui.
Geram & marah..
Segalanya berbaur.

Ya..
Hanya Dia lebih mengetahui.
Penawar duka, peneman lara.
Pendamping di saat hiba dan suka..


fbh: adui, emo2, di marah-marah, sayang tetap sayang. Adik...

Monday, March 25, 2013

JIKA

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal'alamin :)

Islam Agama Pilihan Ku

Friday, March 15, 2013

The Heart Turn Into Pieces

Hari ini saya pinjam title Dr.cinta. (haha, sejak bila?)
Cinta Allah yang teragung. 
Sekadar berkongsi.. Moga ada hati yang terubat, moga ada hati yang tersedar.. 

DIPERMAINKAN
 
"Orang zaman dulu senang je, tak ada masalah kawin. sekarang apa masalah ye? Lelaki mudah-mudah je permainkan wanita, suka-suka bagi harapan, penipu"

Aduan yang kerap saya dengar, ayat yang paling banyak saya dengar dewasa ini.
Saya merasai kesedihan itu, ke'terkilan'an, keterlukaan dan kekecewaan yang mereka tanngungi terutama kawan-kawan rapat saya. Lebih terkilan jika dilakukan oleh orang yang molek agamanya. Kenapa?

Saya perhatikan kejadian seperti ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan masa kini. Bersepah-sepah kes nya, sama ada wanita yang menjadi mangsa ataupun lelaki, majoriti nya wanita.
Anggapan saya, pasti ada sebabnya, misalnya, tidak serius dan bersungguh (memang macam mempermainkan sungguh la kan), balas dendam (mungkin), hati yang tidak tetap (mudah jatuh hati), masalah keluarga tapi tidak mahu diceritakan (mungkin ada pilihan lain atau tidak berkenan dan sebagainya), dan banyak lagi.

Acapkali pakcik saya katakan, "lelaki jika bersungguh tidak akan memberi harapan, apatah lagi dalam tempoh yang lama".
Senior (lelaki) juga pernah mengingatkan, "jika si lelaki benar sungguh, tidak akan memberi harapan jika dia tahu tidak mampu, .... jangan percaya pada lelaki"
(Bukan saya kata..) Tidak semua lelaki di dunia ini berperangai sebegitu, tapi, sekali terkena selamanya terpahat.

Duhai teman yang saya sayangi, amat saya sayangi, Allah Maha Adil. Biar apa pun yang terjadi tabah lah, sabarlah, Allah sentiasa ada. Jika tidak terbendung luahkan lah..
Sayu hati, kadang termenung memikirkan, salah siapa sebenarnya? 
Sering orang mengatakan, anggap lah ujian. Betullah juga kan..
Apa pun teman, bangkitlah, jangan kerana kita terjatuh membiarkan mereka terus mentertawakan kita. Sekurang-kurangnya kamu lebih berhati-hati selepas ini..

KENAPA?

Sebab yang sahih sememangnya saya tidak tahu. Kalau menurut pandangan saya, seperti yang saya nyatakan, tapi berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung bukan..
Cuba untuk termenung (menung yang berfikir), dari sisi positif nya..

1) Allah memilih kamu untuk merasainya kerana 'kamu tidak akan tahu kekuatan seuncang teh selagi belum direndamkan di dalam air panas'.

2) Sabarlah, dugaan membuatkan kamu lebih kuat hati, lebih dewasa dan matang serta tidak akan mudah tertipu selepas ini.. kamu akan lebih berhati-hati dan lebih mengenali sikap manusia yang pelbagai.

3) Kita penuh sifat lupa, tapi Allah menguji kata-kata yang dituturkan hambaNya. Mungkin, tanpa sedar kita pernah terucap.. 'sebab lelaki pun nak gaduh', 'hanya kerana frust nak bunuh diri', 'apalah yang mahu dikecewakan sangat sampai macam tu sekali' ... bla bla bla.
Cuba flash back, mungkin pernah kan? Sedap kita berkata tanpa meletak diri dalam kasut si Kawan itu.. Allah mahu kita merasai apa yang kita katakan. Allah adil kan..

4) 'sometimes, when it turn to pieces is the strongest'
Hati ibarat kaca (terutama wanita), sekali terhempas berderai la ia, apatah lagi kalau dihempas. Mudah pecah. Tetapi, sukar dipecahkan lagi apabila ia sudah menjadi kaca-kaca kecil..

5) Banyak lagi jika kita cuba korek hikmahnya..



MAAF ??

Memang, cakap senang sebab lidah tidak bertulang. Bagi yang merasai, hanya dirinya dan Allah sahaja tahu. (Saya, no komen - macam artis selalu cakap tu..)

"Aku tak mampu memaafkan dia, melainkan dia tebus kesalahannya"
- Bagaimana tebusannya?
"Tunaikan janji, kotakan harapan"
- Erm Kalau tidak?
"Sorry"

Iyalah, amat sukar. Kalau tidak pun mungkin lambat laun boleh memaafkan, tapi terpahat selamanya.


PELUANG KEDUA

"Dia minta, patut kah aku terima? Boleh percaya ka?"
- Kalau benar jujur, its up to you..
"Memang aku nak terima, tapi aku takut jadi sama macam dulu"
- Hmm.. berilah dia peluang..
"Doakan aku"

Pada saya, Jika benar serius dan bersungguh, apa salah nya diberi peluang.
Saya pasti, pihak yang terluka akan lagi mudah memaafkan, bukankah itu tebusannya?
Bagaimana Jika memang kesalahannya tidak di tebus..?

LUPAKAN

"Mana mungkin, kau cakap senang lah, cuba masuk dalam kasut aku, entah-entah kau kojol dulu" (Ayat orang tengah marah memang high tone sikit..)

Betul. You'll never know  the feels until you wear the shoes.
Banyak kes lepas frust terjun laut, bangunan etc, ayat lain; bunuh diri. Na'uzubillah.
Hmm, cukup terluka, Saya jugak tidak tahu ubat apa harus saya berikan.
Inject tukar ingatan? Ketuk kepala untuk hilangkan memori? (haha, aku pulak yang gila)
Tiada lain yang saya tahu, Menangis mengadulah pada Allah, Dialah sebaik-baik penawar luka dan duka.. InsyaAllah


Tertarik dengan status facebook seorang teman rapat..

“Duhai adam,
Melukakan hati wanita sememangnya mudah,
namun menyembuhkannya hanya kuasa Allah yang mampu.
Menyentuh hati nurani wanita bukan mudah,
Hanya mereka yang menghargai sahaja yang tahu.
Allah menciptakan wanita penuh rahsia,
Di sebalik air matanya tersimpan kekuatan hanya Allah yg tahu!
Hargai wanita,dia hak cipta Allah yang istimewa. ^_^”

SABAR ITU ADA GANJARAN


Carilah hikmah dalam ujian yang mendatang walaupun sakit, kerana..

Teman, bertuah kerana tidak semua mempunyai pengalaman seperti kamu, tapi bangun lah kerana masih ada tangan yang menghulur.. :)


Pernah kawan saya berpesan,
'usah dibazirkan hati kita kepada yang tidak menghargai, sedangkan ada yang benar-benar menghargai kita'
Its your choice..?
Pilihan ada padamu, walaupun ianya sukar, tiada pilihan untuk tidak membuat pilihan..




Semoga besar ganjaran buatmu, kental, sabar dan tabah hatimu..




fbh: Tidak semua lelaki / wanita begitu.. Moga Allah menjaga hati2 kita, moga Allah sentiasa memelihara.. Ameen.

Saturday, November 10, 2012

Hati Kata Rindu


-DESTINY-

Di hati ini ingin melafaz kata
Kata kasih pada-Mu yang ku rindu
mengharap sentuhan maghfirah-Mu

Hati kata rindu
Hanya pada-Mu Tuhanku
Yang sering aku Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai tuhanku 
Layakkah aku gapai syurga-Mu
Janganlah diriku Engkau sisihkan dari rahmat-Mu

Ku bersujud kepada-Mu
Kasih-Mu kudamba
Terima taubatku
Ampuniku..

Wahai tuhanku
Engkaulah yang satu tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu..




Wednesday, August 1, 2012

Dan Ketika Itu


Ketika aku menyayangimu kerana aqidahmu,
Ketika aku membetulkanmu kerana tak ingin kau berbelok arah,
Ketika aku mendo’akanmu tanpa engkau tahu,


Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu,
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu,
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh,

Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu,
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu,
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu,
Ketika aku membuka selebar-lebarnya pintu maaf untukmu,
Ketika aku menjaga rahsiamu,

Ketika aku diperlaku tidak jujur dan luka,
Dan Ketika terkadang aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan dalam payah,
Dan aku cuba melakukannya dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah…



Salam Ramadhan Kareem.
"It is not the eyes that are blind, but the hearts" [Quran 22:46]

Saturday, July 28, 2012

Ya Qalb..



Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji-Nya adalah pasti,
Pada akhirnya kebahagiaanlah yang kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahawa janji-Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak-Nya,
DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya.


Wahai Raga...
Tetaplah istiqamah dalam asa,
Cinta itu sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu,
Seberapa kuat kita saat tertatih,
Dan seberapa tegar kita disaat rapuh.

Segala ujian dan cubaan-Nya tidak pernah ada yang sia-sia,
Disebalik itu semua pasti ada hikmah dan barakahnya,
Bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...
AAmiin...


fbh: sakit mu, dukamu, hatta tawa dan resahmu pasti dinilai.