MusicPlayer

Thursday, March 24, 2011

Result PMR 2010 ??

Assalamu'alaikum..

Tajuk post yang..ek..macam dah agak basi.hehe
Tengahari td (lebih sket dr tengahari) terbaca status (TERbaca ek..) kat facebook kakak saya mengenai semakan semula keputusan PMR 2010. oh..ade perubahan pada result pelajar lepasan PMR? semakan seluruh negara kah?
Oleh kerana musykil dan rasa mahukan kepastian, petangnya saya telefon ummi..

Rupanya ayah dan cikgu Nasdin (kawan ayah) request minta cek balik result 'Afif (7A 2B -BM & BI) dan Anis- 8A 1B (anak cikgu Nasdin, saing 'Afif jgk, sekelas).
Ayah request untuk recheck subjek BM & BI 'Afif, macam tak puas hati jgk la BM dpt B kan..kalau Bi mungkin boleh terima lagi..
Cikgu Nasdin request untuk recheck subjek BI Anis..dia pun tak puas hati juga la tu..huhu

Dan hasilnya, result Anis tiada sebarang perubahan, masih 8A 1B.
Result 'Afif ada perubahan, Alhamdulillah, 8A 1B (BI).

Tahniah buat adikku.. (kakak tumpang gembira,hehe).
Tapi still tak dapat 9A kan? cmne hadiah ni ek, nk bg ke tak..janji kalau 9A baru bagi hadiah kan? haa..hadiah ni untuk kakak jela..haha (dah lama beli hadiah ni tau, xdela lama sangat. pergh, memang berkualiti - nak jgk habaq tu).

BTW, tahniah sekali lagi untuk adikku, semoga SPM 2012 nanti dapat straight 11A's (or 12A kalau tambah subjek). Ameen. InsyaAllah. kakak doakan yang terbaik untuk adik-adik kakak, dan family kakak keseluruhannya. Moga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan urusan kita semua. Ameen ya Rabbal 'alamin.


Ana: Rasa gembira untuk adik..mesti 'Afif tengah gembira sangat ni kan,tu yg kakak pn rasa senang hati jugak nih.hehe, ikatan adik-beradik yang kuat kan.hehe ameen.

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah dik..

23 Mac 2011 --> tarikh yang dinanti penuh debaran oleh pelajar2 lepasan SPM 2010. ya, hari ni diumumkan keputusan SPM 2010 bagi seluruh negara. Saya dapat bayangkan situasi di sekolah-sekolah yang dibanjiri pelajar-pelajar lepasan SPM '10. Terkenang zaman saya dulu..huhu

Tahniah buat NURSHALILAH FAUZAN BT MAILIN dengan keputusan yang cemerlang, 10A 1B. Alhamdulillah, tahniah buatmu dik. (kalau izan ada blog kakak tag skali..hehe). Tahniah juga kepada kembar adik, moga Allah memberkati kalian.

Tahniah jgk kepada junior-junior ku yang lain dengan kecemerlangan anda. Dengar2 dari ummi tadi ramai dapat result cemerlang, straight A's, 11A, 10A & so on.. semakin naik prestasi sekolah ku..huhu. Dahulu saya batch yg ke-3, tenaga pengajar pun sangat tak cukup. Alhamdulillah sekarang semakin naik. Tahniah!


Ana: dedikasi bt adk, semoga tercapai hasrat mu utk sambung ke UIAM dalam jurusan undang-undang. insyaAllah.

Monday, March 21, 2011

Ku Bukan Terbaik


Yang Dicari,
Walau Bukan Putera Raja,
Biarlah Putera Agama.
Yang Diimpi,
Biarlah Tak Punya Rupa,
Asal Sedap Di pandang Mata.
Yang Dinilai,
Bukan Sempurna Sifat Jasmani,
Asalkan Sihat Ruhani,Sempurna Hati.
Yang Diharap,
Bukan Jihad Pada Semangat,
Asal Perjuangannya Ada Matlamat.
Yang Datang,
Tak Perlu Rijal Yang Gemilang,
Kerana Aku Serikandi Dengan Silam Yang Kelam.
Yang Dinanti,
Bukan Lamaran Dengan Permata,
Cukuplah Akad Dan Janji Setia.
Dan Yang Akan Terjadi,
Andai Tak Sama Kehendak Hati,
Ku Redha Ketetapan Ilahi,
Itulah Ketentuan Sejak Azali...

Friday, March 18, 2011

Ranger, The Best & The Obedient Horse!

Melihat pada tajuk post saya kali ini merujuk kepada Ranger, nama seekor kuda yang saya tunggangi setiap hari Sabtu. ya, semester ini saya belajar menunggang kuda. so excited! Ranger adalah kuda yang terbaik dan yang paling patuh kepada trainer nya (kat Pusat Ekuin Perlis ni la).. kerana itu, tidak hairanlah hampir semua pelajar (mostly beginner) pilih Ranger.

Esok, Sabtu.. nampak gaya saya bakal bercuti kerana badan belum cukup sihat untuk menunggang. Minggu lepas Ranger sudah tidak dapat bertahan dek sikap sesetengah pelajar perempuan yang tidak 'menyenangkan' hati Ranger. huhu, menyebabkan Ranger mengamuk dan saya yang menjadi mangsa. Terpaksa saya dikejarkan ke unit emergency hospital Kangar. Alahamdulillah, tiada kecederaan kronik, walaupun terpaksa stay atas katil hampir all the time, sampai pening kepala asyik baring aje. Setinggi-tinggi Terima kasih (sangat sangat sangat terima kasih) kepada sahabat handai yang sudi jenguk dan membantu saya. Semoga Allah membalas budi baik dan memberkati kalian. Ameen.

nak naik kuda kena ada teknik jgk..huhu

saya nampak macam semut je..huhu

setelah beberapa kali pusing,kena masuk tengah,keluar balik.

mijan yang tengah gabra..he

kecian kawanku ini, dibuli oleh si Ranger.


Ana: sori kawan2 lain,xdpt upload gmbr, nanti uncle marah sebab x pakai helmet. n..terbocor ke'gabra'an mijan.huhu naik kuda best!

Thursday, March 17, 2011

Mujahidah Sejati

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa


Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah, Fatimah, menjadi muqarrabin
Bermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa...



Ana: mawar itu bukan mawar yang dulu..

Wednesday, March 16, 2011

Umurku Meningkat

Salam.
Sudah lama blog dibiarkan sepi tanpa di 'update'. Macam banyak je benda nak share, tapi bila mahu start tulis blur + blank pulak. so terpaksa la tulis benda lain. =_='

Saya baru tersedar bahawa umur saya sudah menghampiri angka 22, ya..cepatnya masa berlalu. Tapi amalan..hmm..
huhuhu..patut la sekeliling sy bertali arus cerita pasal nikah kahwin, sana-sini hangat nak ambil kursus kahwin,status facebook berkisar mengenai isu yg sama. Sedang membuat pemerhatian calon untuk bakal suami/isteri. Haha..teringat saya akan perbualan dengan kawan,lebih kurang begini isinya..

kawan 1: fai jom la kita amek kursus kawen, nanti yuran makin naik tau.. (haha..harga barang naik,yuran pn naik,harga setem je maintain)
saya: takpe la,nanti2 la dulu. huhu..bukan nk kawen dlm ms tdekat pun..
kawan 2: ala..xpela, blh je nk amek awal pn, eh,skg kena buat list calon dh tau, time kt u ni la kena bt preparation. dh keje nanti x dan dh,busy.
saya: ye..btl3, kena bt preparation dr awl, tp xmesti kena cari calon segera,huhu..fai mcm x berminat la. (bkn x mau kawen ek..)
kawan 2: ala, fai tu ckp je cmtu, tengok2 dia kawen dulu.
kawan 1: eleh, fai blh la cakap cmtu, sbb dia dah b'tunang..
saya: erk..hang pa ni la..(senyum & geleng2 saja)
kawan 2: fai carikan la calon utk kami, fai kan ramai kawan baik2, alim2 gitu..hehe.
kawan 1: ha la..kami pun nk suami soleh jgk, jgn simpan sorg je fai..haha..
saya: simpan sorg ape nye, adei..b'lambak lelaki kt dunia ni. adui la..x kan hgpa nk laki fai kot.haha (aku xmau share ek,harap maaf)
kawan 1: bukan nk madu ngn hang la fai, ee..aku pn xmau la b'madu. kwn2 fai yg baik2 macam malaikat tu la,jgn simpan kt fai je, bg la kt kami.haha
kawan 2: yela..lelaki skg xblh pcaya la, x blh diharap langsung,tp x semua la..tp susah dh nk jmpa yg spesis mcm hang fai.
saya: hah? haha, spesis mcm fai? (geli hati)
kawan 1: ha la..yg alim2 mcm hang la. ape ayat dia tah, 'wanita yg baik & solehah utk lelaki yg baik & soleh' ke ape? betoi noh?
kawan 2: aah la..'pmpn yg jahat utk lelaki yg jahat' kn..fai mesti dapat suami yg baik2 & soleh kan..kami ni cmne la..bkn mcm fai..tp kami x jahat pon..hehe
saya: ish, hangpa ni..fai ni bkn alim pn, xdela baik sgt..sama je kita ni,beza pakaian je..ish, dah2..

ya..sy bukan sebaik & sesolehah yg disangka. sebut pasal kahwin, anak jiran sebelah rumah saya (di sabah) baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 12 Mac 2011. Tahniah sy kirimkan dari jauh buat AINATUL MARDHIAH BT AWADNIR & PASANGANNYA. Semoga Allah memberkati kalian,ameen. Kak aina merupakan senior sy sewaktu sekolah dulu, sebaya dgn kakak sy. huhu, kakak bila plk nk kawen? haha

Ana: kepada kawan2 ku yg sudah kahwin, semoga menjadi isteri/suami yg soleh/ah, yg belum lg, jgn lupa jemput nanti. ya, wanita yg baik untuk lelaki yg baik saja..mm semoga Allah memberkati kalian. Ameen.