MusicPlayer

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

Once Upon A Time..

بسم الله الرحمن الرحيم..

Lama sungguh tak jenguk blog. Bukan takda masa senggang langsung, tapi beruzlah. Hehe (cehhh).
Merawat diri, totally- luar & dalam. (gittewww) haha ini semua poyo

13 Disember 2015
Its been a year..
Tanggal 13 Disember 2014, setahun yg lepas merupakan tarikh di mana aku bukan lagi dibawah tanggungan orang tua ku. Dengan kata lain dah kahwin. Aku dinikahkan dengan lelaki pilihan Allah, InsyaAllah walhamdulillah.

Dan pada saat ini kami sudah dikurniakan seorang cahaya mata, berumur sebulan setengah. Alhamdulillah.

Segalanya terjadi begitu drastik bagiku. Sehingga aku tidak tahu perasaan apa yang patut aku rasai, gembirakah, sedihkah, terharu kah, atau yang bagaimana? Tidak sempat aku fikirkan apa yang aku rasa sehingga lah melepasi tarikh 30 oktober 2015.

Ya, 30 oktober, Jumaat, merupakan tarikh lahirnya mujahidah sulung kami dengan berat 3.7kg. Alhamdulillah kelahiran normal walaupun Mommy nya cekeding. (Haha)

Aku tak lah segembira ibu-ibu lain dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami, tidak jugak sedih. Lebih kurang takda perasaan la kot..
10hari pertama berpantang, masih ok walaupun berjaga siang malam. Setelah suami kembali bekerja, aku mula merasakan tekanan yang amat. Yelah, mana lagi kita yang masih sakit,.tenaga belum pulih, luka jahitan pulak banyak, rehat yang tak mencukupi, berjaga pulak siang malam tak masuk lagi baby kembung perut dan tak sihat.

Serius rasa nak menangis je, tak bersedia fizikal dan mental untuk terima semua ni. Tak terbayang kalau duduk sendiri nanti. T_T

Err..to be continued ya blog. Kepala sangat pusing sekarang, suhu badan pun naik. Demam la tu..

Mampu doa semoga baby tak terjangkit bila mommy dia demam.. huhu :(

Friday, June 13, 2014

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

fbh: sejak 10 thn lepas, kembara dan segenggam tabah tetap pemujuk hati..

Tuesday, June 3, 2014

Goddess of Marriage

The scene..

Mak: Jangan jadi bodoh! Lelaki semua sama. Tak cukup lagi apa dia buat ke atas kamu?
Anak: Emmm, memang dia salah, tapi mak, sy pun salah jugak..
Mak: Dia dah ada perempuan lain, kamu tak payah nak terhegeh lagi. Tinggalkan saja lelaki macam tu. Lelaki macam tu hanya mempergunakan kamu, hanya kamu yang mencintai dia, kamu berkorban segala2 nya utk dia, kamu sanggup apa saja utk dia, apa yg kamu dapat? Kamu hanya dilukai, terluka! Tolonglah jangan jadi bodoh.
Dia tak akan risaukan kamu, kerana dia tahu kamu tak kan tinggalkan dia, bila2 saja kamu boleh ada utk dia. kamu boleh masak untuk dia, kamu boleh lahirkan anak utk nya, kamu boleh jaga ank2 dan rumah dia, tapi kamu juga akan merana kerana dia bersama perempuan lain.
Anak: (jauh termenung..)
            tapi mak.. (Belum habis cakap)
Mak: KENAPA KAMU NI DEGIL SANGAT??! KENAPA KAMU TAK MAHU DENGAR CAKAP MAK?? LELAKI MACAM TU YG DAH BUAT KAMU MACAM NI PUN KAMU MASIH BUTA, TOLONGLAH JANGAN JADI BODOHH (sambil pukul2 lengan si anak, sambil tahan nangis)

fbh: part of life kan..memang dramatik

Tuesday, May 6, 2014

Life is about to make a Choice?

6 May 2014

Rupanya hampir separuh tahun sy bekerja sebagai guru di Fateh Educational Institution. Walaupun sekolah baru, MasyaAllah, banyak perkara baru sy dapat. Benda lama pun dapat jugak., err. Perkara yg baik dan perkara yg patut dijadikan sempadan. Memang berbakul-bakul.

Dan rupanya sy semakin dewasa.. Semakin luas mata untuk melihat dunia. Rupanya, begini lah corak, bentuk dan warna hidup ini. Menjadi orang dewasa tak seindah gambaran sewaktu kita kecil2. Kecil2 dulu nak sangat jadi besar cepat2, dah besar tak mau jadi besar. Stress rupanya. Haha. Kecik2 dulu tak ade masalah nak fikir. Dah besar.. Macam tula. Semua org tau. Dah besar, kita dah kena buat pilihan sendiri, dulu2, parents yg membuat pilihan untuk kita. Taknak makan pun kena makan jugak, sekarang, tak nak makan parenta tak paksa dah. Dah boleh fikir kan, kalau tak makan, sakit nanti sendiri jugak yg tanggung. Hehe

Well, guru agama sy pesan, hidup ini hanya ada dua pilihan, pilihan untuk memilih atau untuk tidak memilih. Itu aje.
Ummi pesan, Walau pelbagai pilihan didepan pun, kalau kamu memilih untuk tidak memilih pun tak apa, its ur choice, tapi jangan dah tak ada baru nak. Pilihan nak terus bekerja atau tidak, nak pilih si A atau tidak, nak terus bersabar atau tidak, semua nya terpulang. Istikharah dan istisyarah, dah buat kedua nya pun, kalau yg menjadi pilihan tetap menolak kita, nak buat macam mana, bak kata quote (ntah sapa punya, tak ingat), "Jangan paksa orang menerima dirimu, biarkan masa memberitahu nilai dirimu" tapi sapa la sy, memang sah2 tak bermakna. Kui3

Terasa kita sedang dipergunakan, kann, hihuhihu. Kita buat kerja itu tak kena, kita buat ini tak kena, kita mengambil berat, tak kena, kita tak ambil berat pun tak kena, kita yg biol ke? Hik3.
Bukan, sebenarnya Allah tahu titik kelemahan kita, sebab tu diberi kan ujian kerana Allah mahu menguatkan kita, sehingga mampu mengatasi kelemahan kita. Orang menganiaya kita, semestinya Allah akan balas kepada org tersebut, tp di pihak kita, mungkin kita pernah berbuat begitu kt org, mungkin Allah ingin berikan sesuatu. Mungkin kita tak nampak, suatu hari, kita akn tahu..

Pesan sahabat baik sy, "Awk kena lepaskan semua masa silam awk, awak kena fikir, Allah yg menciptakan mereka, itu adalah perbuatan manusia yg tidak sempurna, selagi awk terikat dengan masa yg sudah lepas, awk akan jadi pungguk selamanya, awk takkan dapat buat keputusan"
Yalah, betul jugak, sy nak buat 3 pilihan la, toleh kiri tidak, toleh kanan tidak, sy jalan lurus saja, org kata, berhijrahlah kalau tak tenang. Nak hijrah jauh sket.. Hehe.

Ayah selalu pesan, kalau boleh bangun la tahajjud tiap malam, solat sunat, biar tenang sikit. Moga dipermudahkan segala urusan.
Ummi pun selalu berpesan, jangan terburu2, dahulukan Allah, mcm mana nak tenang, kalau dosa byk? Mcm mana nk tenang, solat pun lewat..ai.ai.ai,.. (Terasa kerdil diri ku)

Hari ini belajar lagi, kerana hidup itu adalah learning process, everyday is learning process, sy belajar untuk positif lg, selalu nya mesti positif sekejap. Huhu. Bila la nak positif lama.

Lalalalala. Macam merapu ja banyak. :p
Harap2 sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah.

Quoted:
"If you want it, work for it. Its that simple"
(Usaha, tapi tetap disingkir, macam terhegeh2 kan, maybe harus berundur selamanya..)

Quoted:
"... Jika org yg kamu cintai meninggalkan mu, Allah akan berikan org yg mencintaimu, jika pekerjaan yg kmu dapat (majikan) menganiayai mu, Allah akan berikan kamu majikan yg lebih baik, sebaik majikan adalah Allah...."

fbh: sudahlah, penat memutuskan tali itu.
Mesti ingat, Tali dengan Allah tak boleh putus2, asyik putus ja, kena ketuk kepala ni. (Sy ler tu -_-)

Thursday, May 1, 2014

Kembara hidup

Terasa tak dapat nak promote sekolah.
Dek penangan sakitnya dalam hati. Hihi (ayat tak leh blah)
Orang kata, hidup, bukan namanya hidup tanpa jalan berliku.
Jalan berliku itu memang, tapi hal nya pilih jalan yg mana, adakah jalan A, jalan B dan seterusnya? Buntu. Serabut kan..
Apa-apa pun, layan 👇...

KEMBARA HIDUP

Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini,
Yang selama ini sering disalah erti,
Oleh mereka yang bertuhankan hati,
Ku musafir ke pelusuk dunia,
Memerhatikan gelagat manusia,
Ada yang gembira hingga terlupa,
Ada yang berduka tetapi gembira,
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri,
Kekadang sesat tanpa haluan,
Sehingga punca hilang di mata,
Kuturutkan jua hati yang buta,
Kupasrah kepadaMu Tuhan,
Segala yang akan berlaku,
Kerana Engkaulah penentu segala,
Menciptakan dunia penuh pancaroba,
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah,
Kau pimpinlah langkahku Tuhan,
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan,
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka,
Layakkah pula aku untuk ke syurgaMu,
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan,
Sering daku terlupa sering jua daku terleka,
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata..

Wednesday, April 23, 2014

Throwback - A year ago

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Its been a year sy tak update.. Dah bersawang berhantu dah blog terchenta ni. The only journal i have right now. Hihuhiu journal la sangat.
Within this one year, banyak perkara berlaku.

Usai graduasi, ayah suruh sambung master, but i wont. Huhu. Bidang engineering? Not anymore. Tunggu peluang sambung education. So, join kursus, then balik sabah. Tak dan duduk sabah lame, dapat offer kerja di Damansara Perdana as Conversion Engineer di Materialise Sdn.Bhd, Belgium company. Quite ok, but too much work load. Kita baru, nak expect boleh buat keje hebat macam senior tu, tak padan la kan. Keluar pagi, 6.30, balik nye malam. Jam 9 baru sampai rumah. Kalau dah kawen, mau tak menangis laki aku.. Adididih

Apatah lagi, berlaku kemalangan yg tak dijangka, (memang la tak jangka kan, kalau tau, xdela berlaku hehe). Masih ingat, akhir bulan puasa, 29 july 2013 around 8am otw ke tempat kerja, kancil dari lorong kanan masuk ke kiri tergesa2, gagah jugak dia nk potong kmi untuk masuk kiri, tak dan dia nk potong, rempuh kami yg bermotosikal ni. accident. Jadi superwoman sekejap. Tambah pulak kakak yang langgar tu jenis tak bertanggungjawab. Bukan nak hantar kan ke hospital, boleh pulak ditinggalkan kami tergolek2 kat atas jalan.

Lepas accident, operate nak masuk besi, recovery period, Memang kaw2 saya kena dengan team leader, bukan nak kerjasama sgt, sama2 Islam, tapi bukan nak tolong fahamkan orang atas yang bukan Islam (company international kan, ramai la yang dari oversea). Hanaya ada Serabut stress segala bagai sy rasa. Merantau hidup sorang2, mujur ada pakcik kat klang, kalau tak, tak tau la apa jadi. Mau rebah tergolek2 jugak tu.
Lepas accident, sy berpeluang jumpa Tuan Guru Haji Hadi dalam 1 program Ameerah. Benarlah, bergaul dengan orang soleh tu kita dapat haruman nya sekali. Balik tu hati jadi tenang. Rasa mau menangis teringat diri yg tak membantu agama Allah ni.

Btw, Akhir tahun, sy bercadang berhenti kerja, balik sabah aje, kerja kat sana. Dijadikan cerita pulak, Bekas pensyarah dulu tawarkan untuk jadi cikgu kat sekolah yg akan mereka suami isteri buka awal tahun 2014 di Kedah. Sy panggil macik Fatimah, tak mahu dipanggil doctor. Katanya dah pangkat mak pd sy. Memandangkan adik bongsu sambung study di Penang, foundation medic dan adik lelaki sulung sambung belajar kat KUIN, sy pun ambil keputusan utk kerja kt situ dulu lah, boleh tengok2 kan adik2 terutama yg bongsu tu.. (Manja sikit tu), kebetulan nak resign jugak kan..

So, berhijrah la sy ke kedah akhir tahun 2013. Dari kehidupan bandar, kepada kehidupan kampung yg betul2 kat tengah ladang getah. Aduh, gila jugak sy sekejap, bukan sekejap, lama. Tak tahan duduk sorang2 berteman kan lipas, cicak, semut, katak, cengkerik dan mengkarung. Hari2 main kejar2 dengan binatang2 tu. Serius, senget sekejap kepala. Maklumlah, student takde lagi, kan cuti.. Maka, sy dengan senang hati nya terbang lah balik sabah sementara menanti buka sekolah.

Kembali ke sekolah, wow, pelbagai warna anak2 murid I, variasi bahasa, nigerian, thailand, Indonesian, malaysian, pakistanian, er.. Berbelit telinga sy nak paham kan, walaupun cakap english tapi loghat nya tak biasa telinga sy dengar. Laoding jap kepala.. Ehee. (Psst: cakap english sembrono tu boleh la, grammatical error jgn cakap la. Sy lembab betul bab grammar ni. Grammar bm pun tunggang langgang, ni kan pulak BI).
Tak apa, bermula la sy sebagai pendidik, mengajar anak2 mathematics, Islamic studies (sementara tunggu ustaz yg bertauliah datang) dan QGDP, Quranic Generation Development Programme. Primary and secondary. Quite slow jugak sy nak catch up, yela, sekolah ni bukan ikut syllabus Malaysia, local. Standard untuk O-level, dan IHES punya sistem, Integrated Holistic Education System. Pada sy, best system. Tapi kena run dengan cara betul la kan.. Kalau atas ting tong, bawah jadi ting tong kuasa dua pulak.

Pendek kata, kerja denga orang tak best. Hihi.
Actually, mana2 pun, tapi tidak semua (terutama engineer, base on pengalaman diri n kawan2), kalau kerja swasta dengan local especially, memang engkau kena jadi hati besi, telinga pekak, mata buta, kena jadi 'cacat' tem kerja. Dan pada sy, banyak benda syubhah. Terlalu banyak kezaliman, (ketidakadilan pun zalim jugak). Banyak la. Dan mostly kerja2 maintenance ni kurang sesuai la dengan perempuan. Pada sy la (org lain mungkin pandangan lain), bukan tak suka, sy suka kerja2 teknikal, tp tak masuk di jiwa untuk sy jadikan karier sebagai seorang wanita.

Dan, kerja guru ni sangat mulia, kalau lillahi taala,selagi ilmu ber!anfaat yg disampaikan pd anak2 tu berterusan dan diguna pakai, selagi tu mengalir saham. Orang yg alim pun berusaha cari saham utk mati, apatah lagi sy yg banyak dosa, amalan pun merangkak, harta yg ada pun cukup utk diri sendiri, ilmu yg bermanfaat yg secubit ni jela boleh sy beri.

Nak upload gambar anak2 murid, tapi tak reti pulak nak upload pakai tab koman ni. Nanti nak promote sekolah pulak. Hoho :D

P/s: Ni sy rasa lebih kepada catatan perjalanan hidup yg nanti bila dah tua, sy nak baca balik. Kekeke. Orang kata mengimbau kenangan. Diary hardcopy sudah dimakan lipas. :'D
Kalau ada yg bagus, diambil, jgn jadi teruk macam sy sudah la..

Wednesday, April 10, 2013

Hilang Di Mata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Bila dituturkan dalam bahasa melayu, bahasa yang seharian kita, bahasa yang paling kita fahami, kesannya lebih terlekat di hati.

Dugaan hati, dugaan yang 'menggilakan'.
Benarlah, sungguh benar.
Dikala bersendirian, dikala yang disayangi pergi dan hilang dari pandangan mata, terasa kehilangan.
Benar-benar terasa, menikam di hati.
Terasa sakit di hati.
Walaupun adakalanya marah mencengkam, jauh di sudut hati merindui..
Jauh di dasar hati mendoakan.
Terkadang sayu.
Menangis di hati.
Merindui.
Geram & marah..
Segalanya berbaur.

Ya..
Hanya Dia lebih mengetahui.
Penawar duka, peneman lara.
Pendamping di saat hiba dan suka..


fbh: adui, emo2, di marah-marah, sayang tetap sayang. Adik...

Wednesday, April 3, 2013

Life As A Technician

Service & Repair

Sinonimnya, technician. Servis dan baiki.
Servis apa? Telefon.
Seumur hidup tak pernah bedah handphone, apatah lagi baiki atau servis. Buka sampai nampak PCB pun tak pernah.
Komponen nya terlalu kecil, micro size, mau juling biji mata tengok. Selama ni tengok komponen jauh lebih besar. Apatah lagi berurusan dengan pelanggan, manusia yang pelbagai ragam. Aduhai, letih.

Tak apa, Permulaan, baru belajar, lama-lama nanti pandai la kan.
Bak kata adik saya, kalau tahu bagaiman ia berfungsi, dan tau apa masalah, mudah saja..
Betul betul betul! 

Petang Itu

Ditinggalkan sendirian di 'bengkel', bersama telefon yang perlu diperbaiki. 
'Memandai je buat, kalau tak jadi? Naya!'
Berbekalkan ilmu yang tak sampai seciput, bedah saje handphone. Kena pulak sliding phone, lagi banyak, mujur bukan touchscreen, lagi canggih lagi sakit la..
Belum cuba belum tau kan... 

inilah permulaan, buka habis semua, baru nmpk 1 PCB, model jenis ape ye hp ni?


2nd PCB, disebabkan komponen terlalu kecil, tak nampak dah butir2 komponen.
kong kang kong kang, baiki ikut intuisi?? haha


Berjaya! Dah siap baiki & pasang balik, dah boleh operasi macam biasa.

Oh haa. Alhamdulillah, percubaan pertama berjaya. Semangat nak baiki handphone lain. 
Dalam hati.. 
'kalau ku tahu dan cukup peralatan, saya baiki aje handphone sendiri'. hahah

Hari ini pulak saya hanya melihat buku-buku skematik litar PCB dan troubleshooting, dan segala macam litar yang sangat memeningkan kepala. Tapi dah tak larat nak snap gambar. dah la buku nye besar, litar untuk 1 telefon aje dah banyak, kecil2 pulak.. 
Kepala yang benjol makin berdenyut. hahaha (mulau).

Btw, seronok mem'busy'kan diri. Dekat PRU ni lagi busy.
Ahah, PM- Najib umum Pembubaran parlimen pada 3 April 2012, katanya hari ini..
hehe..no komen lah. Penat dah baca komen kat facebook. Moga buang undi nanti rakyat pilih lah yang terbaik. Saya ada pilihan jugak.. hehe. Dah layak mengundi.


fbh: kalau repair manusia? dushh!!

Monday, March 25, 2013

JIKA

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

InsyaAllah. Aminn Ya Rabbal'alamin :)

Islam Agama Pilihan Ku

Friday, March 15, 2013

The Heart Turn Into Pieces

Hari ini saya pinjam title Dr.cinta. (haha, sejak bila?)
Cinta Allah yang teragung. 
Sekadar berkongsi.. Moga ada hati yang terubat, moga ada hati yang tersedar.. 

DIPERMAINKAN
 
"Orang zaman dulu senang je, tak ada masalah kawin. sekarang apa masalah ye? Lelaki mudah-mudah je permainkan wanita, suka-suka bagi harapan, penipu"

Aduan yang kerap saya dengar, ayat yang paling banyak saya dengar dewasa ini.
Saya merasai kesedihan itu, ke'terkilan'an, keterlukaan dan kekecewaan yang mereka tanngungi terutama kawan-kawan rapat saya. Lebih terkilan jika dilakukan oleh orang yang molek agamanya. Kenapa?

Saya perhatikan kejadian seperti ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan masa kini. Bersepah-sepah kes nya, sama ada wanita yang menjadi mangsa ataupun lelaki, majoriti nya wanita.
Anggapan saya, pasti ada sebabnya, misalnya, tidak serius dan bersungguh (memang macam mempermainkan sungguh la kan), balas dendam (mungkin), hati yang tidak tetap (mudah jatuh hati), masalah keluarga tapi tidak mahu diceritakan (mungkin ada pilihan lain atau tidak berkenan dan sebagainya), dan banyak lagi.

Acapkali pakcik saya katakan, "lelaki jika bersungguh tidak akan memberi harapan, apatah lagi dalam tempoh yang lama".
Senior (lelaki) juga pernah mengingatkan, "jika si lelaki benar sungguh, tidak akan memberi harapan jika dia tahu tidak mampu, .... jangan percaya pada lelaki"
(Bukan saya kata..) Tidak semua lelaki di dunia ini berperangai sebegitu, tapi, sekali terkena selamanya terpahat.

Duhai teman yang saya sayangi, amat saya sayangi, Allah Maha Adil. Biar apa pun yang terjadi tabah lah, sabarlah, Allah sentiasa ada. Jika tidak terbendung luahkan lah..
Sayu hati, kadang termenung memikirkan, salah siapa sebenarnya? 
Sering orang mengatakan, anggap lah ujian. Betullah juga kan..
Apa pun teman, bangkitlah, jangan kerana kita terjatuh membiarkan mereka terus mentertawakan kita. Sekurang-kurangnya kamu lebih berhati-hati selepas ini..

KENAPA?

Sebab yang sahih sememangnya saya tidak tahu. Kalau menurut pandangan saya, seperti yang saya nyatakan, tapi berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung bukan..
Cuba untuk termenung (menung yang berfikir), dari sisi positif nya..

1) Allah memilih kamu untuk merasainya kerana 'kamu tidak akan tahu kekuatan seuncang teh selagi belum direndamkan di dalam air panas'.

2) Sabarlah, dugaan membuatkan kamu lebih kuat hati, lebih dewasa dan matang serta tidak akan mudah tertipu selepas ini.. kamu akan lebih berhati-hati dan lebih mengenali sikap manusia yang pelbagai.

3) Kita penuh sifat lupa, tapi Allah menguji kata-kata yang dituturkan hambaNya. Mungkin, tanpa sedar kita pernah terucap.. 'sebab lelaki pun nak gaduh', 'hanya kerana frust nak bunuh diri', 'apalah yang mahu dikecewakan sangat sampai macam tu sekali' ... bla bla bla.
Cuba flash back, mungkin pernah kan? Sedap kita berkata tanpa meletak diri dalam kasut si Kawan itu.. Allah mahu kita merasai apa yang kita katakan. Allah adil kan..

4) 'sometimes, when it turn to pieces is the strongest'
Hati ibarat kaca (terutama wanita), sekali terhempas berderai la ia, apatah lagi kalau dihempas. Mudah pecah. Tetapi, sukar dipecahkan lagi apabila ia sudah menjadi kaca-kaca kecil..

5) Banyak lagi jika kita cuba korek hikmahnya..



MAAF ??

Memang, cakap senang sebab lidah tidak bertulang. Bagi yang merasai, hanya dirinya dan Allah sahaja tahu. (Saya, no komen - macam artis selalu cakap tu..)

"Aku tak mampu memaafkan dia, melainkan dia tebus kesalahannya"
- Bagaimana tebusannya?
"Tunaikan janji, kotakan harapan"
- Erm Kalau tidak?
"Sorry"

Iyalah, amat sukar. Kalau tidak pun mungkin lambat laun boleh memaafkan, tapi terpahat selamanya.


PELUANG KEDUA

"Dia minta, patut kah aku terima? Boleh percaya ka?"
- Kalau benar jujur, its up to you..
"Memang aku nak terima, tapi aku takut jadi sama macam dulu"
- Hmm.. berilah dia peluang..
"Doakan aku"

Pada saya, Jika benar serius dan bersungguh, apa salah nya diberi peluang.
Saya pasti, pihak yang terluka akan lagi mudah memaafkan, bukankah itu tebusannya?
Bagaimana Jika memang kesalahannya tidak di tebus..?

LUPAKAN

"Mana mungkin, kau cakap senang lah, cuba masuk dalam kasut aku, entah-entah kau kojol dulu" (Ayat orang tengah marah memang high tone sikit..)

Betul. You'll never know  the feels until you wear the shoes.
Banyak kes lepas frust terjun laut, bangunan etc, ayat lain; bunuh diri. Na'uzubillah.
Hmm, cukup terluka, Saya jugak tidak tahu ubat apa harus saya berikan.
Inject tukar ingatan? Ketuk kepala untuk hilangkan memori? (haha, aku pulak yang gila)
Tiada lain yang saya tahu, Menangis mengadulah pada Allah, Dialah sebaik-baik penawar luka dan duka.. InsyaAllah


Tertarik dengan status facebook seorang teman rapat..

“Duhai adam,
Melukakan hati wanita sememangnya mudah,
namun menyembuhkannya hanya kuasa Allah yang mampu.
Menyentuh hati nurani wanita bukan mudah,
Hanya mereka yang menghargai sahaja yang tahu.
Allah menciptakan wanita penuh rahsia,
Di sebalik air matanya tersimpan kekuatan hanya Allah yg tahu!
Hargai wanita,dia hak cipta Allah yang istimewa. ^_^”

SABAR ITU ADA GANJARAN


Carilah hikmah dalam ujian yang mendatang walaupun sakit, kerana..

Teman, bertuah kerana tidak semua mempunyai pengalaman seperti kamu, tapi bangun lah kerana masih ada tangan yang menghulur.. :)


Pernah kawan saya berpesan,
'usah dibazirkan hati kita kepada yang tidak menghargai, sedangkan ada yang benar-benar menghargai kita'
Its your choice..?
Pilihan ada padamu, walaupun ianya sukar, tiada pilihan untuk tidak membuat pilihan..




Semoga besar ganjaran buatmu, kental, sabar dan tabah hatimu..




fbh: Tidak semua lelaki / wanita begitu.. Moga Allah menjaga hati2 kita, moga Allah sentiasa memelihara.. Ameen.

Saturday, July 7, 2012

It's About TIME

Bissmillahirrahmanirrahim..

Fuh. Sekian lama dan lamanya saya tidak menjenguk blog ini. Intai pun tidak.
Bukan setakat berdebu dan bersawang agaknya, dah ber'penunggu' apaa.. hihik

adoi. pening kepala daa. [baby fareesha]

Buka blog, blur sekejap. Apa tidaknya, semua nya sudah 'new look', upgrade gitu..
Saya jadi terpinga-pinga sekejap. Tenung Laptop lama-lama.

'saya nak tekan mana satu ni, tang mana nak tengok dashboard ni? aiyaaa'

Setelah pusing-pusing explore, akhirnya berjaya 'membiasakan' diri. haha
Iya, sepanjang bergelar pelajar tahun akhir di UniMAP, saya rasa 24 jam sehari itu tidak mencukupi. Mahu extend 30 jam sehari. haha, tapi itu mustahil.
Orang yang paling rugi jika masa dibiarkan berlalu begitu saja.

Kerana lenguh meng'edit' resume, dan segala macam yang lain, proses pembersihan blog pulak. yahaa! New look! Kalau ditanya kenapa tukar itu dan ini, selain dari tukar 'baju' encik blog, semestinya ada sebab tertentu kan. huehue :)

Dan ya, begitulah jikalau kita meninggalkan sesuatu perkara yang sudah jadi kebiasaan.
Pasti akan berat hendak memulakan semula, jika hendak mula pun, ibarat tidak tahu hujung pangkal.
Misalnya kita ini sudah biasa melakukan solat berjemaah, dan perkara kebaikan/kebajikan lain, tiba-tiba ditinggalkan lama, aduhai, memang sakit mahu mulakan semula.

Makanya, yang baik itu jangan ditinggal-tinggalkan. Mahu tidak mahu kena paksa diri untuk melakukan kebaikan. Kalau tidak? ya, Syaitan pasti bergembira.

Selamat bermujahadah semua. Memandangkan bulan Ramadhan sudah menghampiri, lagi kena kuat train diri. :)

fbh: Jangan buang masa. ish ish ish --`

Friday, November 11, 2011

Rasa Itu..

Bulan purnama itu cukup indah, dan jatuhnya 15 Dzulhijjah 1433 pada hari Jumaat.
2 am, Kampung Beladau Kolam- awan tebal putih cantik, di sisi lain ada awan tebal yang putihnya di cemari warna keperangan. Bulan diarak awan..dan malam yang tenang..
Ada apa pada 11/11/2011?
Melainkan hari Jumaat penghulu segala hari, hari yang barakah.

Melalui malam sepi berteman setianya si bulan..lagi indah bersama setianya Sang Pencipta, bak kata status ramai teman di facebook, biarlah dosa ditangisi berulang kali walaupun perubahannya cuma sedikit, daripada hati terus membeku. Tuhan, diriku penuh dosa..

Cukuplah kematian sebagai peringatan
Khas untuk diriku yang selalu alpa, umumnya untuk semua yang bernyawa. Pemergian Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, pembantu khas kepada Datuk Husam Musa bagaikan mimpi, percaya ke tdk ni? mungkin sebab saya macam berada separuh2 sedr (tenggelam dalam perasaan sendiri). Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. Takziah kepada keluarga Arwah, beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak, bagaikan terasa di hati ini akan kepedihan dan kesedihan isteri arwah. (walhal sy belum kahwin,hik)
ya, hati perempuan..halus.

Saban hari ada saja berita kematian, selalu menggentarkan jiwa ini, takut andainya nyawa ditarik tanpa sempat bertaubat, keinsafan lepas entah diterima entah tidak, sedang saban hari dosa tanpa sedar & sedar masih dilakukan, di manakah kekuatan hati ini?? Belum sebut soal bekalan.. saya takut..
Dan setiap kali mendengar berita itu lah saya selalu terfikir, membayangkan suasana di alam kubur, dan akhirnya saya takut sendiri, bergetar jiwa & raga..Allah, ampun kan aku.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)



Ana: Take back your heart. He always beside you..

Wednesday, July 13, 2011

Perbezaan Lelaki & Wanita

Salam, artikel ni saya copy dari web someone www.solihinzubir.com, menarik, enjoy it.. =)

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

4. Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Ana: Perbezaan itu saling melengkapi..

Monday, June 13, 2011

Siapa Lagi Yang Sudi Taqdim Kami, Ustaz? [2]

WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)

Lelaki, anda sahajalah harapan bagi seorang muslimah untuk merungkai segala keresahan yang ada di jiwa mereka. Mereka inginkan anda menjadi pendamping mereka untuk selama-lamanya sampailah ke syurga nanti, mereka juga sanggup sekiranya ditakdirkan untuk berkorban apa sahaja jika itulah yang dapat membahagiakan insan yang mereka sayang.

Lelaki, cubalah memahami hasrat hati mereka yang satu ini.

Mereka muslimah yang telah diciptakan sebagai perawan yang harus menitipkan malu dalam diri sebagai perhiasan agung.

Dengan itu, lelakilah yang selayaknya menjadi pendahulu dalam segala hal yang berkaitan dengan jodoh. Muslimah bukanlah tidak boleh manjadi pendahulu, tetapi fitrah mereka diciptakan untuk menerima cinta bukanlah mencari. Hati mereka untuk diisi bukanlah mengisi.

Justeru, lelaki tidak boleh bersikap malu untuk menentukan jodoh mereka. Kalaulah anda wahai lelaki malu untuk melamar seorang muslimah, malu itu lebih berganda-ganda pada seorang muslimah. Takkanlah anda mahu mendengar:

‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’

Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.

Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.

Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.

Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.

YAKINLAH!

Saya sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.

Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.

Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat ‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.

Saya terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. Saya seorang ‘Afiq’, jadi saya tahulah apakah kehendak dan naluri seorang lelaki.

Akhirnya, ‘Syafiqah’ tidak perlu resah lagi, jika suatu ketika nanti semua lelaki di dunia ini sempat membaca artikel ini dan memahami apakah isi hati seorang muslimah.

TAMAT.. ^_^

Ana: tertarik dengan artikel ini, bkn bemakna sy kemaruk nk kahwin plk ye.. :)

credit to: http://www.facebook.com/NikNajmi

Sunday, June 12, 2011

Siapa Lagi Yang Sudi Taqdim Kami, Ustaz? [1]

‘Tahun hadapan umurnya sudahpun menjangkau ke angka 25, bermakna suku abad telah dimamah usia. Tempoh pengajian pun semakin hampir ke hujung semester. Kalau diizinkan Tuhan dia bakal ke pentas graduasi buat kali ke-2.

Tetapi hatinya tetap resah. Bahkan resahnya mengatasi kegembiraan untuk meraih gelaran graduan berijazah sarjana, Semakin masa berlalu, semakin hati bertambah-tambah bimbangnya’

Resah, sampai ke waktu ini hatinya masih belum ‘diisi’ oleh sesiapa!

* * * * *

Demikianlah, detik di hujung hati seorang muslimah. Mungkin bagi kaum Adam, ianya sekadar rasa-rasa yang biasa dan kecil, namun tidak bagi kaum Hawa. Ia sebuah kebimbangan hidup dan mati bagi seorang wanita!

Saya cuba membayangkan, suatu masa dahulu, saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang bernama ‘Afiq’ tetapi dilahirkan sebagai ‘Syafiqah’ yang tidaklah memiliki rupa paras yang menawan, apatah lagi untuk mempunyai segala ciri-ciri seorang wanita idaman semua lelaki. Sudahlah kurang cantik, tambahan pula hanya menuntut sebagai pelajar Human Resource di UITM Shah Alam. Saya pasti saya sedang merasa rendah diri dan akan bersedih sampai ke hari ini kerana tiada lelaki yang akan mendampingi saya, jauh sekali ingin melamar saya sebagai teman sehidup-semati.

Iyelah! Sudahlah tidak menawan, title ustazah pun tak ada. Ah! Saya betul-betul tidak dapat membayangkan betapa seksanya menanggung jiwa seorang ‘Syafiqah’ ketika itu.

Artikel ini saya menulisnya bersama-sama ‘jiwa’ seorang ‘Syafiqah’ agar dapat berkongsi perasaan resah yang mereka (muslimah) alami.

OH MUSLIMAH! OH SYAFIQAH!

Wanita mula memikirkan soal kehidupan mereka apabila usia mereka mulai mencecah awal 20-an. Ia adalah fitrah. Kalaupun mereka buat-buat lupa, rasa itu tetap akan datang dengan sendirinya. Anda (muslimah) mungkin akan merasakan lebih resah dan bimbang apabila anda adalah salah seorang seorang muslimah yang saya nyatakan di atas.

Siapa yang tahu, betapa peritnya ingin menghadapi situasi sebegini. Perasaan ingin berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal sudah pasti ada pada hati kecil seorang wanita sebagaimana seorang lelaki. Tetapi banyak sungguh halangan yang membantutkan hasrat itu. Hati wanita mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya ketika sama-sama menuntut di sekolah sudahpun berkahwin, ada juga yang telah beranak-pinak memiliki cahaya mata.

Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja.

Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?

Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu ‘siapa mahu mencari siapa?’

Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.

Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut: ‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’

Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!

Saya percaya, kalaulah tiada dicipta pepatah ‘perigi mencari timba’ sudah pasti separuh daripada keresahan seorang wanita itu akan hilang. Mereka bebas menentukan soal jodoh mereka tanpa ada rasa malu dan tertekan. Muslimah boleh terus menyambung pengajian atau kerjaya mereka walaupun ketika itu usia mereka akan menjangkau 30 tahun tanpa sibuk memikirkan siapakah bakal jodohku nanti.

Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah

[Tamat Part 1]

bersambung......



Ana: Artikel yg menarik, dan ya, saya akui..
credit to http://www.facebook.com/NikNajmi