MusicPlayer

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

Once Upon A Time..

بسم الله الرحمن الرحيم..

Lama sungguh tak jenguk blog. Bukan takda masa senggang langsung, tapi beruzlah. Hehe (cehhh).
Merawat diri, totally- luar & dalam. (gittewww) haha ini semua poyo

13 Disember 2015
Its been a year..
Tanggal 13 Disember 2014, setahun yg lepas merupakan tarikh di mana aku bukan lagi dibawah tanggungan orang tua ku. Dengan kata lain dah kahwin. Aku dinikahkan dengan lelaki pilihan Allah, InsyaAllah walhamdulillah.

Dan pada saat ini kami sudah dikurniakan seorang cahaya mata, berumur sebulan setengah. Alhamdulillah.

Segalanya terjadi begitu drastik bagiku. Sehingga aku tidak tahu perasaan apa yang patut aku rasai, gembirakah, sedihkah, terharu kah, atau yang bagaimana? Tidak sempat aku fikirkan apa yang aku rasa sehingga lah melepasi tarikh 30 oktober 2015.

Ya, 30 oktober, Jumaat, merupakan tarikh lahirnya mujahidah sulung kami dengan berat 3.7kg. Alhamdulillah kelahiran normal walaupun Mommy nya cekeding. (Haha)

Aku tak lah segembira ibu-ibu lain dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami, tidak jugak sedih. Lebih kurang takda perasaan la kot..
10hari pertama berpantang, masih ok walaupun berjaga siang malam. Setelah suami kembali bekerja, aku mula merasakan tekanan yang amat. Yelah, mana lagi kita yang masih sakit,.tenaga belum pulih, luka jahitan pulak banyak, rehat yang tak mencukupi, berjaga pulak siang malam tak masuk lagi baby kembung perut dan tak sihat.

Serius rasa nak menangis je, tak bersedia fizikal dan mental untuk terima semua ni. Tak terbayang kalau duduk sendiri nanti. T_T

Err..to be continued ya blog. Kepala sangat pusing sekarang, suhu badan pun naik. Demam la tu..

Mampu doa semoga baby tak terjangkit bila mommy dia demam.. huhu :(

Wednesday, April 10, 2013

Hilang Di Mata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Bila dituturkan dalam bahasa melayu, bahasa yang seharian kita, bahasa yang paling kita fahami, kesannya lebih terlekat di hati.

Dugaan hati, dugaan yang 'menggilakan'.
Benarlah, sungguh benar.
Dikala bersendirian, dikala yang disayangi pergi dan hilang dari pandangan mata, terasa kehilangan.
Benar-benar terasa, menikam di hati.
Terasa sakit di hati.
Walaupun adakalanya marah mencengkam, jauh di sudut hati merindui..
Jauh di dasar hati mendoakan.
Terkadang sayu.
Menangis di hati.
Merindui.
Geram & marah..
Segalanya berbaur.

Ya..
Hanya Dia lebih mengetahui.
Penawar duka, peneman lara.
Pendamping di saat hiba dan suka..


fbh: adui, emo2, di marah-marah, sayang tetap sayang. Adik...

Friday, March 15, 2013

The Hope

15th March 2013

Its Friday, March, 15th. And tomorrow is the very welcome date. why?

   1) On 16th March, There will be Himpunan Ulama' at Perak
   2) My flight to Kota Kinabalu is on 16th March 2013
   3) Reunion Bulatan Gumbira

I really want to join Himpunan Ulama' and our Bulatan Gembira's reunion, but the priority goes to My Hometown. huhu.
It's been so long since I kept this feeling..

So sad, I can't cancel or change my flight ticket.. (my friend offer to buy a new ticket for me), but..the truth is I just give them (my parents) the hope. The hope that I will be at KKIA on 11am tomorrow. The hope that they will see me tomorrow, and they prepared a schedule just to meet me tomorrow. I'll not disappoint them.

Really really really sorry. May Allah bless you all, may Allah ease all the program's plans. We'll meet again soon..sooooooon, with His permission. :)


FLIGHT

My flight departure: 8.30am, at KLIA
I have many luggage. haha. about 2 bags, goes to cargo and another two bags (back pack) as the hand baggage. Ahah, I think the total weight almost 40kg. And for sure i will be charged for the excess weight. hahaha. (they just give 30kg - free)
Never mind, as long as I can FLY. (I need to make adjustment - reduce weight!) -.-

just check-in


fbh: Goodbye everyone.. :)

Wednesday, December 7, 2011

Aku Malu Menjadi Isterimu

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri yang menarik pada saya, saya copy sebiji, buat simpanan dan tatapan semua..

*****

Diantara kebahagiaan seorang insan adalah memiliki rumah yang luas, jiran yang baik, isteri yang solehah. Namun, rumah yang luas tidak mampu menjamin kebahagiaan andai mempunyai jiran yang berakhlaq buruk. Rumah yang luas tidak mampu menghadirkan kebahagiaan andai mempunyai isteri yang toleh (berakhlaq buruk).

Memiliki isteri yang solehah seolah-olah memiliki syurga di dunia kerana rumah yang sempit terasa luas kerana hatinya sentiasa lapang apabila berada bersama isteri. Memiliki isteri solehah samalah juga mempunyai jiran yang baik kerana isteri adalah 'jiran yang paling hampir' dengan suami.

Setelah 25 tahun hidup sebagai suami isteri, baru Hassan membaca perasaan isterinya itu pun kerana terjumpa diari milik isterinya semasa menyimpan barang-barang milik isterinya. Runtun hatinya, sebak dadanya sehingga air mata lelakinya menitis perlahan. Begitu sekali penilaian isterinya yang terlalu dikasihi selama ini terhadap dirinya.


Sedari menjadi pengantinmu, aku umpama ratu di dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh raja yang bertanggungjawab. Kecantikan ku engkau pelihara sebaik-baiknya, kau sediakan sebuah rumah yang terbaik menjadi tempat berteduh dari hujan dan panas. Kau siapkan makanan yang terbaik menghindari aku dari lapar dan dahaga.

Sedari menjadi pengantinmu, aku menjadi ratu di dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh raja yang soleh. Solatku engkau jaga, meskipun usia sudah mencapai baligh tetapi masih engkau ingat-ingatkan aku supaya sentiasa solat di awal waktu. Saat kesibukan dengan hal ehwal anak-anak, engkau cepat-cepat mengambil alih agar aku boleh solat seawal yang mampu.

Sedari menjadi pengantinmu, aku menjadi ratu di dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh raja yang penyayang. Di saat isterimu sibuk dengan urusan rumahtangga meski kepenatan menjalankan dakwah kepada ummah, tanganmu masih ringan untuk memasak buat keluarga. Lelahmu belum sempat dilepaskan, keringatmu tidak pernah kering namun engkau masih meluangkan waktu mencurah perhatian buat isteri dan anak-anak.

Sedari menjadi pengantinmu, aku menjadi ratu di dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh raja yang amanah. Di saat dirimu dibebani amanah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa, engkau masih berusaha keras menjadi anak yang membahagiakan kedua ibubapamu. Dengan sapaan salam, pelukan erat, bisikan ingatan dan kerinduan buat ibubapamu seringkali menjadi muhasabah buatku dalam mendidik anak-anak agar tumbuhnya kedewasaan anak-anak akan mengikut jejak langkah ayah mereka. Biar banyak mana sekalipun tanggungjawab terbeban, amanah sebagai seorang anak tetap dilaksanakan.

Sedari menjadi pengantinmu, aku seolah-olah menjadi pengantin pada setiap hari. Dengan senyuman yang murah di bibirmu, dengan kiasan bahasa cinta dari lenggok badanmu, dengan pantulan kasih yang terbias dari gerak gerimu, dengan alunan ayat-ayat yang sering mengembalikan aku kepada cinta. Engkau membugar cintaku kepada Allah kerana hanya dengan cinta Allah akan menyemarakkan cinta antara kita.

Suamiku, andai saja engkau mengetahui apa yang aku karangi... pasti hilang segera segala rasa yang engkau bebani. Kasih sayang itu menjadi melodi hidup terindah pada setiap hamba Allah. Tiada manusia yang akan berduka andai setiap manusia hidup berkasih sayang.

Pasang dan surut air lautan kehidupan kita, bahtera kasih yang engkau gembleng sentiasa dipadu dengan kecintaan kepada Tuhan. Sekali kapal terhuyung dipukul badai ujian, engkau segera mengingatkan aku dengan sirah-sirah habiballah agar hatiku tunduk dengan kebesaran Tuhan.

suamiku, engkau telah berusaha menjadi role-model terbaik buatku dan anak-anak dan aku yakin sekali memang dirimu telah menjadi qudwah buat kami. Syariat Ilahi engkau genggami, sunnah nabi engkau telusuri. Hanya aku sahaja yang tempang berdiri di sebelahmu menjulang panji-panji Islam dengan segala kelemahan diri.

Suamiku, sungguh... aku malu menjadi isterimu.


"Wahai isteri yang ku cintai, sungguh aku sangat berbangga menjadi suamimu!"

Hassan membisikkan kata-kata tersebut, menghantar perasaannya yang berseri-seri. Khadijah terdiam seribu bahasa. Hilang kata-kata.

--------

Diriwayatkan dari Rasulullah semasa isra' mikraj, baginda diperlihatkan Allah kepada suasana syurga dan neraka. Kebanyakan dari penghuni neraka terdiri dari WANITA. Apabila ditanya kepada Rasulullah mengapa wanita menghuni neraka, Rasulullah menjawab kerana ramainya wanita yang kufur dengan pemberian suami.

Apabila mendapat sesuatu dari suami, tidak bersyukur.
Apabila tidak mendapat apa yang dihajati, maka diaibkan suami.

‎"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]


Ana: Terharu.. Hati bermonolog jua..
Moga bermanfaat.

Thursday, June 9, 2011

Kalau Encik Boleh Tolong Terangkan..

Salam,

Saya ingin kongsikan cerita yg boleh tahan menarik, (copy & paste saja). agk tersentuh hati sy baca, entahlah kenapa. cuma nya, sy rasa mcm agk tergantung sikit..tak tahulah pendapat pembaca lain. By the way, selamat membaca :)

Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. Kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

gambar hiasan

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama. Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. Bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. Lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"

Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, sebenarnya dia dan anak-anaknya dalam perjalanan ke hospital. Isterinya sedang terlantar sakit di sana - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah.. Dilema. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. Dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. Akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. Dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. Malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari pakaian tercantik yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.

...

Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar:9)

p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam.

Kredit to : http://www.facebook.com/iqra.utm

Sunday, May 22, 2011

Precious Time

Salam 'alaik to all..
Kali ni nak post panjang sikit, ops, reminder, this is an open diary. its all about my life journey. Just sharing my lil experience. yang baik, ambil lah, yg tdk baik abaikan shj..

Sejak praktikal aka LI (latihan Industri), hari-hari rasa penat.huhu kerja office hour kan, memang penat! but, still enjoy my job.
Minggu ini, untuk pertama kalinya dlm 3 minggu praktikal, saya balik rumah at KB. So happy!! Sabtu pagi Ayah datang KK, pick me and my Udin dr Maahad Tahfiz. Sempat singgah Giant. haha..1 thing yg agk geli hati, sandal saya putus! (last kerja hari Jumaat tu lagi dah putus). Actually bkn putus pun, tp dh tak lekat, kena gam sem
ula. So, masuk Giant pakai selipar ayah yg besar. xD

keluar dari pejabat, orang pandang2 je kat bawah, tengok sandal yg 'pelik'. sy bt bodoh je.. xD

sandal ayah yang besar. huhu.. mujur lah ayah memang letak dalam kereta.

my new sandal. sandal ummi. hehe

Kami sampai rumah tengahari. Petangnya saya hantar my lil bro, 'Afif balik asrama. Ada latihan debate. Drive Naza Sutera Sport. Memang mantap, tak biasa bawak Sport car, 2 kali mati enjin kat bukit, haha. Opss..Ummi ada kat sebelah je, co-driver. Ummi kata, fail undang2 jalan raya. pemanduan berbahaya di round about, adeh..round about kat KB ni sangat la pelik. Balik rmh trs buat kelas undang2.haha
Then, Then, and then..dr hantar Afif tadi terus ke rumah cikgu Runah, makcik kepada kak Masnah, takziah buat kalian atas kehilangan Ayah cikgu Runah (cikgu 'Afif, adk bongsu sy kat PASTI dulu). Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..mg arwah ditempatkn bersama golongan solihin. Ameen. Cukup lah kematian sebagai peringatan kan.. (tp byk & pjg plk sembang dgn k.masnah,jrg jumpa bah)


AHAD
Kerana terlalu penat, subuh lewat hampir di akhir waktu, thanks to Ummi yg bangunkan. I love U soooo much!!!
Then tolong Ummi buat sarapan. Lama tak rasa macam ni, dating dgn Ummi. :)
Awal pg lg Ummi basuh kereta Putih Ummi, ayah beli ikan.hehe dan..saya tukang alih kereta2 yg ade kt rumah. 1st time drive Hilux Vigo Ayah..wow, great experience! tp, mau park tu agk lembab la, ayah terpaksa jd traffic man.haha

11.30am:
Saya, Ummi & Ayah bertolak ke KK (Kota Kinabalu). Naik kereta putih Ummi yg sangat Comel dan best! Ummi drive, sy co-driver, ayah rest kat tempat duduk belakang. Boleh tahan Ummi, jln berlingkar speed 100-110km/h. Potong kereta lain.haha..hasil didikan ayah? tp tak lawan ayh lagi la.^^

pemandangan dari dalam kereta.

Masuk shj Zohor, kami singgah solat di stesen Petronas Tebobon. Dari Petronas ayah plk drive, menuju ke bandaraya KK. Shopping with my Beloved Ummi & Ayah :)
Byk beli brg keperluan..huhu dan sy dapat kasut baru. Thanks so much Ayah, kasut cantik! Black purple untuk pergi kerja. :)
(lain kali post gambar kasut.hehe)

sweet loving couple..sama2 tolak troli. <3

lihatlah barang yg byk. haha abaikan extra model free hair tu.

before tinggalkan kereta, Ummi mesti belek & check sport car Ummi.huhu

Then pusing cari part untuk kereta Naza sport, brek kereta dah haus, kena tukar. So, Ayah Ummi tak bagi sy guna lg. huhu tp kedai tutup pulak. Lama shopping, kami kelaparan, haha, singgah makan di Restoran Sri Keningau, kat Asia City. Sedap jgk la. harga pun ok. :)

berebut nak keluar, haha. lapa doh ni. cepat2.

Restoran Sri Keningau, org kata kt sini ade sup payau.^^

Lepas makan, perut dah rasa tegang, makan banyak. Alhamdulillah. haha kenyang sampai esok pagi! ^^
Selesai makan, kami terus ke Luyang Perdana. Tak ada org kat rumah kak Nanak, my cute cousin. K.Nanak & her fam, nonoi (also my cousin), & abg Ani (adk angkat abg Imran-husband k.Nanak) balik KM, Kota Marudu. Balik kampung..huhu. Ummi Ayah teman kejap, sembang2 kejap, then balik. huhu, sedih pulak. Terima kasih ya Allah atas kesempatan dan nikmat dariMu. Saya sangat2 hargai. Sangat sangat sangat sayang Ummi Ayah & family! <3 <3 <3


Ana: Kami pegi KK, Faiq kt asrama, kakak bawa Udin & Afif makan kt KFC n Pizza, ade free coupun, cet, jeles. nak jugak! haha :)
Balik rmh kejap je, tp rasa lama..best!
Syukran ya Allah..peliharalah keluargaku, harta kami, terutama iman kami..Ameen.