MusicPlayer

Thursday, June 26, 2014

Duhai Kamu

Duhai kamu,
Masih ingatkah?
Pernah suatu masa dahulu..
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu berharap pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya pasti suatu masa akan mengecewakanmu.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu bergantung pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya pasti suatu masa akan lemah malah kamu lebih mampu berdikari.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu kagum pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya juga punya aib, kelemahan dan kekurangan.
Kamu pasak dalam diri mu jangan terlalu memandang rendah pada ciptaanNya,
Kerana ciptaanNya adakala jauh lebih baik dari kamu walaupun kamu berada tinggi dari yang lain.
Kamu pasak dalam dirimu jangan terlalu menginginkan dunia,
Kerana dunia tidak kekal, sekadar laluan bagimu mengutip bekalan untuk akhirat kelak..

Tetapi kamu terlupa,
Kamu terlupa akan satu hal yang lebih besar,
Jangan terlalu mengasihi dan mencintai ciptaanNya,
Kerana selangkah terlebih kamu tersasar dari segalanya..
Terlalu mencintai ciptaanNya membuatkan kamu terlalu berharap pada ciptaanNya,
Membuatkn kamu terlalu bergantung pada ciptaanNya,
Membuatkan kamu terlalu kagum akan ciptaanNya,
Membuatkan kamu memandang rendah pada yang lain,
Membuatkan kamu lupa akan akhirat, kamu lupa mengutip bekalan.
Padamu hilanglah segalanya kerana hatimu sudah dicemari dan dikotori debu dosa..
Akhirnya kamu terluka, tersungkur kerana ciptaanNya..

Andai itu terjadi,
Pulanglah kamu ke pangkuanNya,
Kembali lah kepada Pencipta segala ciptaan,
Tiada yang lebih sempurna, melainkan Tuhanmu, Pencipta seluruh alam beserta isinya..
Dialah tempat kamu bergantung, berharap, yang patut kamu kagumi, yang semestinya kamu serahkan sayang dan cintamu padaNya,
Dialah pemilik hati dan dirimu.

Hidup biar bermaruah,
Jangan sampai tergadai iman dan prinsip.

fbh: aku yg pelupa..

No comments:

Post a Comment